Sebaik sampai di rumah sewa kerana esoknya ada mesyuarat semperna sekolah sesi persekolahan bakal kembali, aku menghubungi Cikgu Fei untuk membincangkan soal perhubungan kami. Kalau dibiarkan aku takut harapan dia semakin tinggi untuk memilikiku. Solat istikharah sudah aku kerjakan tiada sebarang petunjuk lagi setakat ini. Jadi aku buat keputusan untuk memutuskan yang aku memang tak mampu untuk mencintainya sebab aku tak mampu untuk mendidik dia.
“Jihan, kenapa kita tak boleh bersama? Saya dah convert Islam apa lagi yang membatasi cinta kita?”Ujarnya dengan nada menahan sebak . Dia cuba meraih tanganku.
Aku mengelak dengan pantas dan menatapnya sekilas kemudian mengalih ke tempat lain. Fir awak tak boleh sentuh saya walaupun awak dah Islam. Awak dah Islam tidak bermakna awak halal untuk menyentuhi saya,” larangku tegas.
“Jadi, jom kita kahwin untuk menghalalkan yang haram ini,”bidasnya tegas.
“Fir awak tak akan faham. Saya dan awak tak mungkin bersama sebab saya tak mampu untuk mencintai awak apatah lagi untuk membimbang awak.” Aku cuba menolak. Wajahnya tidak dapat aku tatap sebab takut hatiku jadi cair.
“Saya tak faham Jihan,”soalnya dengan wajah berkerut. Look at me Syahirah arahnya tegas.
Aku mengeluh. Lalu menatapnya malu pada pelanggan yang lain asyik duk toleh kami. “Fir, dengar. saya sangat bersyukur sebab awak sukakan saya, awak peluk islam. Saya harap lepas ini kalau kita tak de jodoh awak akan jadi orang islam yang baik dan betulkan niat awak,”jawabku cuba menyusun tutur kata yang senang untuk dia fahami.
“Saya tak akan jadi seorang muslim tanpa awak Jihan,” luahnya jujur.
“Fir jangan cakap macam tu. Allah dah campakkan nur islam dalam hidup awak dan member satu sinaran kehidupan yang baru pada awak. Tak ramai yang dapat peluang macam awak Fir. Lagipun saya rasa tak layak untuk dicintai awak. Awak carilah orang yang kuat pegangan agama. Ilmu yang ada pada saya cukup untuk saya sendiri yang amalkan, untuk mendidik orang memang jauh sekali. Lagipun saya tak nak heret awak sekali masuk neraka kerana saya gagal ajar awak tentang Islam Fir. Saya tak nak!” Ujarku tegas. Air mata yang menitis kutahan.
“Kita boleh belajar. Kita boleh mendalaminya sama-sama, ya.”Dia masih cuba memujukku. Aku hampir tewas dengan pujukkan itu kerana hatiku juga sudah jatuh sayang dengan lelaki berbangsa cina itu.
“Awak tak akan faham Fir. Awak boleh cakap sebab awak cintakan saya. Bila awak sendiri yang tempuh….” Aku tak mampu untuk habiskan bicaraku. Aku takut niatnya untuk masuk Islam akan hilang. Firdaus Chung atau nama cinanya Chung Fei Sean, bukan mudah seorang lelaki mahu ikut telunjuk seorang wanita walaupun kau sangat mencintaiku kerana seorang lelaki memang dilahirkan dengan ego yang sangat tinggi dan tidak mudah untuk menjatuhkan ego kau. Kerana lelaki dilahirkan sebagai pemimpin bukannya dipimpin.
“Jihan….” Serunya perlahan.
Aku menggeleng kepala tanda aku tak mahu mendengar tutur bicaranya lagi. Dengan pantas aku berlari meninggalkan dia yang masih berteriak menjerit memanggil namaku. Air mata yang kutahan tadi akhirnya merembes keluar. ‘Maafkan Syahirah Fir. Syahirah memang cintakan Fir tapi Syahirah tak mampu untuk menyintai Fir.
Share this novel