Chapter 4 - Election Day

Horror & Thriller Completed 13935

Hari ini tanggal 26 Disember, seingat aku esok akan diadakan upacara pemilihan. Apa maksud dengan upacara pemilihan? Dia nak pilih apa? Nak buat apa? Nak bawa ke mana? Banyak betul persoalan bermain di dalam mindaku. Aku nak keluar daripada sini. Cukuplah... aku rasa serik dengan suruhan dan arahan mereka yang bertalu-talu. Satu hari mereka beri kami rehat hanya selama tiga jam dan tidur selama empat jam sahaja. Bawah mataku sudah ‘diwarnakan’ dengan warna hitam. Eyebag. Dah macam apa je bila tengok muka macam ni.

Hari ini Andreas menyuruh kami untuk berlatih memanah di padang besar. Semalam kami berlatih memedang dan bergusti. Lebam-lebam pada badanku masih belum lagi pulih. Ada ke patut aku kena bergusti dengan orang berbadan seperti ‘hulk’ memang dengki! Sakit aku kena hempap, hentak dan hantuk. Tapi berbaloi juga sebab aku dapat kalahkan dia. Andreas asyik memuji kepantasan dan kecekapan aku semasa berlawan. Sakit-sakit dibadan berkurangan selepas dipuji begitu. Siapa yang tak suka kena puji?

“Dipersilakan Joshua Mark Edward dan Aubrey Diana Wellington untuk memulakan acara perlawanan memanah.”

Aku menepuk tangan tatkala nama Aubrey disebut. Aubrey mencubit bahu aku. Aku berkerut menahan sakit. Memang sepadan gandingannya untuk perlawanan ni. Leader Vs Slave. Ha ha.. lawak rasanya.

Aku lihat Aubrey sedang memakai armpad dan chest guard kemudian dia mengambil tempat dan bersedia memegang alatan memanah. Joe disebelahnya tersenyum melihat Aubrey, gatal juga mamat ni. Mesti ada hati dengan Aubrey. Aku menopang dagu melihat perlawanan mereka.

Aubrey menarik finger tab tersebut diikuti dengan anak panah turut ditarik dan dihalakan ke ‘target’. Bunyi wisel telah berbunyi. Aubrey dan Joe melepaskan anak panah tersebut serentak. Dan...

Pap...

Anak panah Aubrey tersasar sedikit daripada targetnya manakala Joe hampir dengan bulatan tengah kuning kecil itu. Aubrey mendengus geram. Dia mengambil lagi satu anak panah dan dipasangkan ke alatnya. Begitu juga dengan Joe melakukan pekara yang sama. Ditariknya finger tab tu dan dilepaskan. Kali ini anak panah Aubrey hampir kena dengan bulatan kuning itu. Hanya 90% sahaja lagi anak panahnya akan terkena pada bulatan tersebut. Joe aku lihat berlagak tenang.

Kali ini cubaan yang terakhir. Aubrey menarik nafasnya kemudian menarik finger tab dan dihalakan lama di ‘target’ kemudian dia melepaskan anak panahnya. Aku menepuk tanganku apabila panahan Aubrey terkena betul-betul tepat pada bulatan kecil itu. Manakala Joe, panahannya tersasar ke luar. Kasihan. Kecewa betul muka Joe. Aku nampak Aubrey menepuk-nepuk bahu Joe. Bukan main minah tu. Dah menang puaslah hati dia tu dapat kalahkan musuh dia or lebih tepat ‘hamba abdi’.

Matahari sudah berganti dengan bulan mengambang. Cantik. Bercahaya terang. Hari ini kami dapat rehat sepenuhnya kerana esok adalah hari pemilihan. Emily menerangkan kepadaku tentang hari pemilihan tersebut. Difahamkan bahawa pemilihan tersebut akan dipilih melalui cabutan bertuah. Andreas akan mengambil beberapa kertas di dalam balang kaca berpusing kemudian dia akan bacakan nama-nama yang tertulis di dalam kertas tersebut. Nama yang disebut wajib tampil ke hadapan untuk digunakan di dalam permainan rahsia mereka. Itu sahaja yang Emily dapat terangkan kepadaku. Aku juga ada bertanya tentang pemilihan yang dulu-dulu. Emily kata mereka semuanya sudah mati semasa berjuang di dalam permainan tersebut.

Mindaku mula teringat tentang sejarah 15 tahun dulu, dimana empat orang gadis melayu bernama Zayra, Aryyan, Aira dan Naurra dimasukkan ke dalam Maze Academy dengan membuat permohonan. Kemudian, mereka mula berlatih memanah dan memedang. Pada mulanya mereka tidak fikirkan negatif dan mereka anggap latihan ini hanyalah satu aktiviti sebelum bermulanya kelas. Namun, lama-kelamaan mereka sudah mula merasakan tidak selesa dengan jadual mereka. Semua jadual mereka hanya penuh dengan latihan memanah dan memedang. Selain itu, mereka beberapa kali menang di dalam permainan rahsia dan mereka terpilih untuk ke Maze Academy yang sebenarnya dikendalikan oleh President Derose Hermoine. Kata mereka ramai pelajar di Maze Academy tergadai nyawa dalam permainan tersebut. Jasad mereka tak pernah mereka tahu dimana. Akhirnya, President Derose menggunakan mereka untuk mendapatkan satu bola kristal yang berkuasa tetapi bola kristal sudah pecah semasa mereka bertarung dengan President Derose. Sekarang empat orang gadis melayu itu tidak tahu kemana, khabar angin mengatakan mereka berhijrah ke negara lain jauh dari sini bersama keluarga. Entahlah aku pun tak tahu tentang sejarah ini dengan lebih lanjut. Dan yang hairannya dalam sejarah tersebut mereka tak menyatakan tentang kuasa-kuasa milik empat gadis tersebut. Musykil.

Apa aku perlu buat sekarang? Perlukah aku melarikan diri? Ataupun menyerah diri sahaja untuk hari pemilihan esok. Aku takut aku akan terpilih lebih-lebih lagi aku baru sahaja masuk ke dalam akademi ni. Aku langsung tak tahu-menahu tentang akademi ini dengan lebih lanjut hanya setakat sejarah yang direka 15 tahun lepas. Adakah pekara itu akan berlaku lagi? Samakah?

“Mika, apa kau menungkan tu?”

Aku tersentak apabila Aubrey menolak bahuku kasar. Aku mendengus lalu menjeling ke arahnya. Tak boleh nak kejutkan elok-elok ke? Saja aje buat aku naik angin. Sengaja cari pasal.

“None of your business.”

Aubrey merebahkan di atas tilam katil yang diperbuat daripada pepejal lembut. Mataku meliar melihat sekeliling bilik kaca ini. Semua pelajar perempuan sudah pun tidur. Jam yang tergantung di udara menunjukkan sudah pukul 1 pagi. Aku masih tidak dapat melelapkan mataku. Dipusing ke kiri dan ke kanan masih tidak dapat memejamkan mata. Aubrey sudah kedengaran berdengkur tak ingat dunia.

Aku berpusing ke kanan semula sambil kedua-dua belah tanganku ditindih oleh pipiku. Pandanganku betul-betul berhadapan dengan bilik kaca pelajar lelaki dan aku terkejut, Troy pun sedang memandangku dengan wajah bengisnya seperti biasa. Dia tersenyum senget melihat aku memandangnya terkejut.

Dia membuat isyarat ‘kau tak tidur lagi ke? Apahal?’. Aku menjeling. Sejak bila aku jadi kawan dia, bercakap menggunakan isyarat segala bagai. Aku memusingkan badanku ke kiri membelakangi Troy. Akhirnya aku dapat memejamkan mataku dan tidur dengan begitu lena sekali.

~~~~~~~~~~

Sekali lagi pagi itu aku dikejutkan bunyi siren tetapi kali ini lagi kuat. Boleh pecah gegendang telinga aku. Terkebil-kebil aku bangun lalu masuk ke dalam bilik tukar pakaian. Naik muak aku tengok hari-hari sut pakaian putih ni. Nak tak nak kenalah sarung baju ni dekat badan aku. Kalau tak nak pakai baju apa? Baju aku semuanya dekat rumah aku.

“Cepat! Cepat!”

Aku terdengar suara orang suruhan Andreas menyuruh semua pelajar cepat pergi ke padang perhimpunan. Aku menapak sendiri ke padang perhimpunan. Aubrey dah tinggalkan aku. Kurang asam. Alangkah terkejutnya aku, padang perhimpunan kini bertukar rupa kepada satu padang yang ditutupi dengan salji. Sejak bila turun salji ni? Dinding-dinding turut bertukar menjadi batu ais tebal. Tetapi yang anehnya, aku langsung tak rasa kesejukkan. Hanya panas suam seperti biasa.

Aku pergi ke arah Aubrey yang sudah berdiri di dalam barisan. Aku lihat jam sudah pukul 7:58 pagi. Ada lagi dua minit sebelum upacara dimulakan. Pelajar demi pelajar masuk ke dalam barisan masing-masing. Kali ini Hayden dan Andreas tidak keseorangan seperti selalu. Ada empat orang lelaki berpakaian seperti mereka berdiri tegak di atas pentas memegang mikrofon merupai seperti tongkat.

Ding – Dong

Jam sudah berbunyi. Sudah tepat pukul 8 pagi. Hayden berdehem pada mikrofon meminta tumpuan daripada semua. Andreas dan empat orang lagi berdiri di belakangnya. Balang kaca besar itu sudah berada di atas pentas, balang kaca tersebut berpusing-pusing pada satu besi tebal. Banyak kertas-kertas berwarna kelabu ada di dalam balang tersebut.

“Good Morning to my beloved Mazers. Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh semua ahli kesayangan saya. Betul tak? Ya. Saya tahu walaupun anda semua tidak menjawab soalan saya. Sebagaimana yang awak semua tahu, hanya empat kumpulan sahaja yang terpilih untuk ke permainan ini dan dalam satu kumpulan hanya ada tujuh orang, tiga perempuan dan empat lelaki. Saya rasa semuanya sudah mengetahuinya. Setiap kumpulan akan diperhatikan oleh seorang mentor yang sudah bersedia berdiri di atas pentas ini sepertimana yang awak semua nampak. Tanpa membuang masa, saya menjemput Andreas untuk mengambil kertas yang tertulis nama-nama awak semua. Kita mulakan dengan jawatan ketua dan kemudian ahli-ahlinya.”

Aku menelan air liur. Rupa-rupanya ada ketua dan kumpulan. Aku fikirkan kena hadapi permainan tu keseorangan. Aku menghembus nafas lega. Ketakutan mula menyerang tubuhku. Menggigil seluruh badan. Aku harap nama aku tak terpilih.

Balang kaca tersebut berhenti daripada berpusing apabila Andreas berhenti berdiri di hadapannya. Kemudian tangan Andreas mengambil empat helai kertas sekaligus. Jantung aku bagaikan pecah berderai. Terasa nak pitam tatkala Andreas menapak ke arah Hayden.

“Baiklah. Empat helai kertas sudah berada di dalam genggaman saya. Siapakah akan menjadi ketua bagi setiap kumpulan? Mari kita mulakan.”

Dup dap dup dap...
Dup dap dup dap...

“Ketua untuk kumpulan Sinoper ialah...”

Semua tertunggu-tunggu nama yang akan terpacul pada mulut Hayden.

“Lucas Harrison!”

Aku mengurut dadaku. Bukan nama aku. Bukan nama aku. Aku ternampak kelibat Lucas Harrison menapak ke atas pentas dan berdiri disebelah Andreas lalu Andreas menepuk-nepuk bahunya sambil tersenyum. Aku tak boleh senang lagi ni sebab ada lagi tiga nama. Ni baru nama ketua belum ahlinya lagi. Aduhai...

“Ketua untuk kumpulan Zaffre ialah... Tyler Oscar.”

Tyler Oscar terus berlari naik ke atas pentas dan berdiri di sebelah Lucas.

“Ketua kumpulan Pervenche ialah... Max Cooper!”

Kaki aku sudah mengigil teruk. Cepatlah habis upcara pemilihan ni. Aku nak balik. Beberapa kali menarik dan menghembus nafas.

“Dan nama ketua untuk kumpulan Verditer ialah... Wah! Seorang gadis yang bakal memegang jawatan ini. Namanya Mika Elera Wellington!”

Tanganku terus terpaut pada bahu Aubrey. Aubrey cuba menahan aku daripada terjatuh. Aku aku aku? Kenapa aku? Ketua? Aku jadi ketua? Oh ini hanyalah sekadar mimpi. Sedarlah wahai Mika! Aubrey menyedarkan aku daripada lamunan apabila dia mencubit kecil pada tanganku. Perlahan-lahan kakiku menapak naik ke atas pentas. Terketar-ketar aku mengambil tempat disebelah Max. Aku seorang je perempuan? Aubreyy...

“Baiklah. Inilah wajah-wajah ketua yang mengagumkan. Baiklah. Nama-nama untuk ahli setiap kumpulan. Dipersilakan sekali lagi Andreas untuk mengambil nama-nama bertuah itu. Kita mulakan dengan nama untuk ahli kumpulan Sinoper.”

Andreas mengambil enam helai kertas di dalam balang lalu diberi kepada Hayden.

“Baiklah. Nama bertuah itu adalah...”

Setelah lamanya aku berdiri di atas pentas. Ini saat aku mengetahui nama-nama ahli kumpulanku. Aku harap Aubrey terpilih. Aku nak dia disamping aku. Aku nak dia...

“Joshua Mark Edward, Troy Maverick Wrathson, Aubrey Diana Wellington, Calvino Aberto, Firaz Hayyan dan Hani Maysara.”

Aku rasa nak luruh jantung aku apabila mendengar nama Joe dan Troy. Apakah? Kenapa mesti mereka masuk kumpulan aku? Kenapa kenapa? Rasa nak memberontak saja sekarang. Hayden mula memakaikan pass bertali pada leher aku dan ketua-ketua yang lain. Pass tersebut tertulis butiran nama, umur, nama kumpulan dan nombor kod.

“Have a save journey my dear chosen Mazers.”

Kata Hayden sambil tersenyum manis ke arah aku. Satu kapal terbang mendarat di belakang pentas. Tertulis di situ M0001 pada sayap kapal terbang tersebut. Andreas menghantar kami masuk ke dalam kapal terbang tersebut. Kakiku seperti dipukau tatkala Andreas menyuruh kami masuk ke dalam perut kapal terbang.

“Baiklah semua. Saya Charlotte akan memberitahu nama mentor untuk empat kumpulan ni. Sila beri perhatian, sebentar lagi mentor kamu semua akan masuk setelah diumumkan. Untuk mentor kumpulan Sinoper ialah Henry Wiliam. Mentor kumpulan Zaffre ialah Noah Xavier. Mentor kumpulan Prevenche ialah Benjamin Hunter dan akhir sekali mentor untuk kumpulan Verditer ialah Aiden Flynn.”

Siapalah pula Aiden Flynn? Aku mana kenal. Hish kenapalah aku boleh terperangkap dalam akademi teruk ni. Aku nak keluar. Sekarang kat dalam kapal terbang dan aku tak tahu ke mana kapal terbang ni pergi. Keempat-empat mentor tadi masuk ke dalam perut kapal terbang setelah Charlotte memanggil mereka masuk. Aku mencari kelibat Aiden Flynn. Akhirnya wajah terpacul dan datang ke arah kami.

“Hey Mika.”

Aku hanya memberikan senyuman kelat.

“Aiden.”

Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan aku. Lambat-lambat aku membalas hulurannya.

“Jangan risau. Saya akan train awak sebaik yang mungkin dan awak bertujuh takkan hampakan saya sebagai mentor awak.”

Dia mengenyit mata ke arahku. Terasa jelek aku melihat kenyitan matanya. Menyampah. Aku mulai merasai kapal terbang ini akan berlepas. Kami mengikut Aiden duduk di sebuah ruang yang khas untuk kami kerana aku nampak ada nama kumpulan Verditer pada belakang sofa.

“Mika, memandangkan awak memegang jawatan sebagai ketua. Awak tahukan apa peranan ketua di dalam sebuah permainan ini?”

Aku berpura-pura beriak biasa lalu menganggukkan kepalaku. Peranan ketua dah semestinya kena bertanggungjawab pada enam orang ahliku. Aiden tersenyum.

“Sampai kita disana, kita akan mulakan latihan sebelum permainan dimulakan mengikut peringkat demi peringkat. Awak tahukan sekiranya awak gagal mara ke peringkat seterusnya?”

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja malas nak bercakap panjang dengan ‘mentor’ ni. Aku melemparkan pandanganku ke luar tingkap. Aku perasan Troy asyik melihat aku. Bila aku toleh mulalah dia acah-acah garu kepalalah, berbual dengan Joe.

Mindaku mula bekerja memikirkan ke manakah aku akan pergi? Rasanya sudah jauh dari pusat akademi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience