Chapter 11 - Opponents

Horror & Thriller Completed 13935

Pagi itu, kami menyambung perjalanan kami. Aku rasa kami semua seperti sudah sesat kerana sekeliling kami hanya sebuah padang pasir yang luas. Tiada petanda apa-apa pintu ataupun jalan keluar untuk kami keluar daripada permainan ini. Aku tahu disebalik padang pasir ini ada satu pintu yang boleh kami kembali ke akademi itu. Lucas yang berada dalam papahanku semakin longlai. Dia sudah tidak larat lagi untuk berjalan. Troy memandangku sambil bertanya menggunakan isyarat mata, untuk dia menolong aku memapah Lucas. Aku menggelengkan kepala. Aku masih lagi larat. Tiba-tiba Aubrey berlari selajunya menggelilingi padang pasir tersebut kemudian dia datang semula memaut bahuku.

“Aku jumpa kat hujung sana. Ada satu khemah besar dan ada ramai orang! Dan aku rasa itu pesaing kita sebab aku ada nampak logo bendera negara mereka pada belakang baju.”

Aku mengangguk. Kami semua berlari ke khemah tersebut. Hampir sejam baru kami sampai di hadapan khemah tersebut. Semua memandang ke arah kami dan aku perasan Zarish dan Hirman memandang terkejut ke arah aku. Aku pun terkejut.

“Aus welchem Land kommen Sie? [Kau dari negara mana?]”

Tanya salah seorang disitu. Aku menjawabnya dengan pengalihan bahasa menggunakan mindaku.

“Wir von Nation031. [Kami dari Nation031]”

Jawabku lalu lelaki itu mengangguk. Mataku tertancap pada pergelangan tangan lelaki itu ada gelang yang pernah aku pakai. Gelang besi tetapi ada lampu merah kecil pada gelang itu. Kemudian mataku beralih pada semua pergelangan tangan manusia yang ada disitu. Semua pakai gelang besi tersebut dan ada lampu merah kecil. Aku musykil.

Nettt... nettt...

Aku menutup telingaku apabila mendengar bunyi bingit itu. Aku memegang tangan Aubrey erat. Mereka semua mengepung kami dan menyerang kami dengan pelbagai kuasa. Aku memasang pelindung pada aku dan semua kawan-kawanku. Aku membuat satu lagi bulatan pelindung dan Aubrey mula berlari laju daripada mereka semua itu. Mereka semua masih dapat mengejar kami walaupun selaju manapun Aubrey berlari. Aku perasaan lampu merah pada gelang tersebut berkelip-kelip. Aku rasa seperti mereka semua ini dikawal oleh seseorang atau mungkin ramai. Ni mesti kerja Drake nak bunuh kami sebab aku khianati dia.

Aku keluar daripada bulatan pelindung itu dan terus mengapungkan diri di udara. Mataku pejamkan. Dan mengeluarkan kuasaku. Aku mengumpulkan semua pasir yang ada di padang pasir dan membentuk sebuah tornado pasir menelan semua orang yang mengejar kami itu. Aku terpaksa. Mereka semua sudah dikawal menjadi jahat. Aku perasan Zarish dan Hirman menggelengkan kepala sambil melambai tangan ke arah aku. Pada pergelangan tangan mereka tiada gelang besi tersebut. Makna mereka tidak dikawal. Tornado pasir itu bergerak laju sambil menelan mangsa-mangsanya. Ditambah lagi aku mencipta ribut pasir yang paling besar menjadi penghadang bagi mereka tidak boleh mengejar kami lagi. Aku menyelamatkan Zarish dan Hirman. Ada beberapa orang lagi yang mengejar kami. Aku menjejak kaki di atas darat lalu mengeluarkan pedang yang aku ambil di bangunan tadi. Aku berhadapan dengan mereka. Aubrey disebelah aku, beberapa kali memanah ke arah mereka tepat terkena pada jantung mereka. Aku pula dikepung oleh dua orang yang sudah mengeluarkan kuasa mereka. Aku ke kiri dan kemudian ke kanan apabila mereka cuba menyerang aku. Aku beberapa kali menghunuskan pedang tersebut ke arah mereka tetapi mereka dapat mengelak dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menjadi halimunan.

Mereka terkebil-kebil mencari kelibat aku. Aku terpaksa menggunakan cara kasar ini. Aku terus menikam mereka daripada belakang dan kemudian aku meninggalkan pedang tersebut disitu. Kedua-dua belah tanganku menggeletar kerana sudah ramai orang aku bunuh. Adakah aku seorang pembunuh?

Kemudian, kami semua berlari jauh daripada mereka. Aubrey masih tak berhenti-henti memanah dari belakang. Setelah kami semua rasa sudah jauh daripada mereka. Kami berhenti setempat.

“Hirman, aku minta maaf..”

Aku memeluk Hirman dengan erat. Aku rasa bersalah sangat sebab cederakan dia tanpa aku sedari.

“Bukan salah kau. Kita semua kena kawal dengan mereka.”

Hirman mengusap rambutku. Aku tersenyum.

“Sekarang kita nak ke mana?”

Tanya Troy dingin. Aku tahu mesti dia marah aku ter.. terpeluk Hirman. Ter okey! Sebab aku rasa bersalah gila.

“Aku tahu jalan keluar kat sini. Dah dua hari kiteorang cari jalan keluar. Ni peta yang kiteorang buat sendiri. Kami berdua juga tekad nak keluar daripada sini.”

Kata Zarish. Aubrey mengambil peta tersebut lalu melihat bersama-sama denganku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Agak jauh untuk sampai ke tempat pengawalan rahsia yang dijumpai oleh Zarish dan Hirman. Kami membuat keputusan untuk berehat disebuah gua kecil di sudut padang pasir. Firaz dan Cal menghidupkan unggun kayu api untuk menyederhanakan suhu badan. Aku bersandar pada dinding gua tersebut. Lucas asyik terbatuk-batuk sambil memegang perutnya. Aku merangkak mendekatinya. Aku menyelak bajunya dan mataku membulat apabila melihat perut Lucas sudah tidak berupa perut. Dia sudah dijangkiti penyakit aneh seperti makhluk itu. Mungkin dia juga akan bertukar. Lucas memandang sayu ke arah aku.

“Aku akan mati, kan?”

Tanya Lucas sedih. Aku mengalirkan air mata apabila dia menanyakan soalan sensitif itu kepada aku. Aku mengusap wajahnya lalu melentukkan kepalanya di atas bahuku. Dia masih terbatuk-batuk dan darah mengalir keluar daripada mulutnya.

“Kau boleh gunakan kuasa kau untuk matikan aku sekarang?”

Aku menjengilkan mataku. Lantas, menggelengkan kepalaku dengan laju.

“Aku bukan pembunuh, Lucas!”

Marah aku. Lucas memegang tanganku kuat. Tangannya sangat-sangat sejuk. Mukanya sudah timbul urat-urat biru. Dia sedikit mengerang.

“Aku tak sanggup nak buat macam tu, Lucas. Aku tak nak bunuh kawan aku sendiri.”

Aku memegang kedua-dua belah bahu Lucas. Air mata Lucas aku kesat.

“Aku minta maaf se-sebab per-pernah hina kau.. tolong aku, Mika..”

Lucas merayu-rayu aku untuk membunuhnya dengan kuasaku sendiri.

“Lucas macam nilah. Kau.. kau rehat dulu.. jangan banyak cakap. Aku dah janji nak bawa kawan-kawan aku semua keluar daripada sini. Aku tak sampai hati nak bunuh kau. Please jangan paksa aku.”

Akhirnya Lucas beralah lalu aku menemani dia berehat. Troy datang lalu duduk disebelah aku. Dia berbisik sesuatu kepadaku.

“Mika, aku tak rasa Hirman dan Zarish baik. Kau tak pelik ke tiba-tiba je mereka nak jadi geng dengan kita? Aku tak sedap hatilah...”

Aku memandang wajah Troy lalu mataku beralih ke arah Hirman dan Zarish yang sedang mengurut-urut kaki mereka mungkin kelenguhan.

“Kenapa kau cakap macam tu? Aku okey je dengan dorang.”

Kata-kata aku membuatkan wajah Troy berubah dan dia mendengus kasar.

“Kau ni jangan buta sangat dengan kebaikan dorang boleh tak? Dorang tu mungkin sekarang boleh jadi baik.”

Aku terasa dengan percakapan Troy. Dia seperti berubah. Entahlah mungkin keadaan sekarang tengah kalut. Semua masih lagi penat. Aku hanya mendiamkan diri, merebahkan diri di tepi Lucas. Lucas sudah nyenyak tidur tanpa pedulikan apa yang berlaku. Aku lihat badannya sedikit menggigil menahan sakit.

“Mika, saya takut.”

Ngadu Hani. Aku memeluknya erat.

“Saya tak tahu nak buat apa Hani. Saya buntu. Plan kita hanya satu je. Nak sampai kat pusat pengawalan tu.”

Hani mengangguk.

“Saya bangga dapat sekumpulan dengan awak, Mika.”

Kata-kata Hani buat aku terharu. Sekali lagi aku memeluknya.

“Saya janji akan bawa semua kawan saya keluar dari dunia akademi ni.”

Hani tersenyum.

“Kasihan Lucas sakit. Saya sebenarnya dah lama sukakan Lucas. Tapi sekarang saya tak sempat nak cakap.”

Aku menepuk lembut bahunya.

“Awak temankanlah dia. Dia perlukan teman. Awak boleh juga luahkan perasan tu pada dia.”

Hani tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience