Chapter 7 - City Festival

Horror & Thriller Completed 13935

I'm on top of the world ay!
I'm on top of the world ay!
Waitin' on this for a while now
Payin' my dues to the dirt
I've been waitin' to smile ay!
Been holdin' it in for a while ay!
Take you with me if I can
Been dreaming of this since a child
I'm on top of the world!

Oh...woah...oh oh, oh
(I'm on top of the world)
Oh...woah...oh oh

I'm on top of the world ay!
I'm on top of the world ay!
Waitin' on this for a while now
Payin' my dues to the dirt
I've been waitin to smile ay!
Been holdin' it in for a while ay!
Take you with me if I can
I'm on top of the world!
[DoveCameron-OnTopOfTheWorld]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kedengaran lagu rancak bergema disekitar bandar besar itu. Aku turun daripada kereta lumba yang dipandu oleh Aiden. Aku suka dengan desain pakaian yang dijahit sendiri oleh Aiden dan dibantu oleh Nexus dan Trix. Aiden membuat tema warna kumpulan kami ialah merah dan hitam. Gaun merah bercampuran hitam paras bawah lutut dihiasi dengan manik-manik kecil berkilauan disertakan seluar fit berwarna hitam dan mini kardigen berwarna hitam. Walaupun kelihatan simple tetapi ia membuatkan menyerlah dengan pemakaian gaun ni. Gaun ini mempunyai mini cahaya-cahaya samar putih dan merah yang membuat semua orang memandang aku. Baju ni memang kelihatan fantasi ditambah pula topeng separuh berwarna hitam dan merah berkilat yang selalu dipakai di parti Prom Night.

Pakaian Aubrey pula lain, t-shirt lengan pendek berwarna merah digandingkan bersama kardigen panjang berwarna hitam dan seluar jean berwarna merah. Pada bajunya juga terdapat cahaya-cahaya samar sama seperti pakaian aku. Hani memakai gaun meleret yang mempunyai renjatan-renjatan kilat. Troy, Joe, Firaz dan Cal segak dalam pemakaian tuksedo bercorak api. Kami bertujuh bersama-sama memakai topeng separuh itu.

“Rasa janggal pula pakai baju macam ni.”

Rungut Hani.

“Cantik apa?”

Kata aku. Hani tersenyum senget.

“Let me, sweetheart.”

Aiden menghulurkan tangannya untuk aku dipimpin olehnya.

“No need.”
Gumam aku.

“Please.”

Aku mengeluh. Terpaksa mengikut kata ‘mentor’ ni. Nexus dan Trix disebelah tersenyum sinis ke arah aku. Aku menjeling.

Pak pak...

Bunyi tepukan orang ramai di City’s Festival menggemakan suasana disitu. Semua bersorak apabila susuk-susuk tubuh Mazers yang telah terpilih datang ke festival ini. Tak terkecuali aku dan ahli-ahliku.

“Welcome to the chosen Mazers! From Nation01 to Nation200. We present to all of you. The Greatest Chosen Mazers.”

Semakin kuat sorakan dan tepukan orang ramai. Kami mengambil tempat duduk di atas kerusi pentas besar itu. Aku menaikkan topengku ke atas kepala dan aku mula melihat sekeliling. Baru aku tahu daripada mulut Aiden tadi bahawa orang ramai menyaksikan semua kehidupan kami di Maze Academy di kaca televisyen mereka. Tak sangka aku. Tak perasan pula detik-detik perakaman yang dilakukan oleh pihak MA.

“Sekarang saya menjemput the real Senior of Maze Academy fifteen years ago. Zayra, Aryyan, Naurra dan Aira with their spouses, Zumar, Adam, Zac dan Firash untuk naik ke atas pentas.”

Bulat mataku apabila terdengar nama.... bukankah mereka dah berhijrah dan tak mahu masuk campur dengan akademi ini lagi? Apakah semua ni? Sejarah tu menipu ke? Apa ni apa ni? Aku menyiku Aubrey lalu dia mendengus. Dia mengatakan dia pun terkejut melihat susuk tubuh bekas pelajar Maze Academy naik ke atas pentas bersama President Drake, Sir Colin dan Andreas. Aku menggelengkan kepalaku. Semakin pening dengan semua ni. Aku terlalu percaya sangat pada sejarahkah?

“Hai.”

Zayra bersuara.

“Saya tak percaya saya sekarang berada di hadapan pelajar Maze Academy. Sebenarnya kami berlapan pernah berjanji untuk tidak lagi masuk campur dalam hal akademi ini kerana kami dah berkeluarga. Kami mahu menumpukan perhatian kepada keluarga sahaja tetapi kami mendapat rayuan daripada President Drake dan Sir Colin untuk hadir ke sini untuk beberapa hari sahaja.”

Kata Zayra lagi.

“Kami sebenarnya malas nak datang sebab kami dah tak nak apa-apa dengan Maze Academy ni tapi terpaksa.... dan sejujurnya kami tidak mengetahui tentang Maze Academy yang baru sahaja ditubuhkan semula ni.”

Aku tergelak kecil. Jujurnya Aryyan ni cakap. Semua terdiam.

Mereka berlapan mengambil tempat duduk di tengah pentas.

“Baiklah. Tanpa kami membuang masa, kita akan mulakan permainan kita di gelanggang sana.”

Aku membesarkan mataku kemudian memukul bahu Aiden.

“I don’t know, sweetheart.”

Aku mengeluh. Aku ingat datang sini untuk bersuka-ria namun sangkaanku meleset. Nak berlawan sekali lagi dengan pemakaian aku yang melawa ni. No way!

“Hanya satu perlawanan sahaja untuk malam ni. Empat Mazers akan dipilih mengikut undian orang ramai. Undian sudah dibuat seminggu sebelum kedatangan mereka. Orang ramai memilih Mika Elera Wellington bersama sepupunya, Aubrey Diana Wellington dari Nation031 dan Muhammad Zarish bersama ahlinya, Hirman Mustapha dari Nation107.”

Matilah aku macam ni. Nak lawan depan orang ramai macam ni.

“Press the small button on your dress beside your neck.”

Kata Aiden. Aku hanya menurut kata Aiden. Serentak pakaian aku dan Aubrey kepada sut Verditer kami. Rambutku lepaskan manakala Aubrey mengikat satu rambutnya. Aubrey memegang bahuku lalu dia berlari pantas sehingga ke atas gelanggang. Semua bersorak apabila melihat kekuasaan Aubrey mula bertindak.

“She got my power, honey.”

Kata Zumar kepada Zayra. Zayra mengangguk.

Aku dan Aubrey sudah bersedia berdiri di atas gelanggang. Dua lelaki itu turut bersedia berdiri berhadapan dengan kami. Aku lihat badan dua lelaki itu taklah besar mana seperti Nexus atau Troy. Mungkin orang Asia badan mereka kecil.

Ding!

Zarish dan Hirman mula melonggar-longgar saraf urat mereka manakala aku dan Aubrey hanya memeluk tubuh sambil tersenyum sinis ke arah mereka. Aubrey mula berlari pusing mengelilingi mereka manakala aku cuba untuk fokus mengapungkan diriku dan memancarkan cahaya merah pada tapak tanganku.

Kedengaran suara orang ramai menyebut nama aku dan Aubrey. Semakin semangat untuk aku bertarung. Rupanya Hirman turut boleh mengapungkan dirinya. Aku menjungkitkan keningku apabila Hirman tersenyum ke arah aku. Hirman melaser matanya ke arah aku. Amat mengejutkan aku dan bernasib baik sempat dielak. Kemudian giliran aku menyerang dia dengan tembakan cahaya merahku yang keluar dari tapak tangan. Dia sempat elak dan membalas lagi dengan laser matanya.

Laser tersebut terkena pada bahu kananku. Aku menjerit kesakitan. Semua orang ramai terdiam tatkala aku menjerit. Aku membalas semula serangan Hirman dengan tembakan cahaya berterus-terusan semakin lama semakin tebal dan terang cahaya tersebut.

Aubrey membuat layangan penumbuk bertubi-tubi kepada wajah dan tubuh sambil berlari berpusing mengelilingi Zarish. Zarish sudah tidak bertahan lagi, beberapa kali dia mengeluarkan kuasa angin untuk meniup Aubrey tetapi tidak berjaya. Kuasa dia tak dapat atasi Aubrey dan akhirnya Zarish tumbang apabila dia sudah tercedera teruk. Aubrey yang kasihan melihat Zarish begitu mula rasa bersalah dan begitu juga dengan aku. Aku sudah menembak cahaya Hirman pada perutnya. Aku seperti pembunuh pula. Sempat aku menangkap tubuh Hirman sebelum dia jatuh ke atas gelanggang tersebut.

Ding!

Aku dan Aubrey memandang sesama sendiri. Perasaan bersalah mula membuak apabila melihat mereka berlumuran darah. Ahli medic naik ke atas gelanggang lalu mengangkat tubuh mereka ke bilik rawatan. Tepukan gemuruh masih lagi kuat ditambah lagi jeritan nyaring milik orang ramai. Aku dan Aubrey menekan butang kecil tersebut dan kembali kepada pakaian asal. Aku perasan Zayra asyik memandang aku dan membuat isyarat menggunakan matanya. Dia nak berjumpa dengan akukah? Dia terus bangun bersama Zumar keluar dari situ. Memang sah dia nak jumpa aku. Aku menyuruh Aubrey pergi ke tempat duduknya dahulu kemudian aku pergi ke belakang dengan alasan untuk ke tandas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kejadian dua hari lepas masih lagi terngiang-ngiang di dalam mindaku. Aku memandang kedua-dua belah tapak tanganku. Tangan ni membuatkan keadaan Hirman teruk. Dia cedera pada bahagian perut sehingga perlu membuat pembedahan. Serba salah aku semakin membuak. Aku hampir membunuh orang dengan kuasaku. Kini mindaku bermain-main dengan kata Zayra dan Zumar. Mereka pesan supaya aku tidak ditipu oleh mereka. Sejarah 15 tahun yang ditulis oleh mereka memang betul. Walaupun berlainan President-nya. Kemungkinan besar permainan rahsia lebih kurang sama ataupun mungkin lebih teruk. Zayra menyuruh aku untuk berhati-hati bersama-sama dengan kumpulanku. Mereka memberitahu aku Maze Academy sebelum ini bukan seperti. Mereka hanya terperangkap dalam Maze Academy dan hanya dibawa ke permainan rahsia. Zumar menghasut aku menyuruh aku dan ahliku keluar daripada permainan tersebut dengan cara tersembunyi dan cekap.

Aku memegang kepalaku. Semakin rungsing. Aku menekup wajahku dengan bantal. Aku menepuk-nepuk bantal tersebut. Apakah perlu aku buat? Aubrey sudah tahu tentang ni cuma ahliku yang lain sahaja belum tahu. Susahnya untuk aku tanggung semua ni.

“Mika are you alright?”

Tanya Troy sambil melabuhkan punggung disebelah aku. Aku hanya menopang dagu pada besi katil tak tahu jawapan apa patut aku beri. Kepalaku rasa nak pecah je macam bom atom.

“Kak ya khochu, chtoby yego uspokoit’? [Macam mana aku nak tenangkan dia?]”

Aku dengar suara Troy cakap perlahan sambil menggunakan loghat bahasanya iaitu bahasa Rusia. Aku tersenyum.

“Mne ne nuzhno , chtoby izbezhat'. khorosho u menya prosto bolit golova o proisshestvii tol'ko dva dnya nazad. [Tak perlu tenangkan aku. Aku okey sahaja cuma pening dengan kejadian dua hari lepas.]”

Terbuntang mata Troy saat aku menjawab soalannya tadi. Aku hanya tersenyum senget.

“Kau boleh cakap Rusia?”

Aku gelengkan kepala.

“Eh tadi tu?”

“Tu minda aku translate-kan apa kau cakap dan apa aku nak cakap...”

Troy mengangguk.

“Kau masih fikirkan kejadian tu? Bukan kau bunuh dia... kaukan terpaksa berlawan. Kita semua ni stuck kau tahu. Aku dah dekat Maze Academy nak dekat setahun. Satu jalan keluar aku tak jumpa. Aku dan Joe kadang sampai kena denda sebab kantoi nak keluar dari situ tapi dua kali je. Kalau kali ketiga kami buat juga, kami akan kena bunuh.”

Aku memandang wajah Troy. Maknanya Troy pun ingin keluar daripada sini. Patutkah aku memberitahu tentang pesanan Zayra tu?

“Troy, kau nak se-geng dengan aku tak?”

“Se-geng? Geng apa?”

“Aku nak beritahu sesuatu, aku harap kau takkan khianati aku.”

Troy tersenyum lalu menggengam tanganku.

“I promise.”

Aku tersenyum malu. Perlahan-lahan aku menceritakan satu per satu kepada Troy. Pada mulanya Troy agak terkejut dan akhirnya dia bersetuju dengan rancangan aku. Aku tak nak lagi duduk di Maze Academy. Sekali lagi akademi ini akan dihapuskan tetapi kali ini dihapuskan dalam genggaman aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience