Chapter 13 - Explode

Horror & Thriller Completed 13935

Aku memulas tombol pintu yang mempunyai logo bahaya. Rupanya disitu ada beberapa jenis bom dan senjata disimpan di dalam bilik tersebut. Aku menyuruh Aubrey memasang bom di seluruh bangunan ini.

Aku tersenyum sinis. Aubrey berdiri dibelakang aku sambil memiat telinga Nexus dengan kuat. Tangan dan kaki Nexus diikat ketat. Aku tersengih.

“Dah siap. Aku jumpa mamat ni kat tingkat atas menyorok.”

Aku tergelak kecil. Tahu pula takut.

“Konon jahat tapi pengecut.”

Hina aku. Nexus menundukkan wajahnya. Aubrey memberi aku remote untuk letupkan semua bom yang ada di dalam bangunan itu. Sebelum diletupkan. Kami semua menaiki helikopter yang dipandu oleh aku dan Aubrey. Pandu menggunakan kuasa akulah. Kalau guna manual memang terbalik helikopter ni kami kerjakan. Aubrey mengadu kat aku tadi Joe kawal helikopter ni macam rasa nak mati cepat je. Tergelak-gelak aku.

Aku masih berhati perut lagi. Nexus akan aku hantarkan ke penjara biar pihak yang berkuasa tentukan hukuman dia ni. Kemudian aku dan Aubrey akan berpindah ke tempat lain untuk memulakan hidup baru.

“Aubrey, hidupkan enjin helikopter ni...”

Aubrey mengangguk lalu dia cuba menghidupkan enjin tersebut. Berjaya. Kipas helikopter sudah berpusing laju menandakan enjin sudah dihidupkan. Aku memejamkan mataku dan memancarkan cahaya merah melalui tapak tanganku lalu cahaya merah tersebut meresap ke dalam tempat kawalan pemanduan helikopter. Aku hanya kawal menggunakan mindaku. Aku tak sabar untuk letupkan Maze Academy ini. Aku memandang Nexus yang sudah tersandar kelemahan pada badan helikopter akibat dikerjakan oleh Troy. Kasihan...

“Nexus, ucapkan selamat tinggal kepada bangunan kesayangan kau, Maze Academy.”

Kata aku sambil tersenyum sindir. Nexus hanya merenung aku lama. Minta simpati ke? Aku tergelak kecil. Konon. Sekarang biar aku pula yang jadi jahat. Selama ni hanya korang jekan yang jahat. Nak bolot kuasa jawatan punya pasal sanggup gadaikan nyawa orang. Gila!

Setelah memastikan yang kami sudah agak jauh daripada bangunan akademi. Aku menekan button pada remote tersebut dan..

1...

2...

3...

BOMMMMM!

Bangunan tersebut roboh dan meletup kuat. Aku tersenyum gembira. Aku menepuk tangan dengan Aubrey. Kami bangga dapat menamatkan riwayat Maze Academy. Walaupun aku sedih kerana tak dapat nak bawa kawan-kawanku keluar daripada sini. Maafkan aku Hani, Lucas, Firaz, Hirman dan Zarish serta yang lain. Aku takkan maafkan Aiden dan semua yang bekerjasama menubuhkan Maze Academy ni kembali. Helikopter sudah aku bawa jauh daripada situ. Aku menekan button auto-pilot dan aku berganjak ke belakang bersama Aubrey. Troy dan Joe memandang aku dan Aubrey.

“So? Nexus akan aku bawa ke penjara, aku bukan sesiapa nak hukum korang ni. Aku tak nak jadi penjahat atau pembunuh macam korang. Aku masih lagi berhati perut. Troy dan Joe, kau berdua nak ikut dorang jugak ke macam mana?”

Tanya aku. Troy dan Joe membuat riak terkejut.

‘Mika, aku dan Troy minta maaf. Kami merayu. Jangan sumbat kami ke penjara. Kami nak hidup dengan korang berdua, maafkan kami.’

Aku tersenyum sinis, apabila Joe menggunakan kuasa serunya di dalam mindaku.

“Tak perlu kau nak seru pakai minda akulah, Joe. Cakap face-to-face je. Susah sangat ke? Biar Aubrey dengar sekali.”

“Aku minta maaf...”

Kata Joe kemudian Troy. Aubrey hanya menjeling menyampah.

“Banyaklah korang punya maaf. Terang-terang nak bunuh aku dengan Mika. Maaf konon?”

Aubrey menjengilkan matanya. Aku hanya berpeluk tubuh. Sebenarnya sengaja nak menyakat dorang.
“Aubrey tengok muka diorang dah kecut bila kita tanya camtu. Padahal kita main-main je.” Terkekek-kekek aku dan Aubrey gelak. Troy menarik aku masuk ke dalam dakapannya dan menyekeh kepala aku. Aku menjerit minta dilepaskan. Namun gagal. Badan Troy yang besar kedabak itu menghimpit aku dengan kuatnya. Joe dan Aubrey hanya tergelak kecil. Walaupun kuat mana aku menjerit tadi, Aiden masih lagi lena tidur. Yelah dah kena kawal suruh tidur je kannn...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience