Chapter 12 - Traitor

Horror & Thriller Completed 13935

Bangun sahaja daripada tidur, kami semua menyambung perjalanan kami ke pusat pengawalan rahsia tersebut. Seharian Troy tidak bercakap dengan aku. Aku sungguh terasa dengan perbuatannya. Dia marah sangat ke pasal aku ikut cakap Hirman? Tapi mereka okey sahaja pada aku.

Zummm...

Aku terkejut apabila melihat langit bertukar menjadi warna ungu kegelapan ditambah dengan pancaran kilat gergasi memanah darat. Kemudian hujan batu sebesar bola sepak jatuh dari langit. Kami bertempiaran lari. Aubrey menyelamatkan kawan-kawan kami dengan kuasa kelajuannya. Aku memejamkan mataku lalu melindungi semua kawan-kawanku. Aku cuba untuk menghentikan batu-batu tersebut jatuh ke tanah tetapi gagal. Terlalu banyak untuk aku halangnya. Tak sampai beberapa minit, jatuh pula hujan batu berapi besar. Aku tersentak melihat semua ini. Drake memang betul-betul nak bunuh aku! Siap kau Drake. Aku jumpa kau. Kau kena dengan aku.

Kami hampir sampai ke pusat pengawalan tersebut cuma bencana ini menghalang kami untuk ke sana. Dengan kuasa kami pun tidak cukup untuk menghancurkan batu-batu berapi yang tidak putus-putus jatuh ke tanah.

“Ahhhhhhh!”

Aku dengar Firaz menjerit apabila bebola api itu menghempap kakinya dan separuh badannya terbakar.

“Firaz.. kuat! Keluarkan kuasa air kau! Padamkan api pada badan kau...”

Rayu aku pada Firaz. Aku memangku dia.

“Ak-aku ta-tak boleh. Ni bukan api biasa. Ni-ni.. api lava...”

Aku tercengang. Aku cuba memejamkan mataku untuk memadamkan api pada tubuh Firaz. Akhirnya perlahan-lahan ia terpadam tetapi separuh badan Firaz sudah rentung. Firaz tinggal nyawa-nyawa ikan. Dia minta maaf padaku kerana dia sudah tak dapat nak bertahan lagi. Aku menjerit kesedihan. Aku kehilangan lagi kawanku. Aku tak sempat nak bawa dia keluar daripada sini. Aubrey menarik lembut lenganku dan membawa aku pergi dari situ. Sayu hatiku meninggalkan jasad Firaz disitu. Batu-batu api itu sudah berkurangan. Mungkin sudah dapat membunuh satu nyawa dan ia terhenti. Aku mendengus.

“Kita kena teruskan perjalanan kita.”

Pujuk Aubrey. Dia menarik aku masuk ke dalam dakapannya lalu kami berjalan.

Troy dan Joe mula aku nampak berubah. Sepanjang perjalanan mereka tak pedulikan kami. Kalau ditanya sepatah sahaja dijawab. Aku mula hairan. Marah betul dorang sampai tak nak bercakap dengan aku.

“Woi! Bila nak sampai ni? Kata dah dekat! Kau berdua sengaja nak perangkap kiteorang ke apa, hah?!”

Terkejut apabila Troy mula mengamuk kerana sudah dua jam lebih kami berjalan. Hirman dan Zarish terkebil-kebil apabila diherdik oleh Troy. Joe pula mengiyakan Troy. Mulalah mereka bertekak sesama sendiri.

“Mika! Kau nak ikut dorang ke? Nak ikut aku dengan Joe?”

Terkial-kial aku memandang Troy kemudian Hirman. Entah kenapa hatiku berkata, aku perlu mengikut Hirman. Aku diam sejenak. Troy mendesak aku.
Aku dan Aubrey berjalan mendekati Hirman manakala Cal mengikut Troy dan Joe. Hani dan Lucas mengikut kami.

“Bagus! Tu keputusan kau! Pergi mati sana!”

Maki Troy lalu meninggalkan kami. Cal sempat tersenyum sinis ke arah aku. Aku pelik. Apa maksud disebalik senyuman sinisnya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aubrey memulas tombol pintu itu perlahan. Akhirnya kami sampai di pusat pengawalan tersebut walaupun matahari sudah berganti dengan bulan. Hirman mendahului masuk kemudian kami semua. Dia memeriksa sekeliling. Suasana hanya sunyi-sepi. Lampu pendaflour hanya terkelip-kelip. Apa sudah terjadi dengan bangunan ini?

Aku memegang tangan Aubrey erat. Kami berjalan mengekori gerak-geri Hirman dan Zarish yang berada di hadapan. Tiba-tiba...

“Ahhhh!”

Semua lampu terpadam serentak dan aku dengar jeritan Hani. Aku meraba-raba sambil memanggil nama Aubrey tetapi tiada sahutan. Begitu juga dengan Hirman dan Zarish.

Dung!
Aku rebah apabila ada benda keras mendarat pada belakang tengkukku. Hanya terdengar suara sayup-sayup orang sedang bercakap dan ketawa. Adakah ini kerja Hirman dan Zarish? Betulkah kata-kata Troy yang mengatakan bahawa dia tidak sedap hati tentang kebaikan Hirman dan Zarish?

Perlahan aku menutup kelopak mataku apabila kepalaku seperti dihempap batu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ahhhhh!”

“Ahhhhhh!”

“Ahhhhhhhhhhhh!”

Aku tersedar apabila terdengar bunyi jeritan paling kuat. Kelopak mataku terbuka perlahan, penglihatanku masih samar-samar. Aku memandang disebelah, Aubrey terlentuk di atas bahuku dengan tangan dan kakinya diikat ketat. Aku juga turut diikat. Penglihatanku semakin jelas dan...

“Drake?”

Tanya aku apabila melihat satu tubuh yang sudah berlumuran darah. Pipinya ditoreh. Badannya berdarah-darah. Lebam dan luka teruk. Disebelahnya pula Hirman dan Zarish. Mereka juga berlumuran darah. Nasib aku dan Aubrey masih baik. Tiada luka. Aku mencari-cari kelibat Hani dan Lucas namun tiada. Di manakah mereka?

Tiba-tiba aku ternampak seseorang masuk ke dalam bilik ini. Aku mengecilkan mataku untuk melihat siapa yang masuk.

“Joe?”

Aku menoleh ke kanan. Aubrey tersedar lalu memanggil nama Joe.

“Hai..”

Kata Joe sambil memegang dagu aku dan Aubrey kuat. Aku mengaduh sakit. Aku baru perasan aku dan Aubrey dipakaikan semula gelang besi itu. Badanku sakit apabila kuasaku dikongkong oleh gelang besi itu. Ia membuatkan aku menjadi lemah. Aku nampak Troy masuk bersama... Aiden dan Nexus yang tersenyum sinis kepadaku.

“Hai sweetheart.”

Aiden mengusap pipiku lembut lalu dia mengucup rambutku. Aku meronta. Hujung kakiku menendang Aiden.

“Hey!”

Herdik Troy. Aku hanya memberi jelingan maut padanya. Baru sahaja Troy mahu menampar aku, Aiden menghalangnya.

“Biarkan. Jangan berkeras sangat dengan ketua tu.”

Dia ketawa sinis. Aku terdiam sambil melihat wajah Troy. Jadi selama ni Troy dan Joe adalah pengkhianat dan bukan Hirman dan Zarish.

“Kau rupanya Aiden yang jahat. Bukan Drake. Joe dan Troy rupa-rupanya pengkhianat.”

Aiden gelak besar. Sekarang baru nampak kejantanan dia. Dah tak ada lagi kelembutannya sebelum ini.

“Aku memang jahat sejak azali. Drake ni hanya umpan aku. Actually dia sendiri pun tak tahu aku dalang semua ni. Bodoh kan? Lagipun aku memang tak suka dia dari dulu. Disebabkan dia aku tak dapat pegang jawatan President. Konon dengan sikapnya yang layak jadi President, tu sebab dia dapat jadi President akademi ni. Sama sekali tak adil. Sepatutnya perlantikan President harus dipilih melalui undian ataupun cabutan bertuah. Ni dia hanya dilantik sekali pilihan sahaja oleh kawan-kawan aku. Dan aku dilantik hanya sebagai mentor? Such a stupid!”

Kata Aiden sambil menunjal kepala Drake kebelakang. Drake aku lihat mengerang kesakitan.

“Kenapa kau buat semua ni Aiden?”

“Perebutan kuasa jawatan tertinggi. Sepatutnya aku yang dapat jadi President akademi ini. Tapi sebaliknya dia ni yang jadi. Si bongok ni!”

Ditendang pula perut Drake. Tersembur darah daripada mulut Drake.

“Ni lah plan aku yang sudah lama aku simpan. Nasiblah Troy dan Joe nak jadi orang kanan aku. Ah, tak lupa juga dengan Cal dan Nexus.”

Kata Aiden lalu duduk bersila disebelah aku sambil tersenyum manja. Aku menjauhkan sedikit badanku.

“Lepaskan kamilah! Kami tak tahu apa-apa! Siapa yang masukkan kami ke sini!”

Marah Aubrey.

“Aku sendiri yang masukkan korang sebab aku nampak kuasa korang yang hebat digunakan diluar sana. Tapi sayang, korang tak nak membantu aku. Korang pengkhianat. Sia-sia je aku kutip korang. Aku yang suruh Drake ambil kau berdua.”

Ujar Aiden.

“Troy dan Joe selama ini mereka berlakon aje dengan korang. Diorang ni dah lama bekerjasama dengan aku. Setiap tindakan dan rancangan rahsia korang aku tahu tau. Jangan ingat aku bodoh.”

Aku menjengilkan mataku. Baru aku tahu.. rupanya, Troy dan Joe sengaja berkawan rapat dengan kami dengan beralasan.

“Aku dah bunuh Colin, Hayden dan Andreas secara perlahan-lahan dengan guna cecair ni. Hebat tak aku? Berterima kasih kepada Nexus yang sudi buat kerja ‘bersih’ ni. Senang cerita, semua orang yang tak pernah hargai aku dah settlekan. Bunuh.”

Aku membesarkan mata.

“Ka-kau bunuh dorang semua?”

Aiden mengangguk dengan bangganya.

“Troy dan Joe sekarang giliran korang pula bunuh semua manusia yang wujud dalam bilik ni manakala Cal akan bunuh Hani dan Lucas dalam bilik lagi satu. Ikut suka korang nak buat apa. Aku perhatikan dari cctv. Yang aku nak tengok. Kau bunuh Drake dulu.”

Troy dan Joe menurut perintah. Mereka mengeluarkan pedang.

“Troy...”

Panggil aku. Troy yang baru sahaja mendekati tubuh Drake memaling belakang memandang aku.

“Macam ni kau balas dekat aku? Sampai hati kau mainkan perasan aku.”
Kata aku sebak.

“Air mata kau tak beri kesan mendalam dekat aku. Sorry. Aku buat semua ni sebab aku dah tak tahan nak duduk dalam akademi tu. Aiden akan bantu aku dan Joe keluar dari situ. Dia janji nak beri kebahagian kepada kami.”

Ujar Troy.

“Aku manusia paling bodoh yang mencintai kau, Joe! Kau pengkhianat! Kau gila! Gila!”

Jerit Aubrey sekuat hatinya. Joe hanya memberikan senyuman sinis.

Darah terpercik pada wajah aku dan Aubrey apabila Troy menghunuskan pedang tepat pada kepala Drake. Joe pula sudah ‘menarik’ nyawa Hirman dan Zarish dengan menggunakan pedangnya. Dengan tiada perasaan belas kasihan, dia memancung kepala Hirman dan Zarish. Aku menutup mataku untuk tidak melihat jasad mereka yang sudah tidak berkepala.

Giliran aku dan Aubrey untuk dibunuh oleh Troy dan Joe. Mereka hanya tersenyum sinis. Aku tahu Troy dan Joe tidak kawal oleh sesiapa kerana mereka tidak memakai gelang besi itu. Ini semua kehendak mereka sendiri. Aku betul-betul tak sangka Troy yang aku sayang begini rupanya.

“Janganlah takut sayang. Dulu sayang pernah menangkan dalam latihan pedang bersama aku. Dengan bangganya kau mengalahkan aku dikhalayak ramai.”

Aku hanya mendiamkan diri manakala jariku sedang bertungkus-lumus mencuba membuka ikatan pada tanganku. Daripada tadi jari aku cuba membuka ikatan ini.

“Troy kau pancung Mika dulu. Biar Aubrey tengok sepupu dia mati depan dia sambil tu boleh dia jilat darah Mika tu.”

Kata Joe tergelak-gelak. Aubrey meronta-ronta kemarahan.

“Kau gila Joe!”

Troy sudah mengangkat pedang tersebut dan aku pula terus memancarkan cahaya merah menembusi perutnya. Troy terjatuh kesakitan. Perutnya berdarah. Joe pula aku tolaknya sehingga terhantuk pada dinding. Darah mengalir keluar daripada kepalanya. Aku membuka ikatan pada tangan dan kaki Aubrey. Kemudian kami berlari keluar dari bilik itu.

Hani dan Lucas aku lihat terkurung dalam bilik kaca. Aku menghentakkan cermin kaca itu dengan kerusi yang ada disitu, habis kaca pecah berderai. Hani menggelengkan kepalanya. Dia menyuruh kami keluar. Lucas hampir bertukar. Aku terkejut apabila Hani setia memeluk Lucas walaupun Lucas sedang menggigit bahu Hani. Cal pula sudah berlumuran darah pada perutnya. Usus perutnya terkeluar. Ia membuatkan aku mual. Rupanya ini semua angkara Lucas yang sudah bertukar. Aku mendekati Hani dan mengusap wajahnya buat kali terakhir dan Hani memeluk lenganku. Lucas pula hampir mahu menerkam aku tetapi sempat ditahan oleh Hani.

Aku dan Aubrey berpatah balik semula ke bilik kurungan kami tadi. Kelihatan Aiden sedang menghalakan sepucuk pistol ke arah Troy yang sedang terbaring menahan sakit. Aku dan Aubrey menyorok disebalik pintu masuk.

“Kau memang tak boleh harap! Kau tak boleh lawan perempuan tu ke, hah?!”

Tengking Aiden.

“Macam nilah, kerja aku pun dah selesai. Tak ada guna lagi korang jadi pembantu aku. Biar aku tamatkan riwayat korang, ya. Jangan risau. Mika dan Aubrey biar aku yang selesaikan. Biar korang berdua mati dulu, sehati sejiwa. BFF kan?”

Aiden tergelak besar sambil merentap cip kod di belakang tengkuk Troy dan Joe. Mereka mula tersedar apabila Aiden mencabut cip tersebut. Rupanya aku salah, mereka turut dikawal oleh Aiden cuma mereka diletakkan cip pada belakang tengkuk mereka.

“Kau memang ta-tak gu-guna Aiden! Menyesal ak-aku ikut cakap kau! Mika! Maafkan aku sayang!”

Jerit Troy sambil memanggil nama aku. Joe dibelakang hanya tersandar lemah. Aku memberi isyarat mata kepada Aubrey dan Aubrey membalas dengan senyuman sinis. Baru sahaja Aiden mahu menarik picu pistolnya, Aubrey merampas pistol tersebut dengan selaju angin. Aiden terpinga-pinga, dia mencari kelibat yang merampas pistolnya. Aku menjadi halimunan manakala Aubrey mengacah-acah Aiden dengan berlari laju mengelilingi dia sehingga Aiden pening. Aku membantu Troy keluar kemudian Joe. Aku berdiri di belakang Aiden lalu menendang belakang badannya dan aku memijak belakangnya. Dia mengaduh sakit. Aubrey mengikat tangan dan kakinya sekuat hati.

“Giliran kau pula.”

Aku tersenyum. Inilah masanya aku gunakan kuasaku untuk mencederakan orang yang betul-betul berhak merasainya. Aiden tersenyum sinis ke arah kemudian dia menunjukkan kedua-dua belah tangannya yang sudah tidak diikat. Rupanya dia boleh buka tali itu gunakan kuasa dia. Aku kaget. Aubrey sudah berdiri di belakang aku. Sekarang aku gunakan kuasa aku untuk menghapuskan Aiden. Aiden menyerang aku dengan mengeluarkan asap hijau pekat dari tapak tangannya. Aku memasang pelindung. Asap tersebut hilang dari pandangan aku. Aiden mendengus kemudian dia menumbuk dinding bilik itu sehingga bolos. Dia cuba melarikan diri dengan mengapungkan diri. Aku turut mengapung diri dan mengejarnya. Aku sempat menyeru minda Joe.

‘Joe! Suruh Aubrey hidupkan enjin helikopter atas bumbung sana lepastu ambil aku kat belakang bangunan ni. Cepat!’

Joe yang masih lemah kerana darah banyak keluar dari kepalanya, berasa pening dan cuba memanggil Aubrey dan memberitahu apa yang disuruh oleh Mika. Aubrey memapah Joe manakala Troy boleh berjalan sendiri. Sampai di dalam helikopter, Aubrey merawat Joe dan Troy kemudian perlahan-lahan Joe mengambil alih untuk memandu helikopter itu.

“Aiden kau pengecut! Asal kau lari! Kau dah bunuh semua orang lepastu kau nak lari? Buruk betul muka kau! Hah!” sindir aku. Aiden berhenti daripada melarikan diri kemudian menyerang aku dengan asap-asap saktinya itu. Aku menjeling.

“Setakat asap macam tu, aku boleh tiuplah.” Aiden menjengilkan matanya apabila aku menghina kuasanya. Dia membuat bebola asap tersebut kemudian dibaling kepada aku, aku sempat menahannya tetapi aku menjerit kecil apabila asap itu terkena pada lengan serta tanganku. Melecur habis. Aku mendengus keras. Aiden ketawa.

“Power tak kuasaku? Tiada siapa yang ada kuasa macam aku lagi tau.” Kata Aiden bangga.

“Tak power sangat. Kau boleh tak tarik helikopter banyak kat atas tu pakai kawalan minda kau je?” kata aku sambil berpeluk tubuh. Aiden menjeling. Aku ‘menarik’ helikopter di atas itu menggunakan kawalan mindaku kemudian jatuhkan ke arah Aiden. Aiden sempat elak dan elak. Dia mula termengah-mengah. Ni peluang keemasan. Aku merenung kaki dia.

“Ehhh ehhh!” Aiden jatuh terjelepok di atas darat. Aku menjejakkan kakiku di atas darat kemudian aku berpeluk tubuh sambil melihat Aiden sedang cuba untuk berdiri semula. Dia berkerut kesakitan.

“Kurang ajar kau, Mika!” jerit Aiden.

“Well. Sekali-sekala.” Jawab aku sambil tersenyum senget.

Aiden menembak aku dengan asap keluar dari tangannya, cepat-cepat aku memasang pelindung. Kemudian aku mengawal tangan Aiden menghalakan ke atas dan kemudian asap tersebut terkena pada Aiden semula. Aiden menjerit sakit. Kemudian aku membuka pelindung aku dan menyerang Aiden. Aku membelasahnya teruk. Aiden menolak tubuhku sehingga aku terhentak ke dinding bangunan. Aku cuba untuk bangun. Sakit betul belakang badan aku apabila terhentak. Aiden sudah lari masuk ke dalam bangunan semula. Aku mengimbas keberadaan Aiden di dalam bangunan.

“Tak pandai nak menyorok. Bengong.” Aku tersenyum sinis. Aku terus berlari masuk ke tempat latihan memedang. Tiba-tiba Aiden menyerang aku dengan menghunuskan pedang ke arah aku. Aku menundukkan kepalaku lalu kakiku menyepak tangan Aiden. Pedang itu terlepas daripada pegangannya. Kami bergelut sesama sendiri. Aiden dapat mengambil pedang itu semula manakala aku terjatuh di atas lantai, belum sempat aku bangun, Aiden menghalakan pedang tersebut di bawah leherku. Aku tercengang. Tajam betul mata pedang ni. Bersinar lagi. Aduh... kalau aku gerak sikit mati ni. Tak pasal-pasal aku mati tak berkepala. Aiden mahu memancung aku, aku pula seperti menyerah diri dengan memejamkan mataku.

1 saat

2 saat

3 saat

Aku buka mata semula. Mamat ni tak sampai hati nak pancung aku ke? Rupa-rupanya Aubrey telah memulaskan kedua-dua belah tangannya ke belakang. Manakala aku lihat Joe dibelakangku merenung anak mata Aiden. Rupanya Joe mengawal diri Aiden. Troy mendekati aku dan mengelap darah yang tertitis sedikit di leherku. Aku tersenyum sinis.

“Nak khianati lagi ke?” sindir aku. Aubrey tergelak.

“Tak. Sorry sayang.” Kata Troy sayu. Aku membuat gaya muntah.

“Sayang? Sorry I am not your sayang-sayang okay.” Aku berdiri semula sambil menolak tubuh Troy ketepi. Aubrey meletakkan gelang besi pada kedua-dua belah tangan Aiden dan dia mengawal Aiden menggunakan remote yang dijumpainya. Aku tergelak.

Aubrey menyuruh Aiden menari dan menyanyilah. Tak de kerja betul Aubrey. Tergelak-gelak aku tengok. Kemudian Aubrey menekan butang Zzz. Menyuruh Aiden tidur. Aku dan Aubrey pergi masuk ke bangunan semula untuk mencari-cari bom untuk diletupkan bangunan ini supaya tiada lagi aktiviti di dalam bangunan ni. Aiden aku tinggalkan bersama Troy dan Joe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience