Chapter 8 - Stuck

Horror & Thriller Completed 13935

Sudah tiga jam kami berlatih bersama Nexus dan Trix. Aku menang kali ni berlawan dengan Nexus. Punya bengang dia. Ada aku kisah? He he.. Rancangan aku akan berjaya setelah kami masuk ke dalam permainan rahsia. Tapi sampai sekarang kami masih belum dipanggil untuk ke permainan besar rahsia itu. Aku masih lagi menunggu saat-saatnya. Aku dan Aubrey serentak membuat senaman tekan tubi sebanyak 50 kali. Hani melompat-lompat dengan tali skipping. Troy dan Firaz mengangkat berat manakala Joe dan Cal bermain dengan bola keranjang.

“Good job dear. You look perfect.”

Aku mengangkat wajah memandang Aiden yang berdiri disebelahku. Aku mengelap peluh pada wajahku lalu tersenyum. Aku meminta diri untuk ke tandas untuk membuang toksik. Haha..

Apabila aku ingin kembali ke bilik latihan tadi, aku ditahan oleh tiga ketua kumpulan. Mereka bertiga mengepung aku sambil membuat muka sinis. Aku hanya menjungkitkan keningku melihat mereka. Nak cari gaduhlah tu?

“Hoi perempuan. Aku masih tak puas hati dengan kau.”

Aku mengerut sakit apabila Lucas menarik rambut yang kuikat satu itu.

“Apa yang kau tak puas hati?”

Aku menepis tangan Lucas dengan mudah menggunakan cahaya merahku. Dia merenung tajam ke arahku.

“Kau budak mentah lagi dekat akademi tu. Apasal kau boleh terpilih untuk jadi ketua? Its nonsense. Kiteorang bertahun-tahun kat sini, sekarang baru dapat. Kau yang tak sampai beberapa hari tinggal situ terus dapat.”

“Eh eh.. kau ni kenapa? Bukan aku yang aturkan semua tu. Kau pergilah tanya si Hayden tu. Dah nama aku timbul time cabutan bertuah tu. Nak buat cam mana? Korang ni kelakarlah. Sengaja nak cari gaduh dengan aku. Aku ni budak baik tak suka cari gaduh dengan orang. Maaflah ya. Nak balik bilik latihan ni.”

Aku menepuk-nepuk perlahan pipi Lucas. Lucas tergamam manakala aku tersenyum senget.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini President Drake dan Sir Colin mahu menguji kuasa keempat-empat ketua kumpulan dengan menyuruh kami main permainan seperti sukan. Mengumpul 10 helai bendera mengikut nama warna kumpulan kami. Pada aku tidaklah mencabar sangat tetapi apabila melihat cabaran dan halangannya memang sangat rumit. Ada api, ada ais, ada tornado dan macam-macam lagi. Masa diberi hanya 10 minit sahaja. Memang... ahhh!

Aku tersentak apabila Lucas memegang bahuku sambil tersenyum. Senyuman dia kali ni nampak lain. Nampak ikhlas dan manis. Eceh.. aku abaikan dan menepis pegangannya. Aku memberi fokus kepada permainan tersebut. Wisel ditiup oleh Sir Colin. Aku terus berlari berdesup. Di tapak tanganku sentiasa terpancar cahaya merah supaya senang aku nak mengalihkan ataupun menggunakannya. Sampai sahaja di hadapan gelung berapi marak aku bermain dengan jemariku supaya api tersebut naik ke atas dan dengan senang aku memboloskan diri di dalam bulatan gelung itu. Kemudian aku mengapungkan diri ke kiri dan kanan mengikut rentak tornado yang seakan-akan mengacah aku. Aku mengalihkan tornado tersebut ke sebelah timur dan aku terus melepasi pagar-pagar yang berduri dan ada akar hidup berlilit di pagar tersebut. Kaki aku hampir ditangkap oleh akar hidup tersebut namun sempat aku alihkan. Aku tersembab ke tanah apabila ada satu akar hidup yang tebal berjaya melilit kaki kiriku. Aku mendengus lalu memutuskan akar tersebut menggunakan cahaya merahku. Sudah semestinya. Kemudian aku bangun dan terus berlari.

Ada dua ekor campuran harimau dan serigala dibawah. Sangatlah besar. Aku menelan air liur apabila dua ekor haiwan mutant itu merenung aku tajam. Aku terjun ke bawah dan terus mereka mengejar aku. Aku menjadi halimunan. Mereka mula tercari-cari tetapi mereka dapat mengesan aku dengan deria bau mereka yang tajam. Aku mengalihkan pandangan mereka dan terus berlari. Di dalam beg kecilku sudah ada 8 bendera verditer. Hanya dua helai sahaja lagi, masa hanya tinggal 3 minit sahaja sebelum wisel berbunyi. Aku mula buntu.

Aku berlari melepasi lumpur mendidih dengan mengapungkan diri. Aku melonjak gembira kerana aku dapat mengumpulkan dua bendera sekaligus dalam masa 120 saat. Hanya 60 saat sahaja lagi untuk aku ke garisan penamat tiba-tiba aku terdengar bunyi mengerang seseorang. Aku memandang ke kiri dan kanan. Aku perasan susuk tubuh Lucas yang berlumuran darah pada kakinya. Hatiku mula terdetik. Dia ni nak perangkap aku atau memang betul-betul cedera? Tanpa berfikir aku terus mendekati dia. Dia sedang mengerang sakit pada kakinya. Aku menekup mulutku apabila ternampak tulang kakinya terkeluar. Sangat menyakitkan.

“Lucas, kau cedera ni?”

Lucas hanya mengangguk perlahan. Aku terus memapahnya. Ada lagi 35 saat untuk wisel tamat berbunyi. Garisan penamat tidak jauh daripada tempat aku berdiri. Andaikan Aubrey ada, senang aku terus pecut sahaja. Perlahan-lahan aku memapah Lucas dan cuba berlari anak ke garisan penamat. Saat aku melepasi garisan penamat bersama Lucas, tepat-tepat wisel berbunyi. Aku menarik nafas panjang. Tak tahu siapa menang sebab aku dan Lucas sekali jalan di garisan penamat. Aku tak kisah dengan semua tu sebab aku bukan seorang kejam. Cukuplah aku hampir bunuh Hirman.

President Drake mendekati aku. Dan...

Pang!

Berpinar-pinar kepalaku saat ditampar oleh dia. Apa hak dia untuk menampar aku? Apa salah aku? Lucas yang terkejut hanya diam disisiku.

“Mika, Sie erinnern sich nicht, was die Regeln dieses Spiels? [Mika, kamu tak ingat apa peraturan permainan ini?]”

Tanya President Drake dengan nada dingin. Aku hanya membuat muka biasa. Aku tahu. Sengaja. Aku masih lagi berhati perut.

“Ich weiß, aber ich möchte Sie wissen, ich bin kein grausam und herzlos ich immer noch wieder. [Saya tahu tapi saya nak awak tahu saya bukan seorang yang kejam dan saya masih berhati perut lagi.]”

Kata aku sinis. Sekali lagi aku ditampar. Lucas dipapah oleh Max dan Tyler ke bilik rawatan. Aku diheret oleh seorang lelaki dan perempuan yang memakai sut serba hitam legam. Aku meronta-ronta dan mereka memesang gelang besi pada tanganku. Aku cuba mengeluarkan kuasa namun hampeh. Tiada apa-apa yang keluar. Ia hanya memenatkan badan aku. Lama-lama pandanganku kabur. Aku masih lagi dengar Aubrey dan ahli-ahliku yang lain menjerit memanggil aku.

“Hoi! Lepaskan Mika!”

Aubrey terus memecut ke arah Mika. Kemudian dia membelasah kedua-dua bodyguard milik President Drake. Dia memangku Mika yang pengsan itu. Joe dan Troy baru sahaja mahu menolong Aubrey tetapi dihalang oleh orang kuat President Drake. Orang suruhan President Drake mengheret Mika dan Aubrey sehingga ke bawah tanah dan mereka dikurung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku mengelip-ngelipkan mataku lalu membukanya dengan jelas. Satu cahaya terang menyilaukan mataku. Aku menenyeh mataku kasar supaya penglihatanku nampak jelas. Pipiku terasa bisa tiba-tiba. Aku mengusap-usap pipiku lalu cuba mengingatkan kejadian yang menyebabkan aku pengsan. Aku ditampar oleh President Drake dan... di manakah aku sekarang? Kenapa semuanya serba putih sahaja bilik ni seperti pertama kali aku jejak di Maze Academy itu dulu. Aku memandang ke sebelah kanan, kelihatan Aubrey sedang terbaring. Kami terpisah dengan dinding kaca. Aku merangkak mendekati dinding pemisah itu.

“Aubrey... Aubrey...”

Aku mengetuk-getuk dinding itu. Aku menghela nafas lega apabila Aubrey tersedar lalu dia memandang aku dengan riak wajah terkejut.

“Kita kat mana?”
Nasib baik dinding tersebut tidak menjadi penghalang untuk kami bercakap. Aubrey mengubah posisi kepada duduk sambil memeluk betis. Tiba-tiba aku terdengar bunyi detapan kasut seseorang.

“Hah?! Dah bangun?”

Pintu terbuka lalu lelaki itu merentap lenganku untuk mengekori dia begitu juga dengan Aubrey. Kami masih tidak dapat mengeluarkan kerana pada pergelangan tangan kami masih ada gelang besi tersebut. Macam mana nak buka pun tak tahu, gelang besi itu seolah-olah mencengkam pergelanganku.

“Duduk sini. President nak jumpa korang dua sebab korang dah berani-berani langgar peraturan MA.”

Aku menjeling manakala Aubrey mendengus.

“Setahu aku, aku je langgar peraturan bukan Aubrey.”

Jawab aku. Lelaki itu mencengkam bahuku.

“Kau jangan macam-macam.”

Aku mengerut menahan sakit lalu merenung tajam ke arahnya. Tiba-tiba President Drake masuk sambil berdehem. Aku memeluk tubuh dan kakiku silangkan.

“So?”

Tanya aku sebaik sahaja Drake melabuhkan punggungnya. Drake merenung aku tajam.
“Kau memang tak serikkan? Tak kenang budi dengan orang yang telah menyelamatkan kau daripada dunia luar yang akan musnah dalam masa yang terdekat.”

Aku menjungkitkan keningku lalu memandang sekilas ke arah Aubrey yang turut memandangku berkerut.

“Siapa kau untuk kami mengenang budi? Setahu aku bukan kau yang masukkan aku ke sini tetapi Hayden dan Andreas.”

Drake tersenyum sinis.

“Itu semua arahan aku. Aku yang paling berkuasa. Aku yang tubuhkan semula Maze Academy ni sebab... aku bekas pelajar akademi ini dan aku berjanji akan teruskan permainan ni. Hayden dan Andreas juga bekas pelajar Maze Academy. Sudah bertahun-tahun kami bersama Maze Academy dan kami bahagia.”

Terbahak-bahak aku ketawa apabila Drake menyebut perkataan ‘bahagia’, Aubrey turut tergelak. Drake mendengus.

“Kenapa?!”

“Bahagia kau cakap? Bahagia?!”

Sinis aku.

“Kalau bahagia kenapa kau perangkap semua budak remaja yang macam kami. Kalaupun kau bahagia kenapa tak membantu kepada kerajaan? Kenapa tak raikan kebahagiaan kau tu bersama orang lain? Perlukah kau buat semua ni?”

Drake tersenyum sinis.

“Kebahagiaan itu hanya aku sahaja yang merasai. Aku sudah berjanji akan meneruskannya.”

“Kenapa kau tak jadi seperti Zayra? Dia pun bekas pelajar akademi dan sekarang dia tak nak terlibat lagi sebab... kau pun tahu apa sebabnya? Dia bukan seorang yang kejam. Yeah, well sama dengan aku.”

Aku berdiri sambil kedua-dua belah tapak tanganku menghentak meja membuatkan Drake mengundur kebelakang sedikit.

“Zayra dan kawan-kawannya puncanya jatuh Maze Academy ini. Kalau mereka tak terpilih Maze Academy tak akan tercemar.”

Kata Drake dengan keras. Aku hanya tersenyum senget.

“Aku nak kau tahu, Verditer akan tarik diri. Selamat tinggal! Chaiyio!”

Aku dan Aubrey mahu berjalan ke arah pintu keluar tiba-tiba kaki aku berasa kejang seakan-akan lumpuh. Aku dan Aubrey serentak terduduk. Drake ketawa sinis.

“Kau tak adil, main kuasa dengan aku?”

Aku menjeling. Drake masih ketawa.

“Kalau kau kuat macam Si Zayra tu buktikan.”

Aku tersenyum lalu cuba memejamkan mata. Perlahan-lahan gelang besi itu mula terbuka dan mencair. Berkerut-kerut aku cuba mengeluarkan kuasaku. Memang begitu kuat kekuasaan gelang besi ini sehingga berpeluh-peluh aku mencuba. Drake terkejut melihat aku berjaya membuka gelang besi itu. Aku terus bermain dengan cahaya merah di jariku kemudian menepis tubuh Drake ke tepi tetapi sungguh mengejutkan aku kerana Drake masih kekal berdiri disitu sambil tersenyum sinis. Apalah kuasa dia ni? Kebalnya...

“Sampai masanya, sayang kau kena pergi meninggalkanku.”

Aku membulatkan mata. Siap menyanyi pula... bengang aku. Orang suruhan Drake memakaikan gelang besi yang baru pada pergelangan tanganku lalu mereka menarik tubuh aku dan Aubrey. Membazir tenaga aku membuka gelang besi ni sekarang lagi sekali dia melekat pada tanganku.

“Lepaskan akulah! Nak bawa pergi mana!!”

Jeritku. Tendangan aku dan Aubrey sama sekali tidak menumbangkan seorang lelaki berbadan sasa ni. Aku mengeluh.

Kemudian lelaki itu menolak kami masuk ke dalam elevator seperti elevator mengangkat barang ada beberapa kotak disitu. Kemudian dia mengunci pintu elevator tersebut dan terus elevator itu turun ke bawah dengan lajunya. Aku dan Aubrey menjerit.

Dummmm...

Elevator itu terputus dengan wayar penghubungnya dan kami terjatuh keluar daripada elevator tersebut. Sakit punggung aku dibuatnya apabila jatuh terhentak. Kami melihat sekeliling kami. Hanya ada padang yang sangat-sangat luas menghijau dan ada pokok-pokok yang besar sebesarnya. Tinggi pula tu. Alam ajaib manakah aku sesat ni? Mataku mengecil apabila ternampak di hujung padang sana ada rumah-rumah kecil dan aku baru perasan padang ini disekelilingi dengan tembok batu ais! Aku dan Aubrey pandang sesama sendiri.

Adakah kami ‘stuck’ kat dalam permainan rahsia sekarang? Inikah permainan rahsianya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience