Prologue

Horror & Thriller Completed 13935

Maze Academy

Sebuah bangunan akademi yang dulunya cantik dicat berwarna biru dan kelabu kini menjadi pudar. Retak. Bangunan ini terbiar akibat satu kejadian di mana empat orang gadis berlawan dengan seorang pengetua akademi di situ. Mereka pernah memberitahu bahawa akademi ini dulunya ditubuhkan untuk mengerah tenaga budak-budak menjadi bahan permainan mereka. Kebanyakan mereka sudah tergadai nyawa akibat menyertai akademi ini.

Mereka menipu dengan mengatakan akademi ini hanya sama seperti universiti, kampus dan akademi yang lain bertujuan untuk menuntut ilmu namun tidak. Dengan kata-kata manis mereka, ramai remaja yang dalam lingkungan 12-20 tahun terperangkap dalam akademi tersebut.

Mereka perlu menjalani satu latihan kemudian mereka dikerah tenaga untuk berlawan sehabis mungkin di dalam beberapa buah permainan yang dicipta oleh mereka. Permainan itu sangat berbahaya, sekiranya mereka gagal di dalam permainan itu dengan sia-sianya mereka mati dalam permainan tersebut. Hanya nama mereka sahaja yang akan diketahui oleh pihak tertentu. Namun jasad mereka tak pernah mereka tanam. Entah ke mana menghilang.

Pada pengakhirannya, pengetua itulah yang menubuhkan akademi ini. Beliau mati di tangan empat orang gadis dan empat orang jejaka. Pihak polis mula menyiasat tentang pekara ini lama-kelamaan mereka abaikan kes ini dan khabar angin mengatakan mereka sudah tutup kes tersebut. Bangunan itu tiada lagi penghuni.

15 tahun sudah berlalu dengan cepat. Empat orang gadis itu pun sudah berkeluarga bersama empat orang jejaka tersebut. Mereka membawa diri ke negara lain bersama keluarganya. Jadi, mereka tidak lagi mendengar kisah akademi itu lagi.

Suatu hari, satu berita menggemparkan negara ini dengan mengatakan bahawa ada satu kumpulan telah menduduki bangunan akademi itu namun masih belum dapat kesan apa aktiviti mereka untuk kali ini. Bangunan itu bertukar menjadi cantik dan dicat dengan warna gelap. Semua orang tidak berani untuk menjejakkan kaki mereka di bangunan itu lagi sehinggalah mereka menawarkan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang ramai. Pernah sekali mereka memberitahu pada pihak media bahawa mereka sudah mempunyai lesen untuk membuat apa-apa aktiviti dan lesen itu sudah disahkan oleh ketua polis negara ini. Dengan adanya lesen itu, semua mula mempercayai mereka.

Ramai pelajar disitu masuk dan mereka semuanya baik-baik sahaja. Kumpulan tersebut masih menggunakan nama yang sama pada bangunan tersebut iaitu Maze Academy. Ramai pelajar yang mempunyai bakat luar biasa menjadi lebih hebat di semua mata orang lain. Tidak lagi dipinggirkan.

Semakin lama kerajaan semakin merosot akibat kehebatan Maze Academy ini kerana ketua mereka iaitu, Drake telah mengambil kuasa di seluruh dunia. Maze Academy juga sudah mempunyai cawangan diseluruh negara. Tiada yang terkecuali. Drake tidak menghiraukan dunia luar malah dia hanya menumpukan dunia akademinya. Kacau-bilau di dunia luar diabaikan.

Gejala sosial dan jenayah semakin meningkat terutama sekali mencuri, merompak dan meragut. Meningkat kepada 95%, ditambah pula berbunuh-bunuhan untuk merebut makanan dan minuman serta keperluan lain. Polis dan askar tidak dapat berbuat apa. Negara mereka semakin mundur dan teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience