Chapter 2 - Maze Academy

Horror & Thriller Completed 13935

“Mika.. Mika..”

Aku terdengar suara seseorang memanggil aku tetapi suaranya agak sayup. Aku mencelik mataku perlahan. Kelihatan samar-samar, kurang jelas. Aubrey yang menguis-guis bahuku memandang aku lama. Dia membantuku untuk bangun.

“Kita kat mana?”

Aubrey menjungkitkan bahunya. Kemudian mata aku meliar-liar melihat segenap ruangan bilik ini. Semuanya serba putih. Dengan pakaian aku pun turut bertukar menjadi warna putih. Apakah semua ini? Di kayangan awanan ke?

“Hallo Mika Elera und Aubrey Diana! Willkommen in der Maze Academy. Mein Name ist Andreas. Haben Sie keine Angst . Ich bin kein schlechter Mensch. [Hello Mika Elera dan Aubrey Diana! Selamat datang ke Maze Academy. Nama saya Andreas. Jangan takut. Saya bukan orang jahat.]”

Terkebil-kebil aku dan Aubrey mendengar setiap bait kata yang keluar daripada mulut lelaki yang berumur itu. Nampaknya dia cakap bahasa Jerman. Mesti dibalas dengan bahasa Jerman juga. Aku cuba menyembunyi perasaan gugupku. Tengok lelaki ni dari atas ke bawah. Macam gaya Mafia. Macam lah.

“Was möchten Sie tun? Wir vermissen! [Apa kamu nak? Lepaskan kami!]”

Aku meninggikan sedikit suaraku untuk tidak menunjukkan aku takut kepadanya. Sebenarnya aku tidaklah pandai berbahasa Jerman, aku menggunakan mindaku untuk translate bahasa Jerman. Tu sebab aku boleh cakap Jerman. Itulah ada salah satu kemampuan luar biasaku. Lelaki bernama Andreas itu tersenyum kepada dia menepuk kedua-dua belah tangannya dan muncul seorang lelaki dan seorang perempuan yang berpakaian seperti kami.

“Pandai kamu berbahasa Jerman. Tahniah saya ucapkan. Calvino dan Emily akan bawa kamu berdua ke padang perhimpunan. Saya tunggu disana.”

Andreas berlalu pergi meninggalkan kami.

“Hai! Saya Emily. Ini Calvino. Mari ikut kami.”

“Apa yang kami dapat sekiranya ikut kau berdua ni?”

Tanya Aubrey dingin. Emily tersenyum.

“Ikut sahaja. Nanti kamu tahulah.”

Nak ke tak nak terpaksa aku ikut dua ekor ni. Geram pula. Beritahu jelah. Ini nak suruh ikut bagai dulu. Keluar sahaja dari dalam bilik, aku lihat ramai lagi manusia yang berpakaian seperti kami. Maknanya betul aku dekat Maze Academy. Tempat yang selama ni aku benci. Aku menuruni tangga ekslator dan terus keluar ke padang perhimpunan yang dikatakan oleh Andreas tadi. Kami beratur mengikut jantina. Aku dan Aubrey berdiri di barisan belakang. Besarnya padang akademi ini. Kalah stadium. Orangnya pun ramai. Yang peliknya, barisan sebelah sana ada lelaki dan perempuan yang beratur mengikut susunan jantina memakai pakaian serba hitam yang kelihatan smart padaku.
Tiba-tiba seseorang mengetuk mikrofon di atas pentas besar dan tinggi.

“Greetings to all members Mazers. As you all know, my name is Hayden. I am your general manager. Andreas is a principal here. All Mazers say welcome to two your new members, they are girls. Mika Elera Wellington and Aubrey Diana Wellington. Make sure their presence are appreciated. Saya harap Mazers boleh beri tunjuk ajar kepada mereka. Buat pengetahuan semua, untuk tahun ini akan diadakan lagi cabutan bertuah nama. 27 December at 8 am. No excuse. Thank you.”

Hayden menuruni anak tangga pentas satu demi satu. Semua masih kekal berdiri di dalam dewan itu termasuk aku dan Aubrey. Setelah wisel dibunyikan para pelajar diminta bergerak ke Stars Cafeteria. Kami mengekori sahaja orang lain ke kafeteria. Manalah kami tahu sosok mana kafe tu letak. Kang tak pasal sesat. Dahlah besar kot bangunan ni serupa istana.

Aku dan Aubrey dah macam rusa masuk kampung. Jakun melihat kafeteria yang seluas padang bola sepak ni. Memang besar. Meja makan tersusun dengan kemas. Kami beratur untuk mengambil makanan. Aku terbaca kad menu yang terletak di kaunter makanan. Mashed potato, coleslaw dan ayam goreng. Kecur air liur aku apabila membaca menu makanan tersebut.

“Mika, cover your mouth.”

Tegur Aubrey. Aku tersengih malu. Tak sedar pula mulutku sudah ternganga besar tatkala ternampak makanan di atas kaunter makanan tersebut. Aku dan Aubrey menatang dulang yang berisikan makanan kemudian mengambil tempat duduk di bahagian belakang kanan. Duduk sahaja, aku sudah berselera dengan menyuap mashed potato ke dalam mulut.

“So yummy...”

Aku menggosok-gosok perutku. Aubrey mendengus.

“Kata tak suka bangunan ni?”

“Aku cakap aku tak suka bangunan ni bukan dalam bangunan. Lagipun makanan dia sedap sangat. Buat aku lapar giler...”

Aku berloyar buruk dengan Aubrey. Aubrey menahan riak wajah geramnnya. Dia menyuap isi ayam ke dalam mulutnya.

“Hai Aubrey and Mika.”

Aku toleh ke kiri kelihatan Emily bersama Calvino berdiri tercegat di sisi meja.

“Hai.”

“Can we sit together?”

“Can. Bitte setzen Sie sich ya. [Boleh. Silalah duduk ya.]”

Sengaja aku menjawab dalam bahasa Jerman. Calvino terus duduk manakala Emily tercengang mendengar jawapanku tadi. Aku tersenyum sinis. Aku dan Aubrey mereka banyak soalan untuk ditanyakan kepada Calvino dan Emily. Sengaja nak test dorang ni boleh tahan tak dengan perangai kiteorang yang menggila ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience