Epilogue - Peace

Horror & Thriller Completed 13935

Sudah dua hari aku berada di rumah Zayra. Comel betul anak Zayra, sebiji macam muka suami dia, Zumar. Aryyan, Naura dan Aira juga turut ada. Zayra mengajak aku dan Aubrey menjadi keluarga dia dan tinggal serumah dengan dia.

Ting-tong...

Aku bangun dari sofa lalu membuka pintu rumah Zayra. Alangkah terkejut apabila melihat Troy dan Joe berada di hadapan aku. Aku tersenyum manis ke arah Troy.

“Siapa, Mika?”

Tanya Aubrey sambil memaut bahuku. Aku memandang dia, dia memandang aku semula.

“Asal datang sini?”

Dingin Aubrey.

“Please Aubrey..”

“Mar, yang panggil dorang datang ke rumah. Harap korang tak marahlah ya. Terutama Aubrey.”

Kata Zumar sambil mengendong anak lelakinya, Zarrif. Aku hanya membatu. Aubrey mendengus sambil menghempukkan tubuhnya di atas sofa. Nasib tak terbolos sofa tu. Aku turut melabuhkan punggungku disebelah Aubrey sambil tersengih.

“Mar panggil dorang ke sini untuk berbincang dengan Mika dan Aubrey.”

Kami berdua hanya memandang kosong. Zumar berlalu bersama Zarrif ke bilik tidur mereka. Hanya tinggal kami berempat sahaja.

“So?”

Aubrey bersuara sengaja memecahkan kesunyian. Kemudian Joe menarik tangan Aubrey perlahan ke arah balkoni. Troy terus menerjah duduk di sebelah aku sambil memegang kedua-dua belah tanganku.

“Kahwin jom, yang yang!” aku menjengilkan mataku.

“Eiiiuuu.. kahwin? Yang yang? Apa yang yang? Errr...” marah aku. Troy mencebik.

“Muka ganas tapi perangai childish! Tak kena langsung.” Kutuk aku.

“Oooo.. kutuk aku ya!” Troy menggeletek aku. Aku ketawa dengan kuat kerana kegelian.

“Cepat cakap! ‘Aku nak kahwin dengan kau.’ Kalau nak aku berhenti.” Ugut Troy. Aku mencebik.

“Yelah yelah! Aku nak kahwin dengan kau!” jerit aku. “puas tak?” tanya aku. Troy tersenyum bangga. Aku menjeling kemudian mataku memandang Joe dan Aubrey yang berada di balkoni.
“Aubrey, please. Cakaplah sesuatu. Janganlah macam ni.”

Joe memegang lembut tangan Aubrey, segera Aubrey menarik semula tangannya.

“You play my feelings, Joe.”

Joe meraup wajahnya lama.

“Please Aubrey, bagi Joe peluang... I need a chance from you. I need your forgiveness. I need your love.”

Aubrey hanya tersenyum sinis.

“Hati saya keras, Joe. Saya dah pudar semuanya tentang awak. Lebih baik kita tak ada apa-apa hubungan. Maafkan saya untuk masa lalu.”

Aubrey ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh Joe. Joe melutut meminta Aubrey memberikannya peluang.

“Please Joe, don’t force me. Kita dah tak ada apa-apa.”

“Tolong Aubrey, jangan seksa saya macam ni. Saya tahu saya bodoh ikut kata Aiden dulu. Tolong, maafkan saya, sayang... Saya juga menyesal sebab bergaduh mengenai cupcake tu.”

Joe menarik Aubrey masuk ke dalam dakapannya. Aubrey tidak pun menghalang ataupun menepis Joe daripada memeluknya. Aubrey ketawa kecil. Ego dia menjadi. Sebenarnya dia sahaja nak menguji Joe. Dia teringat yang dia bergaduh pasal cupcake. Ada ke patut, Joe meletakkan sos tomato kat atas cupcake tu. Lepastu dia suruh Aubrey rasa ujikaji dia tu. Memang taklah. Lepastu paksa Aubrey makan. Memang kelakar. Tu Aubrey mengamuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

If you love somebody
Better tell them while they're here 'cause
They just may run away from you
You'll never know quite when well
Then again it just depends on
How long of time is left for you
I've had the highest mountains
I've had the deepest river
You can have it all but life keeps movin'

Now take it in but don't look down!

I'm on top of the world ay!
I'm on top of the world ay!
Waitin' on this for a while now
Payin' my dues to the dirt
I've been waitin' to smile ay!
Been holdin' it in for a while ay!
Take you with me if I can
Been dreaming of this since a child
I'm on top of the world!

I've tried to cut these corners
Tried to take the easy way out
I kept on fallin' short of somethin'
I could have gave up then but
Then again I couldn't have 'cause
I've traveled all this way for somethin'

I take it in but don't look down!

I'm on top of the world ay!
I'm on top of the world ay!
Waitin' on this for a while now
Payin' my dues to the dirt
I've been waitin' to smile ay!
Been holdin' it in for a while ay!
Take you with me if I can
Been dreaming of this since a child
I'm on top of the world!

Oh...woah...oh oh, oh
(I'm on top of the world)
Oh...woah...oh oh
[DoveCameron-TopOfTheWorld]

“Bukan main menyanyi, ya.”

Kata Troy kepada aku. Aku menjeling manja. Troy merangkul pinggangku lalu dikucupnya pipiku lama.

“Thanks for accepting me.”

Aku mencebik.

“Please smile for your beloved hubby.”

Aku mencebik lagi, Troy memicit mulutku.

“Sakitlah.”

“Siapa suruh cebik comel sangat? Geram I tengok tau.”

Aku membuat gaya geli-geleman lalu aku berlari keluar daripada bilik.

“Sayang, janganlah merajuk. Okey, I pergi beli. You nak makan apa? Sayang...”

Aku tergelak apabila melihat riak muka Aubrey apabila dia tengah merajuk dengan suami sendiri. Asyik asyik bergaduh aje pasangan ni. Joe memandang aku lalu..

‘Mika, tolonglah sepupu ipar kau ni. Aku buntu, Aubrey merajuk habis sebab aku tak belikan dia makanan yang dia nak tadi.’

Aku menjengilkan mataku. Sampai menyeru minda aku nak minta pertolongan aku. Siot betul.

“Aubrey, jom pergi makan. Aku lapar.”

Aubrey memandang lalu tersenyum bersinar-sinar.

‘Tengok, aku pujuk sekali je. No hal lah.’

Aku menyeru minda Joe lalu menjelirkan lidah kepadanya. Joe membuat muka sedih.

“Sayang, kenapa lari?”

“Lapar.”

Jawab aku, Troy tersengih.

Aku dah seminggu menjadi isteri Troy tapi yang kahwin dulu Aubrey dan Joe sebab aku yang suruh memandangkan Aubrey lebih tua daripada aku. Aubrey marah gila dekat aku sebab aku suruh dia kahwin dulu kemudian selang tiga hari baru aku berkahwin. Troy pula tak menyempat-nyempat. Sekarang aku dan Aubrey bekerja sebagai jurulatih di tempat latihan memedang dan memanah. Begitu juga dengan Troy dan Joe. Suami isteri bekerja dalam satu tempat. Zayra, Naurra, Aryyan dan Aira pula menjadi pembantu untuk kerajaan. Sekarang negara kami sudah diketatkan dengan undang-undang supaya tiada lagi wujud seperti kejadian di Maze Academy dulu.

Aiden selamanya akan menjadi penghuni rumah sakit jiwa tetapi kali ini rumah sakit jiwa tersebut terletak di sebuah pulau kerana kegilaan Aiden ini melampaui batas. Nexus pula masih dalam pusat pemulihan. Masih belum ada tarikh lagi untuk dia keluar daripada situ. Aku baru dapat tahu bagaimana Maze Academy ini boleh ditubuhkan semula dan macam mana mereka boleh mendapatkan lesen daripada ketua polis negara. Sedangkan mereka melakukan aktiviti jahat. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan memukau ketua polis tersebut dan itulah terjadi. Ketua polis itu pun baru sahaja sedarkan diri daripada dipukau. Puas disedarkan dan akhirnya sedar juga. Dia langsung tak ingat apa-apa.

Yes yes! Tiada lagi negara yang huru-hara. Semuanya dah aman sejak aku dan Aubrey berjaya bomkan bangunan tu. Sekarang kerajaan sedang bina bangunan sekolah biasa untuk pelajar. Tak kiralah biasa ataupun luar biasa. Yang mempunyai kemampuan luar biasa sekarang sudah dilayan dengan baik. Mereka menganggap kami semua boleh melindungi negara dengan kuasa yang kami ada. Akhirnya aku dan Aubrey dapat mengecapi kebahagiaan kami, kami turut berkongsi kebahagiaan kami dengan semua orang. Kebahagiaan yang membawa kegembiraan sepatutnya kita berkongsi bersama-sama

Beginilah pengakhiran Maze Academy. Tiada lagi kewujudan Maze Academy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience