Chapter 3 - Resistance Training

Horror & Thriller Completed 13935

Kakiku lemah longlai menapak masuk ke dalam bilik latihan yang diarahkan oleh Andreas. Aubrey juga kelihatan lemah disisiku. Semalam kami tidur hanya dua jam sahaja. Bayangkan! Sakit otak aku apabila bunyi siren yang bunyinya nyaring mengejutkan kami pada jam 4 pagi. Tepat! Takda minit.

“Baiklah, sila dengar baik-baik. Nama yang saya akan panggil akan memulakan latihan memedang. Sesi latihan ini akan berjalan selama empat jam berturut-turut. Sediakan fizikal dan mental anda seperti biasa.”

Terbuntang mata aku. Empat jam? Whatt! Mati lah nak... Aubrey aku lihat disebelah sudah tersengguk-sengguk. Aku menopang dagu di atas lutut melihat gelanggang yang terletak betul-betul di hadapanku. Semua orang hanya menunjukkan lagak tenang mereka apabila disuruh berlatih. Mungkin dorang dah biasa. Masalahnya aku baru masuk semalam. Aku masih tak puas hati, kenapa aku disedut masuk ke sini? Aku tak pernah mohon pun. Nak memberontak tak ada geng. Kalau aku seorang memanglah senang game over memandangkan semua orang kat Maze Academy seperti dengan rela hati masuk ke dalam ni.

“Baiklah. Dipersilakan Scarface dan Willow untuk tampil ke hadapan dan bersedia dengan pedang masing-masing.”

Lelaki yang bernama Scarface tampil hadapan dengan aksi yang ganas sambil membuat senaman ringan sebelum jejak kaki ke gelanggang. Mukanya penuh dengan berparut seperti kesan dihiris. Badannya juga besar. Manakala perempuan bernama Willow mempunyai badan yang kecil molek dan ketinggiannya mungkin hanya mencecah 150. Terkejut aku apabila mereka digandingkan untuk berlawan bersama dah semestinya perempuan itu akan kalah. Aku menutup mukaku kerana takut untuk melihat aksi yang akan berlaku di gelanggang itu.

Mulutku ternganga apabila Willow dapat mengelak mata pedang Scarface dengan begitu mudah. Beberapa kali mata pedang Scarface dihunuskan ke arah perut dan dadanya tetapi dia menepis dengan mudahnya. Kagum betul aku lihat. Apakah kuasa luar biasa mereka ni?

Aku lihat mata pedang Scarface dapat menembusi sedikit perut Willow tetapi tidak mencederakannya. Pelik. Maknanya Willow ada kuasa tembus. Lebih kuranglah kot. Wisel dibunyikan apabila Willow berjaya mengalahkan Scarface dengan duduk di atas badan Scarface dan kedua-dua belah tangannya memulas kaki kiri Scarface. Dah macam perlawanan WWE. Hebat. Semua memberikan tepukan gemuruh kepada Willow.

“Perlawanan seterusnya adalah Mika Elera Wellington dan Troy Maverick Wrathson.”

Aku membatu. Adakah juruacara tu panggil nama aku? Betul ke nama aku Mika Elera Wellington? Oh tidak. Aku mana ada skil main pedang! Jangan, aku... aku tak nak!

“Mika, turunlah.”

Aubrey mengejutkanku daripada lamunanku. Aku menggelengkan kepalaku.

“Mika Elera Wellington?”

Sekali namaku bergema. Terpaksa aku menggagahkan diri turun ke gelanggang. Lelaki bernama Troy tadi tu hanya memandang aku dengan riak wajah bengisnya. Lagi membuatkan aku menjadi takut. Mata kirinya berwarna macam ada warna putih, adakah dia buta sebelah mata? Ye ke? Nampak macam tak. Terketar-ketar tanganku mengangkat pedang besi itu.

Wisel dibunyikan tanda perlawanan sudah bermula. Troy terus menghunuskan pedang ke arah aku. Secara automatik aku membalas hunusan pedangnya. Aku menggunakan kuasaku dengan mengawal setiap gerakan pedangku sendiri supaya aku boleh mengalahkan Troy.

“Is that all you can do, Miss Mika Elera?”

Sinis suara Troy menyindir aku. Hatiku sudah membuak geram mendengar sindirannya. Troy yang mahu menyerangku, aku menggunakan kuasaku dengan mengalihkan pedangnya ke arah tempat lain dan dia hanya memedang angin. Aku ketawa kecil. Berjaya membuatkan dia tersasar daripada menyerangku.

Aku membuat gaya backflip lalu menyerangnya. Aku memeluk lehernya daripada belakang dan menghalakan mata pedang di hadapan wajahnya. Aku lihat Troy hanya berlagak bertenang. Tiba-tiba Troy hilang daripada pandanganku. Aku mula gelabah. Mana dia pergi. Dia ada kuasa halimunan juga ke?

Rambutku direntap dengan kuat sehingga aku tersembab di atas lantai gelanggang. Bibirku berdarah. Aku terus bangun dan mengambil pedangku yang sudah tercampak di atas gelanggang. Troy menjelma semula sambil tersenyum sinis ke arahku. Aku membalas senyuman sambil mengelap kasar darah yang sudah mengalir di bibirku.

Aku mengambil tindakan dengan mengawal pergerakan pedang Troy supaya dia tidak dapat mengalahkanku. Kedengaran Troy mendengus apabila pedangnya asyik tersasar daripada terkena tubuhku. Aku tersenyum kemenangan. Sekali lagi, Troy menghunus pedang yang berada di tangan kirinya ke arah dadaku. Sekali lagi pergerakannya tersasar kerana aku mengalih pedangnnya ke arah angin.

Dengan pantas kakinya dilayangkan, menyasarkan kepalaku. Aku terkejut. Aku menundukkan badan kemudian mengundur beberapa tapak untuk mengelakkan serangan bertubi-tubi oleh Troy. Tumbukan padu dan sepakan tinggi dilayangkan tanpa henti berselang-seli dengan hunusan pedangnnya sehingga aku terkial-kial melawannya semula. Aku tak boleh nak kawal pedangnya kerana tidak dapat menumpukan fokus.

Aku menahan sepakan Troy yang sedikit lagi boleh naik ke atas kepalaku lalu aku mengalihkan kakinya dengan kasar dengan sekali tenungan mataku pada kakinya. Kemudian aku melompat kebelakang apabila Troy menghayunkan pedangnya menghampiri wajahku.

Aku mengundurkan ke belakang dan memberikan sepakan ‘gol’ tepat mengenai dadanya dan Troy tersembab. Aku mengambil kesempatan dengan mengambil tindakan duduk di atas belakangnya dan menghunuskan pedangku di celah jarinya. Troy berdecit. Aku ketawa kecil.

“I’m win my dear Troy.”

Bisik aku pada telinganya. Semua memberi tepukan kepadaku. Terasa bangga pula saat ini. Juruacara mengumumkan namaku sebagai pemenang latihan pertama ini. Aku mengelap wajahku yang dipenuhi percikan darah dan peluh menggunakan tuala yang diberikan oleh Aubrey. Aubrey tersenyum senget ke arahku.

Empat jam berlalu dengan cepat, kami diberi masa selama tiga jam untuk berehat dan kami akan kembali berlatih semula tetapi kali ini di padang besar. Aku dan Aubrey berjalan ke arah kafe untuk mengisi perut. Sedang berborak sambil berjalan, seseorang terlanggar kaki Aubrey dan menyebabkan dia tertumus ke hadapan tetapi sempat dipaut tangannya oleh aku.

“Hei!”

Aubrey menengking lelaki yang melanggarnya tadi.

“I’m sorry. I didn’t mean it.”

Kata lelaki itu sambil membantu Aubrey. Segera Aubrey menepis tangan lelaki itu dengan kasar dan kemudian memijak kaki lelaki itu dengan sekuat hatinya. Pandanganku beralih ke orang yang berdiri disebelah lelaki itu.

“Hey... nice to meet you.”

Kata aku sambil membuat gaya tabik terbang kepadanya. Troy menjeling aku. Aku tersenyum dengan lagaknya. Kemudian Troy menarik lengan lelaki yang sedang mengaduh sakit apabila kakinya dipijak oleh kaki ‘beruang’ Aubrey tadi.

“Let’s go Joe.”

Aku dan Aubrey terus berjalan ke kafe. Mulalah Aubrey membebel mengenai kejadian tadi. Dia kalau tak dapat nak puaskan hati dia tu dengan cara membebel lah dia buat. Naik berdarah telinga dibuatnya. Bebelan dia bagaikan berdas-das peluru dilepaskan masuk ke dalam lubang telinga.

“Benci aku dengan mamat tadi! Buat aku naik darah satu badan. Takkan jalan besar kedabak macam tu boleh dilanggarnya aku. Ergh! Tak puas hati betul! Benci!”

Bla.. bla.. bla.. aku cuba membuat tidak endah dengan bebelan Aubrey tetapi gagal. Suara dia yang ‘menceriakan’ suasana aku tengah makan ni. ‘Best’ betul dapat dengar ceramah motivasi ‘berfaedah’ ni. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulutku kemudian telan. Rasa nak baling je mashed potato digandingkan dengan coleslaw tepat pada muka Aubrey ni baru dia diam kot.

“Hey Aubrey. I am so sorry. Saya betul-betul tak sengaja. Mata saya meliar entah kemana...”

Aku menoleh ke kiri. Kelihatan lelaki tadi datang sambil menatang dulang meminta maaf kepada Aubrey. Bersungguh-sungguh dia ni minta maaf. Troy kat belakang dia mula buat muka bengang. Macamlah aku tak tahu.

“No! You make me so mad young man.”

Sinis Aubrey. Lelaki itu mula meraih simpati Aubrey. Aku menahan gelak melihat wajah lelaki itu memujuk Aubrey supaya memaafkannya.

“Hergh! Fine fine! I will forgive you but in one condition.”

Wah! Lelaki ni berjaya membuatkan Aubrey mengalah. Tak sangka aku. Seumur hidup inilah kali pertama aku lihat Aubrey beralah.

“What is your condition?”

“Be my slave for three months.”

Tercengang aku mendengar syarat Aubrey. Bukan main minah ni nak jadikan lelaki ni sebagai hamba abdi dia. Wah wah...

“Okay. I agree.”

Kemudian lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah Aubrey manakala Troy dengan selambanya duduk disebelah aku sambil menolak bahuku supaya aku ketepi sedikit.

“Excuse me. Do you have a mouth Mr Wrathson?”

Sindir aku. Troy menjeling dan kemudian dia menyuap makanan ke dalam mulutnya. Aku mendengus. Geram je dengan mamat ni.

“So what can I call you, Miss?”

Tanya lelaki disebelah Aubrey. Aku tersenyum. Lelaki ni boleh masuk kategori handsome. Tak macam laki sebelah aku ni, boleh juara carta lelaki paling bengis untuk tahun ni dan tahun-tahun seterusnya. Muka ketat je rasa nak longgarkan pakai screwdriver.

“Just call me Mika. And you?”

“Joshua Mark Edward. Just call me Joe or Joshua if you don’t mind.”

Aku mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Tiba-tiba aku terasa seseorang melagakan kakinya dengan kaki aku di bawah meja. Aubrey menajamkan pandangannya ke arah aku. Aku tersenyum senget faham sangat. Dia tak kasi aku layan lelaki yang dah buat dia sakit hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience