Chapter 10 - Escape

Horror & Thriller Completed 13935

Kami terus berlari setelah dinding itu cair sepenuhnya. Nak dekat 1000 meter kami berlari sehingga aku hampir terjatuh ke dalam gaung berpasir, cepat-cepat aku mengimbangi diri dan Lucas sempat memaut bahuku. Aku bersyukur kerana tidak terjatuh di dalam gaung yang terlalu dalam ini. Tiba-tiba kami semua terdengar bunyi satu suara seperti membuat pengumuman. Suara itu bergema-gema di langit. Kami semua mendongak ke langit.

“Syabas! Kepada yang berjaya keluar daripada sebalik dinding batu ais itu. Sekarang tempuhilah cabaran anda jikalau mahu terus hidup. Haha..”

Aku kenal sangat dengan suara tu. Sangat kenal. Siapa lagi kalau bukan si Drake Frenzy tu.. Gila. Aku kena bawa kawan-kawan aku keluar daripada sini. Aku nak hapuskan akademi gila ni. Aku mengajak mereka menyambung berlari sehingga ke satu tempat. Terbentang luas padang pasir di hadapan kami. Aku terkejut. Macam mana tempat ni boleh wujud. Tadi berais dan kali ini pula berpasir. Bijak betul lelaki ni cipta permainan yang sama gila macam dia. Patutnya dia kena tangkap masuk hospital sakit mental. Terlepas macam ni memang dia merosakkan hidup manusia. Terutama yang ada kemampuan luar biasa macam kami.

Kami berjalan perlahan menyusuri padang pasir tersebut. Tiada satu bangunan pun dibina disini. Hanya ada pokok itupun sebatang dua. Matahari buatan itu memang sangat terik dan membuatkan kami bermandi peluh.

“Aku dah tak larat nak berjalan. Panas.. giler..”

Rungut Aubrey lalu terduduk lemah di atas pasir. Ya. Memang betul cakap Aubrey, matahari itu mengeluarkan haba yang sangat-sangat terik membuatkan badan kami lemah-longlai. Aku menggagahkan diri untuk berjalan. Aku dan Aubrey berpelukan sambil kami berjalan. Nak dekat setengah jam berjalan, kami jumpa satu bangunan yang sudah ditutupi pasir tebal dan ia nampak tenggelam sedikit ke dalam pasir. Cermin tingkap ada yang sudah pecah, kami terus masuk ke dalam bangunan yang gelap-gelita itu. Troy memetik lighter supaya ada sedikit cahaya untuk kami masuk ke lagi dalam. Aku menjumpai satu ruangan seperti ruangan untuk tidur. Ada beberapa baju berselerak di atas lantai.

“Aku dengan Troy nak pergi ke depan. Nanti kami datang semula ke sini. Jangan ke mana-mana.”

Aku mengangguk. Joe dan Troy terus berlalu pergi meninggalkan ruangan ini. Aku dan Aubrey merentap pakaian yang berselerak di atas lantai itu. Aku menyarungkan tshirt putih serta jaket biru pada tubuhku. Yang lain semua mengambil makanan di dalam kotak lusuh. Aku tak selera untuk makan makanan yang ada di dalam kotak itu kerana seperti sudah tamat tempoh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Troy dan Joe menjumpai satu ruangan yang terletaknya meja bulat di tengah-tengah ruangan diikuti dengan susunan kerusi serta di atas meja tersebut pelbagai jenis kertas bertaburan. Joe mengambil satu kertas di atas meja tersebut lalu membacanya.

“Joe, aku jumpa generator.”

Joe tersentak dengan panggilan Troy lalu berlari mendapatkannya.

“Kau rasa perlu ke kita tekan button ni?”

Tanya Joe. Troy menjungkitkan bahunya. Joe memandang sekeliling tempat itu. Semuanya dikelilingi dengan pagar berjaring dan terdapat logo bahaya disitu. Apa maksudnya? Joe baru sahaja mahu memberitahu Troy untuk tidak mengusik apa-apa namun belum sempat dia memberitahu, Troy sudah menekan butang hidup pada generator dan terus semua lampu menyala malap. Troy tersenyum bangga sambil menjelirkan lidah ke arah Joe. Joe tidak endahkan tapi sebaliknya dia lebih tertarik dengan bunyi aneh dibelakang sana.

“Lari!”

Jerit Joe sambil menarik lengan Troy apabila mereka ternampak beberapa makhluk berlari ke arah mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku menjumpai satu pedang yang agak tajam disebalik almari usang itu. Aku tersenyum. Aku rindu untuk berlatih memedang. Aubrey pula dia menjumpai alatan memanah. Kami angkut semua apa yang penting dan sumbat ke dalam beg galas yang dijumpai. Lucas dan yang lain-lain juga sudah bersedia dengan beg galas mereka. Baru sahaja kami keluar daripada ruangan itu, aku dengar Troy menjerit memanggil nama aku dan suruh kami berlari. Aku tercengang apabila ternampak ada lebih 300 makhluk aneh berlari mengejar mereka. Aubrey merentap lenganku dan kami berlari. Naik ke tingkat atas menggunakan ekslator tidak berfungsi. Mendaki macam naik tangga membuatkan aku lelah.

Troy dan Joe akhirnya berada di belakang kami. Kami berlari menuju ke satu lorong sempit yang mempunyai satu pintu keluar. Mungkin. Lorong itu hanya membenarkan seorang demi seorang sahaja berjalan. Aku terkejut apabila kawan-kawanku yang lain sudah menjadi mangsa makhluk itu. Mereka dilahap teruk oleh makhluk tersebut. Hanya tinggal aku, Troy, Aubrey, Joe, Hani, Firaz, Cal dan Lucas. Yang lain semuanya sudah mati dimakan.

Aku memulas-mulas tombol pintu besi itu namun gagal. Makhluk itu semakin dekat dengan kami walaupun mereka tersepit dalam lorong tersebut. Beberapa kali, Troy dan Joe menendang pintu tersebut namun gagal juga. Inilah saat gentar, aku perlu fokus untuk mengeluarkan kuasaku. Aku memejamkan mata dan keluar pancaran cahaya merah dari tapak tanganku perlahan-lahan menembusi pintu besi tersebut dan cahaya itu membukakan pintu besi ini daripada luar. Aku mengah, sesudah pintu besi itu terbuka. Cahaya itu terus resap semula ke dalam tapak tanganku. Kami berlari keluar.

“Ahhhhhh!”

Aku terdengar Lucas menjerit. Terbuntang mataku melihat Lucas sedang ditarik dan badannya dicakar oleh makhluk tersebut. Aku segera mendapatkannya. Firaz dan Cal membunuh semua makhluk itu. Aku dan Troy memapah Lucas dan keluar daripada situ. Sekali lagi kami bermandi peluh tetapi tidak seteruk tadi. Angin-angin sepoi bahasa menyerdahanakan suhu badan kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Auhh..auhh..”
Aku dan Aubrey merawat luka pada dada dan perut Lucas yang berdarah akibat dicakar. Aku takut dia terkena jangkitan dengan makhluk pelik tu. Wajah Lucas mula bertukar menjadi pucat lesi dan bibirnya kering. Keadaannya sedikit menggeletar. Aku menyelimutkannya dengan kain aku jumpai di bangunan tadi. Kami berehat di satu pondok yang sudah sedikit roboh. Bumbungnya dapat melindungi kami daripada sinaran cahaya matahari yang menusuk kulit daging kami ini.

Beberapa kali Lucas memuntahkan darah. Dia mula menjadi sangat lemah. Cakaran itu memberikan kesan drastik. Aku mula risau dengan keadaan Lucas.

Matahari sudah berganti dengan bulan purnama. Semua sudah tidur akibat keletihan kecuali aku dan Lucas tidak boleh tidur. Lucas mengajak aku berbual dengannya walaupun dia dalam keadaan sangat lemah. Dia memuntahkan darah sebanyak tujuh kali. Matanya sering berair.

“Lucas, kau rehatlah. Tak usah cakap banyak.”

Marah aku. Lucas tersenyum lalu dia memejamkan matanya. Aku berdiri sambil menggeliat. Kemudian mataku meliar melihat sekeliling padang berpasir pada waktu malam ini. Terasa seram sejuk pula. Hanya dengar bunyi deruan angin menyapa tubuhku lembut. Aku melihat Aubrey yang sedang tidur secara mengiring lalu aku merebahkan tubuhku di sebelah Aubrey sambil memeluknya. Tiba-tiba aku terasa takut. Bilalah aku dapat keluar daripada sini. Aku nak kehidupan aku yang lama walaupun susah dan makan pagi kais pagi makan petang kais petang. Aku tak kisah. Janji dengan bukan menyakitkan dan membunuh orang seperti permainan Drake ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience