Chapter 6 - Stage One

Horror & Thriller Completed 13935

Sepertimana yang diberitahu oleh President Drake, kami akan berlawan di dalam satu permainan di dalam hutan tebal untuk merebutkan satu beg yang mengandungi sesuatu yang penting. Masa permainan diberikan selama 6 jam. Tepat jam 7 malam, kami akan dikakukan selama lima minit. Pemenang akan diberi markah sebanyak 30%. Mereka akan menilai dari jauh di satu bilik kaca yang tertutup ketat. Kawalan mereka semua yang akan kendalikan. Tapi aku tak pasti sekiranya yang kalah akan dapat apa? Hm...

Satu helikopter menghantar aku dan ahli-ahliku di tengah-tengah hutan belantara. Aku ternampak helikopter kumpulan lain juga mendarat bersama. Troy membantu aku keluar daripada helikopter. Sekarang aku dan dia sudah kamcheng. Macam Aubrey dan Joe. Bukan main mesra sekarang. Dah tak ada istilah hamba abdi. Tapi adakalanya Aubrey akan menyuruh Joe ambil itu dan ini. Joe hanya ikutkan sahaja. Aku harap mereka berdua ni ada jodoh.

Sebaik sahaja helikopter meninggalkan kami di dalam hutan, kami mula bertindak untuk mencari barang tersebut. Sebelum kumpulan aku berpecah dengan kumpulan lain. Lucas sempat menunjuk ke arah aku simbol ‘mati’ pada aku. Aku menjeling. Kami berlari dan berlari.

Sejam sudah berlalu, kami masih belum menemui apa-apa petanda daripada serangan ataupun benda penting itu. Kami masih lagi berjalan sehingga ternampak satu tasik luas di hadapannya. Airnya berlumut pekat menyebabkan suasana tasik itu menjadi sedikit gelap. Cahaya tidak dapat menerangi tempat tersebut. Kami berada di jalan mati. Di hujung nun sana aku ternampak kumpulan-kumpulan lain juga begitu. Mati akal. Tak akan nak berenang dalam tasik ni? Dalam kot lepastu airnya dahlah berwarna hijau pekat, geli tengok.

“Firaz ada apa-apa yang kau boleh bantu untuk kita menyeberangi tasik ni?”

Firaz cuba merenung ke arah tasik tersebut tiba-tiba keadaan menjadi bergegar kuat seperti gempa bumi 8.0 skala ritcher. Aku mula hilang imbangan dan terjatuh di atas rumput. Aubrey berpaut pada pokok disebelahnya. Yang lain masih lagi teguh berdiri. Gegaran itu mula hilang dan aku bangkit semula berdiri dengan stabil. Terkejut apabila melihat tasik tadi bertukar menjadi satu pusaran air yang besar kemudian ditepi ada batu-batu pemijak mengelilingi pusaran air tersebut.

Aku mendapat idea apabila mindaku mengatakan kami perlu melepasi pusaran air tersebut dengan memijak batu tersebut dan kena berhati-hati supaya tidak terjatuh ke dalam pusaran air tersebut.

“Kita kena lepasi pusaran air ni. Pijak batu tu. Kita berpegangan tangan.”

Semua mengangguk bersetuju. Aku dibarisan paling hadapan. Dah nama pun ketua, diikuti Aubrey, Hani, Joe, Cal, Firaz dan Troy. Kami berpegangan dengan erat. Kumpulan lain turut mengikut cara kami. Sibuk aje. Batu pemijak itu agak licin dan senang tergelincir masuk ke dalam pusaran air itu.

Sekali lagi tempat itu bergegar tetapi kali tidak terlalu kuat. Kekuatan gegaran itu mampu menjatuhkan kami ke dalam pusaran air. Firaz bertindak dengan memagari pusaran air tersebut supaya kami tidak tergelincir. Aku sudah terjatuh ke dalam air. Terlalu dalam. Aku dahlah tak pandai berenang. Aubrey pun sama. Aku tenggelam timbul. Kelemasan. Terbatuk-batuk aku apabila tertelan air. Troy yang pandai berenang membantu aku bersama-sama menyeberangi tasik ini manakala Joe menolong Aubrey dan kami semua melepasi tasik ini dengan jayanya.

Aku mula kesejukkan apabila dibasahi air tadi. Kakiku masih lagi meremang kerana merasai betapa dalamnya air tasik tadi. Kami terus berlari ke dalam hutan semula.

“Ahhh!”

Aku terdengar Hani menjerit terus aku menoleh kebelakang. Kaki kanan Hani terperangkap di dalam lumpur.

“Mika, kaki aku.. sakit. Mendidih rasanya! Tolong...”

Aku mendapatkan Hani dan cuba menolongnya keluar daripada lumpur tersebut. Aku menyuruh Troy memegang Hani manakala aku merenung lumpur tersebut. Perlahan-lahan kaki Hani dilepaskan. Kaki Hani habis melecur teruk sehingga ke pergelangan kakinya. Aku dan Aubrey memapah Hani. Troy menggantikan aku untuk jalan ke hadapan.

Sekarang kami berada betul-betul di hadapan gunung yang sangat tinggi lebih kurang seperti gunung Everest. Terpaksalah kami kena mendaki gunung tersebut dan inilah kali pertama kami mendakinya. Hani pula berpaut pada badan sado Cal. Kakinya tidak dapat bergerak kerana tercedera teruk.

Tidak lama kemudian, kami sampai di puncak gunung. Kami sangkakan gunung tersebut tinggi rupanya hanya rendah sahaja. Dari atas nampak terlalu tinggi. Tiba-tiba kami diserang dengan lapan ekor beruang grizzly. Semuanya gebu-gebu dan besar. Mereka mengaum dengan kuat membuatkan telingaku sakit.

Aku menkakukan pergerakan kelapan-lapan tersebut dengan bermain cahaya merah pada jari-jemariku kemudian aku mengapungkan mereka dan menghumban mereka ke bawah. Senang kerja aku.

“Ahhh...”

Cal terduduk lalu dia memuntahkan darah. Aku terkejut terus merapatinya. Aku berpaling ke belakang lalu melihat salah seorang kumpulan Pervenche menggunakan kuasanya dan menyasarkan ke arah belakang Cal. Aku tak pasti apa kuasanya. Cahaya merah pada jariku sudah terpancar kemudian aku menepis tubuh konco Pervenche itu dan terjatuh ke bawah. Cal sudah dalam keadaan lemah kerana banyak memuntahkan darah. Firaz dan Troy memapah Cal.

Aku harap aku akan menjumpai benda penting itu. Sempat aku menoleh kebelakang dan ternampak tiga kumpulan pesaing aku sudah berada di belakang. Banyak kali mereka menyerang kami dengan kuasa-kuasa mereka. Nampaknya mereka seperti berpakat mahu menghancurkan kumpulan aku. Tidak begitu mudah. Cahaya merah bermain-main pada jariku kemudian cahaya merah tersebut menarik batang-batang pokok besar tumbang supaya perjalanan mereka terhalang.

“Tu! Ada beg tergantung dekat atas bukit.”

Dezuppp...

Aubrey terus berlari laju mendapatkan beg tersebut. Kemudian dia datang semula kepada kami dan dia menyerahkan beg tersebut kepadaku. Aku lihat pada jam tangan. Ada lagi lima minit berbaki sebelum pukul tujuh. Kami harus berlindung daripada tiga kumpulan tersebut.

Namun tak sempat, mereka berjaya melepasi halangan pokok yang tumbang tadi. Mereka mengelilingi kami.

“Mika! Bagi aku beg tu!”

Suruh Lucas dengan penuh emosi marah.

“Bukan! Bagi aku. Beg tu milik aku!”

Jerit Tyler.

“Nah nah.. the beg is mine!”

Kata Max.

Aku mengambil tindakan menjadi halimunan, beg tersebut aku galas pada bahuku. Aku akan menyerang mereka secara diam. Semua terkebil-kebil mencari aku. Hanya Troy sahaja yang tahu dimana aku kerana dia mempunyai kuasa bayangan dan halimunan. Aku menyeru minda Joe supaya menyuruh Troy menjelmakan bayanganku.

‘Joe, suruh Troy jelmakan bayangan aku.’

Aku lihat riak wajah Joe terkejut tatkala aku menyeru dia didalam mindanya. Tanpa berlengah, Troy terus menjelmakan bayanganku. Mereka menyerang bayangan aku bertubi-tubi aku ketawa kecil melihat mereka ditipu. Aubrey mengambil tindakan dengan menumbuk mereka dengan had laju yang sangat tinggi. Dalam beberapa saat sahaja dia dapat menumbangkan tujuh ahli kumpulan Zaffre.

Zemm... (bergema)

Waktu seakan-akan berhenti. Aku tidak lagi menjadi halimunan. Kaki aku tidak merasai apa-apa. Begitu juga dengan yang lain. Maknanya sekarang dah tepat jam 7 malam. Pandanganku terus menjadi kabur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku terbatuk-batuk apabila tersedar. Mataku meliar melihat sekeliling. Aku ternampak ahli-ahliku semua sedang memandangku dengan wajah cemas. Aubrey mendekatiku lalu diusapnya rambutku lembut.

“Kenapa?”

Tanya aku dengan nada suara serak.

“Kita menang dan kau pengsan.”

Jawab Aubrey. Aku perasan kaki Hani berbalut dan muka Cal kelihatan tidak bermaya.

“Kenapa aku pengsan?”

“Kita semua pengsan masa tu cuma kau je yang paling lama pengsan.”

Kata Troy. Aku mengangguk kecil kemudian berdiri. Badanku mula merasa lenguh-lenguh sendi otot.

“Memandangkan kau dah sedar. Kita kena pergi berjumpa dengan Aiden. Dia nak jumpa kau..”

Kata Aubrey. Aku mengangguk lalu menyarung sweater warna hitam ke tubuhku. Kemudian kami bersama-sama menuju ke bilik Aiden.

“Hey Aiden.”

“Oh Mika! I am so glad you awake! I am so much worried about you, sweetheart.”

Aku hanya tersenyum kelat kemudian melabuhkan punggung di atas sofa empuk warna pic itu. Troy turut melabuhkan punggungnya disebelahku.

“Well... well.. do you know that we won the game?”

Aku mengangguk.

“So, tomorrow night we have to go to City’s Festival. We will meet all the chosen Mazers from every nation. As you know, we are from nation 031. There are over two hundreds nation are coming to the City’s Festival. The costume theme for our nation is Fantasy.”

Aku tercengang. Mana aku nak curi baju fantasi bagai? Lawak betul. Aku duduk bersilang panggung lalu memeluk tubuh. Aiden memandang aku pelik.

“Yes my dear?”

“So... how we can get it the fantasy costumes, Mr Flynn?”

Tanya aku dengan nada sinis. Aiden tersenyum. Kemudian dia mengajak kami ke turun ke bawah. Aku tak pernah tahu ada lagi bilik kat bawah. Semuanya sarat dengan pakaian.

“Tadaa...”

Aiden menarik satu kain yang menutupi satu rak kaca yang mengandungi tujuh pasang pakaian yang sungguh menawan. Cantik sangat!

“So what do you think, dear?”

Tanya Aiden. Aku dan Aubrey tersenyum sesama sendiri dengan penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience