Chapter 1 - Intro

Horror & Thriller Completed 13935

Zupppp...

Seorang gadis berlari selaju kilat ke arah lelaki yang sedang mengambil buah-buahan yang tergolek di atas jalan. Manakala seorang lagi gadis, menahan tangan dan kaki lelaki itu daripada bergerak dengan hanya bermain-main dengan jarinya sahaja dan dikawal ketat oleh mindanya. Kemudian si gadis berlari laju itu mengambil buah-buahan lalu memegang bahu gadis yang sedang menahan lelaki itu kemudian mereka terus hilang daripada situ.

“Ah.. buah pisang jugak yang kau ambil. Membosankan.”

Aku merungut apabila Aubrey hanya mengambil buah pisang, epal dan anggur. Hari-hari makan benda yang sama. Benci betul.

“Ahh! Kau banyak songeh. Makan jelah apa yang aku dah ambil. Nasib baik ada makanan untuk hari ini kalau tidak mati kau.”

Aku menjeling ke arah Aubrey. Dia mendengus melihat jelinganku. Aku mengopek kulit pisang lalu buang ke bawah dari tingkap ruang tamu. Pandanganku lemparkan ke luar tingkap sambil mengunyah buah pisang di dalam mulut. Dari jauh ternampak bangunan besar dan megah yang hanya terserlah dengan kemegahan warnanya. Disebabkan bangunan yang bernama Maze Academy itu hidup aku dan Aubrey menjadi huru-hara. Menderita.

“Sana sikit kaki kau ni. Aku nak duduk.”

Aku mengubah posisiku yang tadi meluruskan kaki kepada memeluk betis. Aubrey sedang asyik makan buah anggur yang dikutipnya tadi. Dia meletakkan sikunya di atas lututku kemudian dia pandang aku.

“Apa yang kau tenungkan tu?”

Aku menjuihkan mulut ke arah bangunan tersebut dengan riak wajah menyampah. Aubrey tergelak.

“Asal kau benci sangat dengan bangunan tu?”

“Sebab aku bencilah.”

Aubrey mendengus. Aku berpura-pura sengih ke arahnya. Dia mencubit betisku dengan kuat.

“Hei! Sakitlah! Ngek!”

Aubrey meluruskan kakinya di atas sofa yang aku duduk sehingga kedua-dua belah kakinya diletakkan di atas lututku. Aku menepis kakinya sehingga terjatuh. Dia mengaduh kesakitan. Aku tersenyum kemenangan.

“Kau!”

Aubrey ingin memukul aku tetapi sempat ditahan olehku menggunakan kuasaku. Hanya sekali tenung dia kaku tidak boleh bergerak. Aku gelak terbahak-bahak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu, kedengaran anjing menyalak kuat ditambah pula dengan bunyi cengkerik dan katak. Suasana menjadi bingit. Aku yang dalam posisi baring mendengus kuat apabila suasana yang malam sepatutnya tenang buatku menjadi bising. Aubrey yang sedang sibuk membuat tekan tubi di hadapanku memberi jelingan tajam ke arahku.

“Kau apasal nak jeling aku? Cari pasal...”

Aku menolak bahu Aubrey dengan kakiku. Aubrey menghempap badannya di atas badanku. Aku menjerit kesakitan. Belum sempat aku tarik dia, dia sudah berdesup dengan kelajuannya yang sangatlah pantas sekali petik je. Beberapa kali aku cuba menangkapnya tetapi asyik gagal. Aku mengeluh lalu memejamkan mata.

Dengan menggunakan kuasa mindaku, aku tahu macam mana nak tangkap Aubrey. Aubrey masih lagi berlari-lari dan...

Pakk!

Aku dapat tangkap lengannya. Aubrey terkejut lalu membuat muka tak puas hati. Kami terus bergelut di atas tilam dan kemudian ke lantai. Kusyen sofa yang aku baling beberapa kali menggunakan kuasaku asyik terkena tepat pada tubuhnya membuatkan dia gagal mendekatiku. Aku terkekek-kekek gelak melihat Aubrey menahan kusyen-kusyen tersebut daripada terkena tubuhnya.

Swiss...

Lampu rumah kami terpadam. Suasana menjadi gelap-gelita dan sunyi. Tiada lagi bunyi salakan anjing, cengkerik dan katak.
“Mika! Kau ke padamkan lampu?”

“Sumpah bukan aku lah!”

Aku memetik ibu jariku dan terpancar cahaya merah di tapak tanganku. Aku mencari kelibat Aubrey. Aku pelik kerana Aubrey tidak bercakap denganku.

“Bey! Mana kau! Kau ni sengajakan?! Entah-entah yang kau padam lampu, aku tahu kau tu laju sekelip mata sahaja boleh padamkan lampu. Aubrey!”

Tiba-tiba seseorang menyerang aku daripada belakang. Aku terpegang tubuh badannya. Sasa. Bukan badan milik Aubrey. Aku menjadi halimunan. Kemudian aku menjelaskan pandanganku untuk mengesan pendatang tu. Tah macam dia boleh masuk dalam rumah kami. Aku ternampak seorang lelaki berbadan tegap sedang berdiri betul-betul hadapanku cuma dia membelakangi aku. Seorang lagi lelaki sedang menekup mulut Aubrey. Tangan dan kaki Aubrey dipulas kebelakang oleh tangan lelaki itu.

“Dia kat belakang kau, Rick.”

Pantas lelaki itu menangkap aku walaupun dia tak nampak aku. Cekap betul lelaki ni. Dah lah badan dia sado giler, nak tolak pun tak kuat aku. Aku tidak lagi menjadi halimunan apabila lelaki itu berjaya menangkap aku, aku meronta-ronta di dalam dakapannya.

“Lepaskan aku! Apa korang nak?!”

Jerit aku. Tiba-tiba lelaki tu memukul belakang tengkukku. Aku terus tak sedarkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience