Chapter 5 - The Beginning

Horror & Thriller Completed 13935

Terpisat-pisat aku bangun apabila Aubrey mengejutkan dan memberitahu bahawa kami sudah selamat mendarat di sebuah pusat bangunan yang sangat-sangat besar. Bayangkan besar dia gabungan dengan tiga buah istana besar. Haa... tulah besarnya. Aku cepat-cepat cover apabila tersedar mulut dah ternganga luas. Mataku meliar melihat semua orang yang ada dalam bangunan tersebut, pakaian sut mereka sangat ‘marvelous’! Memang smart giler. Bilalah aku dapat pakai baju macam tu. Asyik baju putih kosong ni je. Nasib baik kulit aku tak bertukar jadi putih seputih putihnya. Hek hek...

“Baiklah. Verditer mari ikut saya.”

Aku dan kumpulan membuntuti Aiden. Aku lihat gaya Aiden menaiki tangga seperti lelaki auw auw. Cara cakap pun lemah-lembut. Baru aku perasan dia ni jadi mentor aku dengan gayanya yang auw auw. Macam manalah dia boleh terpilih jadi mentor kumpulan aku ni. Hmm...

“Ni bilik kumpulan Verditer. Bilik besar ini khas untuk kamu bertujuh. Saya beri amanah kunci berkod ini pada ketua, Mika. Sekarang saya nak awak semua bersiap. Tepat jam 7 malam saya akan tunggu awak di ruang utama. Faham?”

“Okey boss..”

Kata aku sambil menabik terbang ke arah Aiden. Aiden mencubit pipiku. Geramnya aku... menyesal aku cakap tadi. Main cubit je pipi aku. Nak lawan dia mentor tak pasal-pasal kena kick out.

“Baiklah kita ada lagi 3 jam untuk bersiap. So apa kata kita berkenalan dulu. Saya masih tak kenal awak berdua je.”

Kata aku sambil melabuhkan punggung di atas tilam katil yang lembutnya seperti jeli. Auw..

“Nama saya Hani Maysara. Panggil je Hani.”

“Aku Firaz Hayyan.”

Senyuman Hani sungguh menarik perhatianku. Eh jangan fikir macam-macam. Aku suka sebab senyuman dia comel dan orangnya pun kecil molek sahaja. Rupanya ada dua orang melayu masuk dalam grup aku.

“Cal, aku tak sangka kau dapat masuk kumpulan aku.”

Calvino hanya memberi isyarat dengan menaikkan kening sahaja. Kesian Emily tak terpilih masuk ke dalam kumpulanku. Dia menjadi pesaing besar aku kerana dia terpilih masuk ke dalam kumpulan Zaffre.

“Krik..krik..”

Aku memandang ke arah Joe dan Troy. Sengaja Troy dan Joe bersiul. Aubrey mula bengang melihat Joe.

“Joe. Aku nak mandi. Siapkan sut aku kat atas katil tu, ya.”

Joe membuat tanda ‘okay’ kepada Aubrey. Aubrey tersenyum puas. Aku lihat Joe membuka almari pakaian sut perempuan. Malu aku lihat Joe selamba mengambil pakaian untuk Aubrey. Aku menjeling ke arah Aubrey. Tiba-tiba Troy bangun dan membuka almari pakaian sut lelaki. Tangannya menggapai satu helai sut berwarna Verditer iaitu nama kumpulan kami. Warna verditer ialah nama kuno untuk verdigris, warna hijau karat seperti perubahan warna tembaga dan kuningan, dan nama pigmen biru-hijau dari tahun 1500-an berasal dari nama Perancis verte-de-terre, atau "hijau bumi". Kalau nak tahu warna tu macam mana boleh search kat internet.

Aku mencapai tuala mandi yang sudah siap tertulis nama panjangku. Cekap betul dorang siapkan semua ni. Dekat kepala katil ada nama setiap ahli kumpulan, begitu juga dengan barang keperluan seperti tuala, pakaian dan sikat. Dinding bilik ini pula dicat dengan warna verditer juga cuma sedikit cair manakala lantai kayunya berwarna coklat peach. Cantik! Masuk je bilik mandi jangan cakaplah betapa besarnya bilik air. Rupanya bilik ni sebesar bilik tidur master. Lepastu setiap bilik tandas dan tab/shower sudah tertulis nama masing-masing. Senangnya lah. Ada jakuzi besar. Bestnya aman hidup.

Dengan senang hatinya aku masuk ke dalam bilik air yang sudah tertulis nama aku. Aku membersihkan tubuhku. Kemudian, aku menyarung sut berwarna verditer itu. Memang padan! Cantik. Rambut aku lepaskan dan mengikat tocang halus pada tepi rambutku. Satu tocang sahaja. Ala-ala comel gitu. Haha.

“Wah! Awak kelihatan comel lah, Mika.”

Puji Hani. Aku tersenyum kembang lalu melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku mengerling ke arah jam dinding. Lagi setengah jam sahaja tinggal sebelum mereka turun ke bawah.

“Terima kasih Hani. Geng semua dah siap ke?”

Selaku ketua aku kena menunjukkan gaya seorang ketua. Cehwah. Tadi bukan main nak pecah lutut sekarang dah tenang. Fuhh... aku menoleh ke kiri. Kelihatan Joe dan Troy baru lepas mengenakan sut pada badan mereka. Terserlah otot di lengan dan badan mereka. Mata aku tertancap pada tangan kiri seperti bukan tangan manusia tetapi tangan besi. Bila Troy perasan aku merenung tangan kirinya cepat-cepat dia menurun lengan baju sut tersebut dan aku berpura-pura memandang tempat lain.

“Marilah kita turun. Pastikan dah bersedia.”

Mereka mengangguk lalu kami bersama-sama menuruni anak tangga.

Kelihatan kumpulan Sinoper, Zaffre dan Pervenche sudah berada di ruang utama bangunan ini. Aku masih tak tahu nama bangunan ni. Mungkinkah bangunan ini real Maze Academy seperti dalam sejarah 15 tahun tersebut? Semua ketua kumpulan yang lain memandang aku dengan wajah sinis. Ceh! Tahulah aku seorang je yang ketua perempuan kat sini. Tak payah nak hina sangat.

“Hey Mika..”

Si lembut dah datang sambil tersenyum.

“Hey Aiden.”

Aku tak dapat nak agak berapa umur Aiden sebenarnya. Mungkinkah 20 an? 30 an? Yang pasti mukanya nampak seperti awet muda. Putih. Handsome.

“There he is President Drake Frost and his brother Sir Colin Frost.”

Aku memandang ke arah dua lelaki yang segak dengan pemakaian tuksedo putih mereka. Pipi kiri Colin mempunyai tatu berkepala tengkorak. Mukanya kelihatan sangat bengis tetapi tidak kepada Drake. Muka dia friendly dan bibirnya mengukirkan senyuman. Aku berdiri tegak disebelah Cal.

“Well. I am so glad to see all of the chosen Mazers. This night we will start for the first stage. First stage is so simple. Just fight and win with the four group of you.”

Aku meneguk air liur. Nak kena lawan dengan tiga kumpulan ni. Badannya semua besar-besar gedabak dan tinggi lampai. Seram aku tengok. Aku memandang Troy yang sedang tekun mendengar kata-kata President Drake.

“Lucas, Mika, Tyler and Max. I hope you can be a good leader to your own group. No betray. No mercy. No favor.”

Aku dan tiga ketua lain serentak menganggukkan kepala. Kemudian, kami diarahkan pergi ke kafe dan sejam kemudian akan diadakan latihan bersama Senior sini. Memang betul sangkaan aku bangunan ini adalah the real Maze Academy sama macam sejarah empat gadis tu. Mungkin tempat ini diubah suai? Mungkinlah.

Chicken roast, bun and mushroom sup membangkitkan selera aku. Aku makan dengan penuh konsentrasi. Tak dipedulikan orang di kiri,kanan,atas,bawah, depan dan belakang. Janji perutku terisi dengan makanan lazat. Memang lapar bebenor sejak sampai tadi tetapi dipendamkan sahaja.

“Kau marahkan aku lagi, Mika?”

Aku mengangkat wajahku dan memandang Troy yang sedang duduk bertentangan denganku.

“Hah? Aku? Nak marah kau? Apahal pula?”

Sengaja aku berpura-pura buat tak tahu. Aku tersenyum senget.

“Pasal...”

“Oh I got it. Kita dah disatukan untuk berlawan dalam latihan tu. So? How? Tu hanya latihan. No need to take it seriously.”

Troy tersenyum senget ke arah aku. Aku meneruskan mengisi perutku. Aubrey dan Joe aku lihat sedang berbual rancak bukan main. Ingatkan Aubrey ni masih angin lagi dengan Joe. Rupanya dah berbaik.. aku tergelak kecil.

Sejam kemudian, kami dipanggil oleh seorang Senior yang bernama Nexus dan pembantunya, Trix. Kami dibawa ke sebuah bilik latihan yang sebesar stadium bersama kumpulan-kumpulan yang lain.

“Mika?”

“Yes Senior?”

Dia tersenyum sinis.

“Just call me Nexus. Its too formal.”

Aku mengangguk.

“Yes Nexus.”

“We fight.”

Aku menelan air liur. Nexus sudah membuka baju tshirtnya dan hanya memakai singlet hitam sambil tangannya dikepal-kepal. Aku memandang ahli-ahliku sambil membuat muka cuak. Troy membuat simbol tangan ‘chaiyok’ kepadaku. Aku tersenyum sendiri. Kalau aku dapat kalahkan Troy kenapa Nexus tak boleh, kan? Apalah nasib aku asyik kena lawan dengan laki. Perempuan tak ada ke?

Aku berdiri di hadapan Nexus dan mula membuka langkah bersedia. Aku melonggar-longgarkan otot leher dan lenganku.

“You can use all your ability as power as possible.”

Kata Nexus sinis. Aku tersenyum.

Aku terkejut apabila badan Nexus berapi marak dengan kelopak matanya pun sama. Aku menelan air liur rakus. Cuba memberikan fokus untuk menghidupkan kuasaku. Nexus membaling bebola api bertubi-tubi ke arah aku dengan mudahnya aku dapat menyasarkan bebola api tu daripada terkena tubuhku.

Aku melompat sambil bermain dengan jari-jemariku yang mengeluarkan cahaya merah membaling benda-benda yang berada di dalam bilik ini ke arah Nexus. Semakin lama Nexus semakin terundur kebelakang akibat balinganku. Aku tersenyum kemenangan. Api marak pada badan Nexus terpadam kemudian dia menyerang aku dengan memberi layangan kaki kepadaku. Aku merenung kakinya dan kakinya terkaku di hadapan wajahku. Dia berkerut. Aku menyepak mukanya sehingga dia tersungkur.

Badan aku sudah basah lencun dek lemak yang sedang membakar dan mengeluarkan peluh. Nexus mengesat kasar darah yang sudah mengalir pada bibirnya. Kemudian dia menarik kedua-dua belah tanganku kebelakang. Aku mengerut kesakitan. Kemudian aku menjadi halimunan. Pegangan Nexus pada tanganku masih kuat walaupun dia tak nampak aku. Kaki kiriku menendang betisnya, akhirnya aku terlepas dan aku terus menjadi halimunan.

“Where are you darling?”

Tanya Nexus dengan suara menggoda. Aku tersenyum. Kemudian aku melompat belakang badannya dan duduk di atas bahu. Nexus meronta minta aku turun. Aku memeluk leher Nexus dengan kuat sehingga terdengar bunyi seperti tercekik. Aku geli hati melihat Nexus cuba mahu melepaskan tanganku yang memeluk lehernya dengan kuat.

Bam...

Aku menggosok punggungku kerana Nexus menarik tangan aku ke hadapan dan melepaskan tanganku. Baru sahaja Nexus mendekatiku. Bunyi loceng berbunyi menandakan perlawanan kami tamat.

“Siapa yang terduduk dia kalah...”

Ejek Nexus. Aku menjeling dan memeluk tubuh. Tak puas hati. Mulutku dimuncungkan panjang. Kali ini Aubrey pula berlawan dengan Nexus. Aubrey mula membuat reaksi berlagaknya. Nexus yang baru sahaja mengelap peluh dan darah terus berdiri semula di tempat perlawanan. Aku duduk bersila di sebelah Firaz sambil menyaksikan perlawanan Aubrey dan Nexus.

Aubrey sengaja berlari-lari mengelilingi Nexus seperti membuat satu bulatan kecil. Aku tergelak kecil. Nexus beberapa kali mencuba untuk menangkap Aubrey. Kedengaran suara Aubrey ketawa apabila Nexus gagal menangkapnya. Badan Nexus mula kembali berapi. Aubrey mengaduh sakit apabila terkena percikan api pada badan Nexus. Nexus menyerang Aubrey dengan bebola apinya. Dengan mudahnya ditepis oleh Aubrey dengan angin larian lajunya. Nexus mula bengang. Aubrey membuat lompatan tinggi kemudian menerkam Nexus dan menyepak tulang rusuk Nexus. Nexus berdecit.

“Yey! Kau jatuh! Aku menang!”

Aubrey bersorak.

Giliran Joe dan Troy bergabung berlawan dengan Nexus. Sekali lagi tubuh Nexus berapi. Joe hanya berdiri lagak tenang manakala Troy menggepal-gepal kedua-dua belah tangannya. Kemudian Nexus menyerang mereka terlebih dahulu dengan bebola api bertubi-tubi. Troy melindungi Joe dan dia memunculkan dua bayang-bayangnya lalu menyerang Nexus dengan bayang-bayangnya menggunakan kawalan gerak-geri tangannya. Nexus masih lagi bertahan daripada diserang oleh bayang-bayang itu. Aku mula kagum. Joe merenung mata Nexus dan Nexus merenung dia semula. Nexus memadamkan api pada badannya kemudian dia berjalan ke arah Joe dan Troy. Serupa seperti dipukau. Joe membelasah Nexus bersama Troy. Nexus mula tersedar daripada dipukau dia cuba membalas serangan itu tetapi gagal. Dia terbaring.
“Yes!” sorak Joe dan Troy. Aku dan Aubrey tergelak melihat muka bengang Nexus sambil mengesat darah pada bibirnya kasar.

Tiga jam perlawanan antara kami bertujuh dengan Nexus. Trix datang sambil membawa satu kotak berisi air mineral. Seusai berehat selama 10 minit. Nexus dan Trix melatih kami dengan betul. Latihan tersebut hanya dijalankan selama 1 jam setengah kemudian Nexus menyuruh kami duduk di dewan besar. Bila-bila sahaja nama kumpulan kami akan dipanggil untuk berlawan dengan kumpulan yang lain. Aku mula cuak. Berlatih tak sampai sehari dah kena ‘cari gaduh’ dengan kumpulan lain.

“Dipersilakan kumpulan Verditer dan kumpulan Sinoper.”

Aku mula kecut. Ketua Sinoper dengan berlagaknya turun ke tengah dewan. Troy memegang tanganku dan mengajak aku turun ke bawah. Aku menghelakan nafas panjang. Penat berlawan dengan Nexus tak hilang lagi. Ketua kumpulan Sinoper iaitu Lucas Harrison memandang sinis ke arah aku. Aku membalas pandangan sinisnya itu dengan senyuman senget.

Ting!

Loceng kecil sudah berbunyi menandakan perlawanan dimulakan. Aku memberi fokus sepenuhnya supaya aku dapat berlawan dengan mereka. Aku membina tembok halimunan yang hanya aku sahaja yang nampak. Semua konco Lucas terjatuh akibat terlanggar tembok di hadapan mereka. Aku ketawa kecil. Aku memberi isyarat kepada Aubrey supaya menyerang mereka bertubi-tubi dengan kuasa kelajuannya. Aku menghilangkan tembok tersebut dan aku menjadi halimunan. Aku lihat Troy menggunakan bayangnya sendiri apabila berlawan dengan konco Lucas.

Aku berdiri di belakang Lucas tanpa disedari oleh dia. Aku memberikan tendangan tepat pada belakang badan Lucas dan tiba-tiba kaki aku mengeras. Alamak, Lucas rupanya berkuasa ais. Aku mula gelabah apabila kaki aku mengeras dibelakang badannya. Aku dengar Lucas ketawa. Macam mana nak cairkan ais ni? Aku memandang Nexus yang sedang merenung tajam ke arah aku supaya melawan. Aku mengecilkan mata. Apa aku perlu buat? Kaki aku dah kejang gila ni.

Tiba-tiba ais pada kakiku mencair perlahan. Aku gembira. Aku melihat gerangan siapa yang mencairkan ais tersebut. Rupanya Joe yang menolong aku. Baru aku tahu Joe mempunyai kuasa mengawal minda manusia dan mengikut kata-katanya. Patutpun Lucas mencairkan ais pada kakiku rupanya atas suruhan Joe. Aku dan ahli aku berkumpul semula setempat. Mereka menyerang kami bertubi-tubi tanpa putus asa.

Hani membaling panah petir ke arah konco-konconya manakala Cal melaser dan Firaz mencipta ombak tsunami di belakang mereka dan menghempaskan ombak tersebut di atas mereka. Basah lencun semuanya. Dan akhir sekali aku bermain dengan jari-jemariku mengawal akar-akar pokok di luar dewan masuk ke dalam dewan dan melilit tubuh mereka bertujuh dan....

Ting!

Bunyi loceng sudah berbunyi menandakan perlawanan tamat dan kami menang! Aku menjungkitkan kening ke arah Lucas yang sedang dililit oleh akar pokok. Dia mengerut kegeraman. Aku tergelak. Kemudian kami kembali ke tempat duduk. Nexus memberi kami ‘thumbs up’. Banggalah tu. Kami semua sudah kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience