Chapter 9 - Secret Game

Horror & Thriller Completed 13935

Kami jalan menyusuri hutan-hutan kecil dan akhirnya sampai di kawasan perumahan kecil itu. Rumah tersebut bukanlah diperbuat daripada batu tetapi daripada daun dan dahan pokok. Aku melangkah mendekati orang ramai yang sedang berkumpul di satu kayu balak yang sudah tumbang. Kemudian aku berdehem untuk menarik perhatian mereka. Aku terkejut.

“Troy!!!”

“Mika!!!”

“Joe!!!”

“Aubrey!!!”

Troy memeluk aku erat manakala Joe memeluk Aubrey. Hani, Firaz dan Cal mendekati kami. Mereka juga memeluk kami. Aku perasan pada pergelangan tangan mereka juga ada gelang besi tersebut.

“Korang macam mana ada kat sini?”

“Nak dekat dua minggu dekat sini, macam-macam yang keluar saat kami disini.”

Aku membulatkan mata.

“Apa?! Dua minggu?”

Troy mengangguk manakala Joe mengiyakan.
“Eh, Sinoper, Pervenche dan Zaffre ada juga disini?”

Tanya Aubrey.

“Lucas?”

Aku memandang ke arah Lucas yang sedang tersenyum ke arahku. Aku lihat kakinya dibalut.

“Kita sekarang stuck kat sini. Mula-mula kumpulan Zaffre kena hantar kat sini kemudian Sinoper, Pervenche dan Verditer tapi Verditer hanya lima orang sahaja kamu berdua tak ada. Kami tak tahu kamu berdua ke mana.”

“Kena kurung..”

Selamba aku menjawab kemudian melabuhkan punggung di atas rumput sambil bermain-main dengan rumput disitu.”

“Kurung?”

Soal Joe.

“Yes, kurung. Kiteorang tak sedar langsung, tak sangka sampai dua minggu.”

Kata Aubrey.

“Ni tempat apa?”

Mataku meliar melihat sekeliling tempat pelik ni. Dinding penghalang diperbuat daripada ais batu. Rumput dipenuhi lalang dan rumputnya kelihatan seperti karpet. Rumah diperbuat daripada daun pokok dan dahan pokok tebal.

“Nilah permainan rahsia. Tapi setakat ni kiteorang hanya kena serangan ringan seperti bom jatuh dengan tiba-tiba dari atas langit dan ada kilat elektirk.”

Aku tergelak kecil.

“Kilat elektrik? Bergabung?”

Mereka mengangguk serentak. Aku mengapungkan diri dan cuba untuk mengapung setinggi yang boleh.

“Auchhhh!”

Aku jatuh terjelepok di atas rumput. Kepalaku berdenyut dan tubuhku sakit. Apa yang aku terhantuk tadi? Tu bukan langit real ke?

“Mika, kau okey?”

Troy membantu aku berdiri semula. Aku menggosok-gosok kepalaku. Sakit sangat.

“Tu bukan langit real. Ada benda.”

“Aku dah agak.. sebab tengok bentuk langit pun dah tahu.”

Kata Joe sambil menggumpal kedua-dua belah tangannya.

“Sekarang ni kita kena susun strategi kita untuk keluar daripada sini.”

“Dan bukan balik ke Maze Academy lagi...”

Gumam aku. Semua setuju dengan pendapat aku. Aku tersenyum. Semakin senang aku nak buat kerja aku. Kami bukan lagi pesaing tapi kami dah bersatu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu aku hanya berehat di atas buai yang tergantung pada kedua-dua batang pokok. Mataku merenung langit buatan itu. Mindaku masih terngiang-ngiang kata Drake. Kenapa perlu dia nak teruskan semua ni sedangkan dia tahu pekara ni boleh merosakkan masa depan remaja. Aku tak faham betul. Sengajakah mereka cipta permainan ni? Tak nak tengok remaja milimenium akan memajukan negara-negara di dunia ini? Aku membelek gelang besi yang berjaya aku buka. Gelang besi tersebut aku simpan di dalam poket.

“Mika..”

Aku mengangkat wajahku ke kanan, Troy sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum ke arah aku. Aku mengubah posisiku kepada duduk.

“Ya?”

“Boleh duduk?”

Aku mengangguk lalu Troy melabuhkan punggungnya.

“Ehemm..”

Troy berdehem. Aku hanya memandang langit yang sudah berubah warna menjadi biru kehitaman.

“Mika, kau pernah...?”

Aku menjungkitkan keningku ke arahnya.

“Pernah apa?”

“Lelaki istimewa.”

Aku tergelak kecil.

“Tak...”

Jawab aku sambil tergelak.

“Kelakar ke soalan aku?”

“Tak adalah. Kau tanya macam nak couple dengan aku, je?”

Troy menggaru kepalanya.

“Betul lah tu.”

Aku terus berhenti dari ketawa. Apa dia cakap? Betul? Dia nak couple dengan aku? Seriously?

“Hah apa?!”

Troy tersenyum sambil merapatkan lagi ke arahku.

“Kenapa kau ni? annoying!”

Aku berlari daripadanya. Troy mengejar aku. Kami saling berkejaran.

Not.... not... not....

“Bom tu lagi!”

Jerit Lucas. Aku dan Troy terus berhenti daripada berkejaran kemudian berlari ke arah mereka. Ada beberapa biji bom sebesar bola sepak mendarat di atas rumput dan terus meletup. Kami berlari masuk ke dalam rumah namun rumah tersebut tak bertahan lama. Habis rumah itu terbakar dek terkena bom tersebut.

“Ahhh..”

Aku menjerit apabila terkena percikan bom tersebut. Troy segera mendapatkan aku. Troy memeluk aku dan aku memasang bulatan pelindung lalu bom tersebut jatuh tepat terkena bulatan pelindung aku. Aku mengerang kesakitan.

10 minit kemudian, tiada lagi letupan berlaku. Aku mematikan bulatan pelindung itu. Aku mengusap belakang lenganku yang sudah melecur terkena percikan bom. Troy mencempung tubuhku ke atas kayu balak kemudian Aubrey membersihkan luka pada lenganku dan membalutnya. Aku mengeluh berat.
“Kita kena mulakan sekarang.”

Mereka semua akur dan mula bertindak. Kami akan mencari pintu jalan keluar untuk blah daripada sini. Tiba-tiba aku nampak dinding yang lebih tinggi sedikit itu semakin mencair separuh. Aku membulatkan mataku apabila ada satu makhluk besar kelihatan seperti alien robot. Bentuknya bulat dan kakinya ada lapan. Semua mula bertindak berlawan dengan makhluk tersebut. Semakin lama semakin banyak yang muncul.

Aku bermain-main dengan cahaya merah, mengikut rentak ke kiri dan ke kanan sehingga robot tu remuk ke dinding batu ais tersebut. Semuanya ada sebelas robot. Aku terkejut apabila robot yang sudah remuk boleh hidup semula dengan memancarkan cahaya hijau ke arah kami semua. Ahli kumpulan Sinoper, Pervenche dan Zaffre ramai terkorban. Aku tidak mampu melihat mereka terbunuh lagi lantas aku mengapungkan diri dan kedua-dua tapak tanganku terpancar cahaya merah terang lalu menembak kesemua robot-robot tersebut sehingga pecah berderai. Aku mengerang kuat supaya kuasaku lebih kuat untuk menghancurkan robot tersebut.

Perlahan-lahan aku menjejakkan kaki semula ke darat lalu terduduk lemah. Akhirnya musnah juga robot-robot tu.

“Ahh!”

Aku terdengar Hani menjerit apabila dia ternampak mayat-mayat yang terkorban tenggelam masuk ke dalam rumput. Kami tidak mempunyai tenaga yang kuat untuk menarik kesemua mereka serentak. Aku terduduk di atas rumput sebelah Troy. Menangis. Apakah yang akan berlaku? Aku mengira-gira bilangan orang yang masih lagi hidup. Kumpulan Sinoper hanya ada tiga orang manakala kumpulan Pervenche hanya ada dua orang dan kumpulan Zaffre tiga orang tinggal.

“Kita dah dapat jalan keluar.”

Kata Joe sambil menunjukkan ke arah dinding batu yang semakin mencair sehingga ke bawah. Hanya tunggu masa untuk mencair kesemuanya.

“Kita standby. Kita akan keluar daripada sini. Mungkin itu jalan keluarnya.”

Aku berdiri semula lalu berlari ke hadapan dinding ais batu tersebut. Kemungkinan lagi beberapa saat ais itu akan cair sepenuhnya. Kawan-kawanku yang lain sudah berdiri disebelah aku. Mereka turut menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience