Pagi itu selesai sarapan, mak, ayah, pak nek dn mak nek datang utk membawa aku balik ke rumah.. Selesai sahaja urusan di kaunter pembayaran , kami pun terus memulakan perjalanan menuju rumah.. Setibanya di perkarangan, ayah langsung membuka bonet kereta... Dia mengeluarkan topang ketiak dn memberinya kepadaku..Aku berjalan perlahan-lahan sambil dibantu oleh topang ketiak menaiki tangga satu-persatu.. sesampainya di atas, aku disambut oleh Usu Mat dan Anjang Zack.. Mereka membawa aku ke bilik tidur. Malam itu selepas solat Isyak, ayah menjemput beberapa orang jemaah surau ke rumah kerana kami mengadakan kenduri doa selamat... Aku gagahi jua untuk turut serta…, " Bukannya ayah tak nak Man ikut serta, Man bukankah masih sakit.." tegah ayah dgn suara lembut dn penuh kasih sayang.. "Tapi ayah, Man bosan duk lm bilik tu je," kata ku sambil membuat muka memohon belas . Ayah tergelak kecil melihat wajahku lalu berkata," Baiklah tetapi kalau rasa kurang selesa ataupun sakit, cepat-cepat beritahu ayah," yang akhirnya mengalah.. "Baiklah ayah,"kataku girang.
Setelah selesai majlis kenduri doa selamat, aku kembali berbaring di atas katil..
Share this novel