Bab 27

Horror & Thriller Completed 2046

Pagi tu, sedang aku menonton tv, aku terdengar sayup2 suara ppuan menyanyi lagu dlm bhsa melanau kuno dan seperti dipukau aku bangun dan berjalan ke pintu dan terus keluar mengikut suara itu, tanpa aku sedar aku sudah sampai di pantai.. " Abg Man nak ke mana tu? " tegur Yusuf, anak jiran sebelah rumah yang baru balik dari berjoging . Aku menoleh dan lalu menyeringai ke arahnya. Dia berasa tak sedap hati dan terus berlari ke arah rumahku dn memanggil pakcik Wahab. "Ada apa, Yusuf?" tanya pakcik Wahab kepadanya. Yusuf terus bercerita tentang apa yang dia nampak .. "Yusuf, tolong panggil ayah kamu, cepat..!!" kata pakcik Wahab sebaik sahaja Yusuf habis bercerita. Pakcik Wahab pun berlari menuju ke pantai dan ternampak aku sedang menuju ke laut dan dia terus menerpa dan berjaya menahan tubuhku, aku meronta menyebabkan pakcik Wahab tercampak jauh.. Aku hanya menyeringai bila melihat pakcikku mengaduh kesakitan.. " Apa lagi yang kau mahu, syaitan... !! " jerkah pakcik Wahab kat aku.. Aku yang kerasukan pada masa itu tak menjawab dan hanya menyeringai dengan wajah yg amat menakutkan. Kebetulan pada masa itu, Pak Sudin dan anak2nya pun sampai. Tanpa berlengah pakcik Wahab, Pak Sudin dan kelima anaknya terus saja mengelilingiku dan duduk di atas pasir pantai.. Mulut mereka terkumat-kamit membaca ayat suci Al Quran. " Panas....Panas...!!" raungku dgn suara yg garau.. " Hentikan bacaan korang kalau korang nak dia selamat.." ugut makhluk yg berada dalam badanku.
Mereka meneruskn bacaan tanpa menghiraukan ugutanku. Akhirnya aku jatuh terjelepok ke pasir lalu mereka berenam memberhentikan bacaan. Pakcik Wahab terus mendapatkanku lalu meminta salah seorang anak Pak Sudin untuk mengambil sedikit air laut.Tamin, bangun dan berjalan menuju ke pesisir pantai dan mencedok air laut menggunakan bekas tempurung yang dijumpainya di tepi pantai lalu memberinya kepada pakcik Wahab. Pakcik Wahab menyambut bekas tempurung di tangan Tamin. Mulut pakcik Wahab terkumat kamit membaca sesuatu dan menuangkan sedikit air di telapak tangan dan menyapunya ke mukaku.. Perlahan-lahan aku membuka mata dan hairan melihat mereka semua. " Kenapa Man berada kat sini?" tanya ku kehairanan kepad pakcik Wahab. " Alhamdulillah.. Syukurlah, Man dah sedar.." kata pakcik Wahab tanpa menghiraukan pertanyaanku.

Dengan perlahan aku bangun sambil dibantu oleh pakcik Wahab dan Yusuf lalu mereka pun memapah aku pulang ke rumah. Setibanya di rumah, mereka terus membawa aku ke bilik tidurku lalu membaringkan aku di atas katil. Setelah itu, Yusuf pun meminta diri untuk balik ke rumahnya.

Tiba-tiba suara perempuan menyanyi lagu Melanau kuno itu kedengaran lagi.. " Puleklah.. pulek.. pulek mapun akew.. Akew rindu ga kaaw.. Tudip kew nda bermakna tanpa kaaw gak samping kew.. Puleklah..pulek.. pulek mapun akew.. tudip matai tua tetep bersama ( Kembalilah.. kembali.. kembali padaku.. Aku rindu padamu.. Hidupku tak bermakna tanpa kau disampingku.. Kembalilah.. kembali.. kembali padaku.. Hidup mati kita tetap bersama ). "Pergi kau..!!! Jangan ganggu aku..!!!" jeritku sambil menutup kedua belah telinga dgn tangan. Pakcik Wahab yg baru selesai solat Zohor terkejut mendengar jeritanku lalu bergegas menuju ke bilikku dan dia cuba untuk membuka pintu bilik tetapi tidak berjaya.. " Man... kenapa tu?" "Tolong buka pintu ni" tanya pakcik Wahab seraya meminta aku supaya membuka pintu untuknya.. Aku masih lagi terjerit-jerit.. Pakcik Wahab tanpa berfikir panjang lalu meredah pintu itu sampai terbuka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat aku terapung-apung di awangan..lantas tanpa membuang masa dia pun membaca ayatul kursi 7x, dn la haw lawa la quwwa ta illa billahil 'aliyil adzim 7x dan terus melaungkan azan.. Aku jatuh terhempas ke atas katil se baik saja dia habis melaungkan azan.. Pakcik Wahab terus saja mendapatkan aku sambil mulutnya terkumat- kamit membaca ayat suci al quran dn menghembusnya ke telapak tangannya dan menyapunya ke muka aku.
Dengan perlahan aku membuka mata dan mengaduh kesakitan akibat terhempas dengan kuat ke atas katil. " Alhamdulillah.." ucap pakcik Wahab dgn suara yg lirih." Kenapa dengan Man," aku bertanya kepadanya. Pakcik Wahab hanya tersenyum saja.
Setelah kejadian itu, aku sering saja bermimpi yang menakutkan dan sering mengigau tak kira siang dan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience