Ayah menghantarku balik ke Sibu, kerana risau akn keselamatanku.. Sesampainya aku di terminal bot ekspress di Sibu, aku disambut oleh makcik Wana dn suami.. Makcik Wana nie seorg ustazah dn suaminya ustaz mengajar di SMKKN. Aku berasa selamat bila berada di smping makcik Wana dn pakcik Wahab.. Kalau x salah aku, makcik seorang hafizah dn pakcik merupakan seorang hafiz. Setiap malam mereka membaca surah secara tadarus. Aku jga belajar tajweed.. Pakcik Wahab yang mengajarku..
Aku ingatkn bila aku tiada di Mukah, sosok itu x mencari tp ternyata aku silap. Bila suatu hari tu sewaktu balik dari surau, aku terserempak dgnnya. Aku pun terus saja laungkan azan. Ada ketika dia menjelma waktu aku tgh menjamu selera di rumah. Kedua-dua suami isteri tu di anugerahkn Allah dengan mata yang tidak berhijab. Mcm mna aku dpt tw? Baiklah, aku dapat tw bila suatu hari tu aku tgk dorg tgh bertarung dgn sesuatu yg aku sendiri pun x nmpk.. Bila saja pakcik Wahab ternampak aku dia membuat isyarat mata kt isterinya.Isterinya terus saja membawa ku pergi dari situ.. " Makcik dn pakcik lwn ape td" tanya ku curious nk tw.. " Benda tu datang sewaktu kami smbut Man dulu ." kata-kata makcik Wana mengejutkan aku.. Aku terus menceritakn secara ringkas benda yang memburuku kepada makcik.. Makcik menggangguk kepalanya perlahan2.. " Benda tu kew yg makcik dn pakcik lawan?" tanyaku lagi. Sekali lagi anggukkan makcik itu membuatkn darahku berderau.. Aku x sangka sosok tubuh itu mencari aku sampai ke Sibu.
Share this novel