Bab 31

Horror & Thriller Completed 2046

Man, kenapa, Man?" Suara ayah kedengaran risau. "Ayah.. tolong Man... Makcik Wana.."kataku dgn suara yg ketakutan. "Buka pintu ni, Man.." kata pakcik Wahab sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik. "Man, ke tepi," katanya lagi. Aku pun terus berganjak menjauhi pintu. "Allahu Akbar..!!" laung pakcik Wahab sambil merempuh pintu bilik menggunakan badannya. Sebaik saja pintu bilik terbuka, aku terus meluru keluar. "Astaghfirullahal adzim.." ucap pakcik Wahab bila melihat makhluk yang duduk mencangkung itu. Makhluk itu trus saja menundukkan kepalanya. "Hei, laknatullah... Siapa engkau? Apa yang kau mahu...? Makhluk itu tiba-tiba menunjuk ke arahku. "Langkah mayat aku dulu, syaitan..Sebelum kau nak ambik cucuku." jerkah paknek kpd makhluk itu. Makhluk itu terus turun dari tingkap dan perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Wajahnya pucat, pada matanya tak ternampak biji mata.. hanya lompong.
Pakcik Wahab, ayah dan paknek serentak membaca ayat-ayat ruqyah dan terakhir ayatul kursi. Sampai ke ayat, " Wala ya 'ud dhu hu hif dzuhuma wa huwal 'aliyyul adzim.." Mereka membaca tiga kali lalu menghentak kaki ke lantai sambil melaung, " Allahu Akbar...!!" Makhluk itu meraung dan lantas ghaib seperti kabus.

"Benda tu nak apa lagi dari Man, pak.." tanyaku dgn suara yg menggeletar. " Dahlah.. jgn nangis lagi.. Selagi kami ada, kami xkan biarkan benda tu menghampiri Man," kata ayah sambil mengusap airmata yang jatuh di pipiku. "Anak jati melanau, mana boleh menangis."pujuk paknek. Aku memaksa bibirku menggariskan senyuman. "Haa... macam nilah anak jati melanau.. tak takut ataupun gentar dengan apa saja yang berlaku."sampuk pakcik Wahab lalu menunjukkan ibu jarinya sambil mengenyit mata ke arahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience