Akhirnya setelah sampai ke tempat kami, pemuda seramai 5 orang itupun terus mengelilingi lembaga itu dan membaca ayat ruqyah.. Lembaga itu tidak mampu bergerak seolah-olah kakinya dipaku ke tanah, dia sedaya upaya melepaskan kakinya. Seperti magik, beberapa utas rantai besi panas berapi sebesar lengan terbang dan terus melilit badan lembaga itu. Api pula aku lihat sedikit demi sedikit mula menjilat badan lembaga itu menyebabkan lembaga itu meronta-ronta kesakitan. "Tolong.. tolong bukakan.. Aku panas.. Aku tak tahan.." raung lembaga itu.."Mana suara sombong, angkuh dan takbur kau tadi. " perli aku sambil tersenyum sinis.. "Lepaskan aku.. Lepaskan aku.. Panas..."raung lembaga itu lagi..
"Asal kau berjanji jangan ganggu keturunan Hj Hassan, aku boleh lepaskan kau.." kata Syed Danial. Mulutku kembali melopong kehairanan dari mana Syed Danial tahu nama moyang aku..Sharifah Hasanah melihat ke arahku sambil tersenyum. "Tidak.. aku x mahu.." kata lembaga itu sambil menggeleng-geleng kepala. "Baiklah, kalau itu keputusan yang telah kau buat, nampaknya aku tiada pilihan lain selain dari menghapuskan kau. Syed Danial, pak cik Wahab, ayah dan pak nek terus saja membaca ayat ruqyah tanpa henti dan aku pula melaungksn azan.. Lembaga itu kembali meraung kesakitan apabila rantai panas itu mula melilit tubuhnya dengan lebih kuat lagi. Akhirnya lembaga itu terbakar dan ghaib bau hangus yg cukup hangit menyebabkan aku hampir termuntah. "Terima kasih saudara2ku semua" ucap Syed Danial kepada kelima-lima pemuda itu. Mereka hanya menggangguk dan berlalu, terus ghaib tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih.
Share this novel