Seminggu selepas kejadian itu, aku didatangi oleh seorang lagi arwah sepupuku, arwah Huda. Aku waktu tu baru balik dari kedai dan ternmpak arwah Huda dengan kulit mukanya yang terkopek, tangannya yang kudung sebelah, mata kiri yang lopong tanpa biji mata perlahan-lahan menghampiri aku yang sedang mengayuh basikal.. Aku tak dapat mengawal basikal kerana terlalu takut lalu terbabas ke dalam semak. Aku tinggalkan basikal di situ dan berlari balik ke rumah.. Setibanya aku di rumah, kereta pakcik Wahab dan Makcik Wana tiada di bawah rumah.. "Ke mana lak dorg ni,"kata ku dalam hati.. Aku terus berlari menaiki tangga dan terus masuk ke rumah. Pintu rumah aku kunci dari dalam.. Dadaku berdebar laju.. "Man...Tolong aku..Man..,"suara arwah Huda kedengaran dari bawah rumah.."Kau dah mati...Jangan ganggu aku...!!" jeritku kt arwah Huda yg berada di bawah rumah.. Aku mencuba tuk melaungkan azan ttapi suara ku tak kluar..Aku mengangkat gagang telefon dan mendail nombor makcik. "Makcik tolong Man..arwah.."sebelum sempat aku menghabiskan ayat.. tiba-tiba arwah Huda muncul di depan ku. Aku terlepas gagang telefon dan berundur beberapa langkah ke belakang..Aku terpijak bola tennis mainan kucing kesayangan Pakcik Wahab lalu jatuh terduduk.. Arwah Huda mencuba tuk menangkap kaki aku.. Aku menendang-nendang tangannya sambil menangis.
Mujurlah pakcik Wahab dan makcik Wana sempat sampai setelah makcik berasa tak sedap hati bila perbualan kami terputus mcm tu saja .. Mereka berdua beristighfar bila melihat arwah Huda mencuba nak menangkap kaki aku. Makcik Wana berlari ke dapur lalu menyambar garam kasar dn dia terus berlari balik ke ruang tamu membawa garam kasar dan menyerahkannya kpd suaminya. Mulut pakcik Wahab terkumat-kamit membaca ayat suci al-quran lalu meniup ke arah genggaman tangannya yang menggenggam garam, lalu melemparkannya ke arah arwah Huda sambil melaungkan Allahu Akbar..Arwah Huda menjerit dengan nyaring dan ghaib secara tiba-tiba.
Share this novel