Dlm keadaan mamai.. aku ternampak seperti ada dua org sedang duduk di bucu katilku.. Perlahan-lahan aku membuka mata.. Ternyata memang ada seorang lelaki dan perempuan sedang duduk di bucu katilku.. Si lelaki berbaju gamis yg berwarna putih dan si perempuan tu pulak berbaju kebaya berwarna putih Aku cuba menjerit tapi lidahku kelu.. Aku terasa ingin menangis.. Aku mencubit lengan ku sendiri.. Sakit.. Aku x bermimpi.. "Korang siapa?" "Korang nak apa?"
tanyaku kepada mereka dengan suara yg menggeletar. Nama ku Syed Danial dan ini adik perempuanku , Syarifah Hasanah... "Korang ni manusia ke hantu.." tanyaku lagi.. "Usah takut.. Kami pun makhluk seperti kamu jgk" kata Syarifah Hasanah memujuk dgn suara yang lembut.. " Saya tak faham, apa maksud awak?" tanyaku kehairanan.. Mereka berdua saling memandang di antara satu sama lain sambil tersenyum.. Selepas itu ghaib dengan sekelip mata, aku terus berlari keluar dari bilik.. "Kenapa tu, Man?" tanya mak yang baru selesai menghidangkan minuman ptg.. "Tak ada apa-apalah, mak..," kataku menyembunyikan perkara yg sebenar.. Mak hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.. "Dah, pergi panggil ayah, pak nek ,mak nek dan pakcik Wahab .." arah mak.. Aku akur dan terus mencari mereka..
Selesai minum petang, kami para lelaki pergi ke surau kerana Asar dah masuk.
Semasa dalam perjalanan balik, aku merasa bulu romaku menegak dan telingaku berdesing dgn kuat.. Aku menggosok lenganku, entah mcm mna aku tertoleh ke kanan, ternampak Syed Danial kata Sharifah Hasanah dan seperti biasa mereka berdua ghaib dgn sekelip mata
Share this novel