Aku hampir melupai kejadian yang pernah berlaku di Sibu hinggalah pada suatu hari, waktu balik dari sekolah, aku perasan dari ekor mataku ternampak sosok badan tanpa kepala, tangan dan kaki itu lagi. Bila aku menoleh kearahnya, tiada apa-apa di situ.. "Ah.. Perasaan aku je kot.."kataku dalam hati. Aku meneruskan kayuhan basikal untuk balik ke rumah. Berderau darahku apabila aku ternampak dari sisi cermin basikal, sosok badan itu mengekori ku dari belakang. Aku melajukan kayuhan basikal sambil memandang cermin sisi, sosok badan itu masih lagi mengekoriku.
Aku berasa lega bila dah sampai di perkarangan rumah. Aku apa lagi terus berlari naik tangga dan membuka pintu selepas berada di dalam rumah, aku mengunci balik pintu rumah dan semasa melintasi ruang tamu, kelihatan ayah, mak, pak nek, mak nek dan pakcik Wahab sedang rancak berborak. "Knpe, Man? Muka Man pucat semacam je ni?" tegur mak kehairanan. " Tak da pape, mak.. Tadi kena kejar anjing."kataku menyembunyikan hal sebenar. Mereka tergelak mendengarnya.. Aku terpaksa berbohong krna x nk mereka risau lebih-lebih lagi mak kerana ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Aku hanya mampu tersengih lalu meminta diri untuk masuk ke bilik. Mereka serentak menggangguk.
Kelihatan Pakcik Wahab bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke bilikku lalu mengetuk pintu bilikku. Aku bangun dari kerusi malas dn menuju ke pintu lalu membukanya. Pakcik Wahab masuk dan terus duduk di kerusi bersebelahan dengan katil." Man, pakcik tahu td Man cakap bohong, kan? Man bukan di kejar anjing, betul x?" "Macam mna pakcik tahu?" tanyaku dengan penuh kehairanan."Pakcik knal Man bukan sehari dua tau tp dah hampir 15 tahun dah." kata Pakcik Wahab kpadaku.. "Benda tu ada kat sini dah, pakcik" kataku. Riak terkejut terpamer di wajah Pakcik Wahab. "Betul ke, Man?" tanya Pakcik Wahab kepadaku. Terdengar keluhan dari mulut Pakcik Wahab apabila melihat anggukkan kepalaku. "Tak pe, Man.. Selagi pakcik masih bernafas, pakcik xkn benarkn benda tu menghampiri Man" janji Pakcik Wahab itu membuatkan aku terharu.
Share this novel