Aku dah mula hilang minat untuk menyambung pelajaran gara-gara sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat walaupun keputusan SRP aku begitu memberangsangkan. Aku suarakan keinginan aku itu kepada Pakcik Wahab tetapi dia membantah. "Man, selagi tulang empat kerat ini masih lagi mampu menyara kita berdua, pakcik tak benarkan Man berhenti belajar. Man, dengar sini, Pakcik dan arwah makcik dah anggap Man macam anak kami sendiri kerana kami tak ada anak.. Sekarang makcik Man dah tiada,. Pakcik dah xda sapa-sapa lagi kt dunia ni Man.." kata Pakcik Wahab dengan genangan airmata." " Pakcik, Man minta maaf.. Man janji xkan sebut lagi dan akan ikut apa saja kata pakcik," sahut ku lantas memeluk Pakcik Wahab.
Lepas ni pakcik x nak dengar lagi kata-kata macam tu kluar dari mulut Man, faham?" kata Pakcik Wahab dengan suara yang lembut tapi tegas. "Baik, pakcik"jawabku ringkas. Suatu hari ayah, mak, paknek dan maknek datang ke Kuching untuk menziarahiku. Petang tu Pakcik Wahab membawa aku, mak, ayah, pak nek dan mak nek bersiar-siar di sekitar Kuching, banyak jugak tempat yang kami pergi..
Share this novel