Bab 28

Horror & Thriller Completed 2046

Suatu hari tu, semasa pakcik Wahab pergi ke kebun di belakang rumahnya ,tiba-tiba dia terdengar sesuatu seperti ada suara orang berbisik. Dia menoleh ke kiri dan kanan tp dia x nmpk sesiapapun, lalu dia pun meneruskn pekerjaannya yang terbantut tadi. Sekali lagi dia terdengar suara berbisik itu lagi, dia pun bangkit seraya berkata, " Jgn ganggu aku dan anak saudara aku, kalau tak, teruk kau aku kerjakan.. Tanpa dia sedari, di sebalik pokok ara di hujung kebunnya ada sepasang mata merah sedang memerhatikannya dgn tatapan yang penuh dendam. Tiba-tiba dari atas rumahnya , dia terdengar suara aku yg meraung kesakitan, pakcik Wahab trus berlari menaiki tangga. Pakcik Wahab membuka pintu bilik tidurku dan terkejut apabila melihat aku tak ada dalam bilik. Dia seperti teringat sesuatu terus mencapai Samsung J5 yg terletak diatas almari dan terus mendail nombor pak Sudin. " "Assalamu'alaikum.." kedengaran suara Pak Sudin di hujung talian.. Pakcik Wahab pun bercerita apa yg terjadi kpd aku. " Wahab pergi dulu ke pantai nnty Pak Sudin menyusul", kata Pak Sudin lalu mematikan talian. Pakcik Wahab terus berlari menuju ke pantai. Dia memanggil namaku berkali-kali. Pak Sudin dan beberapa org kampung sampai di pantai. Pakcik Wahab terus saja melaungkan azan. Sewaktu dia azan, terdengar bunyi ribuan lebah tapi bunyi seperti suara org yg ramai meminta tolong. Selesai melaungkan azan, suara itu tiba-tiba hilang. Pak Sudin merapatinya dan berbisik sesuatu. Pakcik Wahab trus memandang wajah Pak Sudin seusai saja Pak Sudin berbisik ke telinganya. Pak Sudin mengangguk perlahan.

Kedengaran keluhan berat dari mulut pakcik Wahab dan dia pun mengangguk kembali. Tanpa berlengah Pak Sudin terus meminta salah seorg dari org kpg supaya mencari seekor ayam hitam. Setelah mendapat ayam hitam itu, Pak Sudin trus menyembelih dan darah ayam itu di letakkan ke dalam mangkuk yg dibawa oleh org kpg td. Mangkuk yang berisi darah ayam hitam itupun diletakkan diatas pasir beralaskan kain merah.

" Ambillah darah ayam hitam ni, aku hanya nak anak saudara aku balik.!!" teriak pakcik Wahab lagi. Dalam remang petang itu, tiba-tiba sesuatu yg berwarna hitam muncul dari dari dasar laut secara perlahan-lahan dan menjelma menjadi lembaga hitam yang sangat besar sedang merenung tajam ke arah pakcik Wahab. " Jgn ganggu hidup kami. Kau nak apa, kau ambillah.. Pulangkan anak saudaraku!" jerkah pakcik Wahab. Lembaga itu terus pergi.
Ia berlalu seolah-olah seperti angin hitam yang pekat. " Hoi, dah jumpa..dekat sini.." tiba-tiba terdengar orang melaung. Pakcik Wahab dan org kampung trus berlari ke arah suara laungan itu. Mereka ternampak aku terbaring di atas timbunan sampah sarap yg hanyut didlm air.. Tanpa berlengah dia turun dan mula meranduk air laut menuju ke arahku lalu mengangkat aku ke pantai dan terus membaringkan aku di atas pasir. Pakcik Wahab meletakkn dua jarinya di leherku, kedengaran keluhan kelegaan keluar dari mulutnya apabila berjaya menemui detak nadiku. Matanya terus mencari bekas utk mengisi air dan ternampak sebiji botol kosong. Dia meminta Daud, anak Pak Sudin utk mengambil air laut menggunakan botol itu. Setelah botol berisi air itu ditangannya, kelihatan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al quran dan menghembus ke dlm botol lalu menuang sedikit ke telapak tangannya dan terus menyapu tgnnya ke mukaku. Aku membuka mata perlahan dan kembali tidak sedarkn diri. Dia terus meminta Yusuf menelefon ambulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience