Lembaga itu tersenyum apabila melihat kecederaan yg dialami oleh pakcik Wahab. "Bedebah kau, makhluk terlaknat," jeritku lalu kakiku terkeluar dari garisan yang ditanda oleh Syed Danial, pendinding antara kami berlima dgn lembaga itu.. Syed Danial dgn pantas menarik ku dan aku terdorong ke belakang. Lembaga itu merasa tak puas hati lalu mendengus marah kerana tak berjaya menyerangku.
Tiba-tiba aku terdengar dari kejauhan suara riuh rendah org ramai mengalunkan ayat suci al quran.. Aku menoleh ke arah suara itu dan ternampak sekumpulan pemuda yg sebaya Syed Danial dan berpakaian
yang juga sama sepertinya berjalan menuju ke arah kami. Syed Danial hanya tersenyum bila melihat wajahku yg kehairanan apabila melihat sekumpulan lelaki itu.
Share this novel