Bab 22

Horror & Thriller Completed 2046

Malam itu aku bermimpi berada di dalam hutan tebal, sedang aku mencari jalan keluar dari hutan itu, aku terserempak dengan ketujuh-tujuh arwah sepupuku. Kesemua mereka hanya tunduk memandang tanah. "Korang nak apa dari aku, ha..!!?" jerkah aku kpd mereka. Perlahan-lahan mereka mengangkat muka dan aku terundur ke belakang kerana terlalu terkejut melihat wajah mereka yang amat mengerikan.. Kulit muka yang terkopak, mata yang lopong, tiada biji mata, tangan yang kudung sebelah.. Yang paling aku x pt lupa darah mengalir dari kedua-dua mata yang lopong itu.." Man, tolong kami..Man.. tolong kami.." kata mereka sambil mendekati aku.. Aku berundur ke belakang selangkah demi selangkah.. Kaki aku tersadung akar kayu lalu terjatuh dan ketujuh-tujuh mereka menerkam aku.. Aku menjerit sekuat hatiku.. Aku terbangun dengan badan yang bermandi peluh.. Pakcik Wahab dan isteri yang sedang lena terkejut mendengar jeritanku. Mereka terus bergegas ke bilik ku dan membuka pintu bilik.. "Kenapa ni, Man?" tanya makcik Wana kepadaku." Man bermimpi arwah datang serang Man." kata ku ketakutan. "Tu mimpi je lah, Man" pujuk makcik Wana sambil membelai rambutku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience