Bab 37

Horror & Thriller Completed 2046

"Tak payahlah nak lawan aku.. Sedangkan harimau di hutan boleh aku jinakkan, inikan pulak kucing kampung yang baru nak belajar berjalan.." sindir lembaga itu lagi. Lembaga itu tiba-tiba berubah rupa.. Susah aku nak menggambarkan bagaimana rupa lembaga itu.. Badannya besar dan licin berwarna hitam, di dahinya tumbuh dua tanduk seperti tanduk kerbau. Kaki dan tangannya sebesar betis orang dewasa. Kami hanya diam dan tidak membalas provokasi lembaga itu.
Syed Danial terus menghentak kakinya ke bumi serentak dengan Sharifah Hasanah mengacung tangan ke depan.. Pakcik Wahab, ayah, pak nek dan aku masih lagi berzikir dalam hati sambil berdiri sebaris. Lembaga itu tiba-tiba terhumban ke belakang dan rebah.. Namun dia berjaya berdiri sambil merengus marah.. " Hentikan bacaan korang tu.." bentak lembaga itu.
Kami berenam meneruskan zikir di dalam hati tanpa menghiraukan gesaan dan bentakan dari lembaga itu..
"Mana suara sombong, angkuh dan takbur kau tadi. Takkan setakat kucing kampung macam kami ni pun kau tak mampu nak jinakkan.." perli Syed Danial kepada lembaga itu. " Sial..!!" marah lembaga itu, setiap kali dia mencuba untuk mendekati kami berlima, dia kembali terhumban ke belakang.. Lembaga itu tiba-tiba tersenyum dan menyerang sekali lagi, dan kali ini dia berjaya menyerang pakcik Wahab kerana dia terlelap seketika.. " Allah.." ujar nya bila lengan kirinya berjaya dicakar oleh lembaga itu. Lengan kiri pakcik Wahab terkulai akibat terkena cakaran lembaga itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience