Aku membuka mataku perlahan² dan kehairanan apabila melihat sekeliling semuanya berwarna putih dan aku terbaring di atas katil. Aku menoleh ke sebelah dan terlihat ayah sdg tidur berbantalkan lengan di atas meja kecil
yg terletak di sebelah kiri katilku. Aku memanggil ayah dengan suara yg lemah. Ayah terbangun dan menoleh ke arahku lalu tersenyum. " Alhamdulillah, Man dah sedar. Kejap yr, ayah panggil doktor." kata ayah kepadaku. Aku mengangguk perlahan. Mak, mak nek, pak nek dan pakcik Wahab berjalan ke arah katilku. "Bila mak sampai?" tanyaku setelah mereka sampai ke katilku. " Malam tadi.. Man rehatlah dulu.. Jgn byk bercakap.." jawab mak sambil membelai rambutku. Kelihatan ayah bersama seorang lelaki berbaju putih dan di lehernya tergantung stetoskop. Doktor Amran, tag nama yg tersemat di atas poket baju lelaki itu. Dia menegurku dan bertanya khabarku, aku hanya mengangguk perlahan. Dia meminta aku duduk sambil dibantu oleh ayah dan Pakcik Wahab. Dia meletak hujung stetoskop di dadaku sambil meminta aku menarik dan menghembus nafas.
"Bagaimana keadaan anak sya, doktor?" tanya mak kepada Dr. Amran. " Dia x apa-apa tetapi sya terpaksa tahan dia untuk sehari dua lagi." ujar Dr. Amran sambil tersenyum.
Malam itu aku bermimpi berada di dalam sebuah rumah kaum melanau kuno. Rumah itu seakan-akan rumah panjang kaum iban.. tp agak berlainan kerana atapnya dibuat seakan akan terendak kaum melanau. Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil namaku.. Aku menoleh ke arah suara itu dan berderau darah aku apabila ternampak dua sosok badan yang sangat aku kenal, Bob dan Azrul. " Korang nak apa lagi?" Tolonglah jangan ganggu aku.. Korang dah mati.." kataku dengan suara yang menggeletar. " Tolong kami, Man.." kata mereka sambil mendekati aku.. Aku berjalan mengundur.. Tangisan ketakutan aku memecah kesunyian rumah itu. " Korang nak aku tolong apa?" tanyaku dgn suara yg teresak-esak.. " Tolong kami, Man.." kata mereka lagi..
Aku terasa badan ku digoncang dgn kuat. Aku terjaga dgn mata yang berair dan badan yang bermandi peluh. Aku menoleh ke sebelah katilku dan ternampak ayah sedang duduk sambil memegang badanku. " Astaghfirullah hal adzim.." aku beristighfar.
"Kenapa, Man?" tanya ayah dengan suara yang lembut. " Man mimpi Azrul dan Bob minta tolong.." kataku dengan suara yang masih lg ketakutan. " Mimpi je tu.." xda apa2 yg nk ditakutkan.." kata ayah lg. " Dah.. X payah fikir banyak..Man tidurlah balik.." pujuk ayah.
"Osman...Osman..." aku terdengar suara bisikan seakan-akan suara itu di telinga kananku. Aku menoleh ke kanan, hanya yg ku nampak katil-katil yg dihuni oleh pesakit-pesakit. "Jgn ingat kau akan selamat.. Aku akan menghantui hidup kau buat selama-lamanya.." suara itu kedengaran lagi.. Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menekup telingaku dgn bantal dan akhirnya aku pun terlelap.
"Man.." suara ayah mengejutkan aku dari tidur. Aku melihat jam yang tergantung di dinding ward.. 8:45. "Suara siapa mlm td? Aku mimpi ke?" aku bermonolog sendiri.
Kelihatan dari arah pintu ward kelas 2, doktor Amran masuk dan menuju ke arahku sambil tersenyum. " Assalamu'alaikum.. Mcm mna tidur mlm td? Lena.." Aku hanya menggangguk perlahan. Dia meneliti kad yg tergantung kt katil lalu berkata, " Petang ni boleh balik." Mendengar saja kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Amran, aku menarik nafas lega. Bukan apa, bosan siot.. dahlah x ada tv, asyik cium bau ubat je.. Naik loya tekak ni asyik telan pil dn ubat sepanjang berada dlm wad.. Makan pun x sedap.. tawar.. hu hu.. Siapa yang pernah masuk wad je yg tahu dan faham apa yg aku rasa.. "Akhirnya...!" aku berkata dalam hati apabila Dr. Amran membenarkan aku balik ke rumah. Ayah dn Pakcik Wahab sibuk mengemaskan pakaianku dan meletakkannya ke dalam beg. Aku menoleh kepalaku ke kiri dan kanan. "Mereka tengah tunggu Man kat rumah," kata ayah seakan-akan tahu aku sedang mencari mak, mak nek dan pak nek. "Ouh.."jawabku ringkas.
Share this novel