"Darah baru setampuk sirih, ada hati nk berlawan dgn aku." tiba-tiba aku terdengar suara. Aku percaya suara itu datang dari lembaga di depan kami. "Kecik jgn disangka anak, besar jgn disangka bapa" jawab Syarifah Hasanah berbau sindiran.. "Kalau kau nak kat dia, langkah mayat kami dulu," ujar Syed Danial lalu mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu sambil mengisar tanah menggunakan ibu jari kakinya. Mulut Sharifah Hasanah pun terkumat-kamit sambil mengisar kedua telapak tangannya..
Kelihatan pakcik Wahab, pak nek, mak nek dan mak berada di muka pintu.. Wajah mereka terkejut bila melihat lembaga yg tiada kepala, kaki dan tangan.. Tanpa berlengah, pakcik Wahab, pak nek dan ayah turun ke bawah membantu aku. Aku memberi isyarat kpd Syed Danial supaya membiarkan diri dan adiknya terlihat oleh mereka bertiga.. Syed Danial menggangguk tanda setuju. Dengan perlahan2 badan Syed Danial dan adiknya mula ternampak.. Pak cik Wahab melompat kecil kerana terkejut
melihat kejadian yang berlaku di depan
matanya cuma ayah dan pak nek saja yg berlagak sepert biasa..
Share this novel