Bab 2

Spiritual Series 3086

Bab 2

Surau Al Ukhwah.

Setelah menunaikan solat Isya secara berjemaah dan bersalam-salaman dengan semua jemaaah, Pak Itam melangkah tenang menuju ke pintu keluar surau. Dia hendak pulang ke rumahnya.

"Pak Itam, jom minum dulu. Lama sangat dah tak bersembang dengan Pak Itam ni," sapa Imam Khalid sambil tersenyum. Dia merupakan Imam surau di kampung itu lebih tiga puluh tahun. Sememangnya dia amat dihormati oleh orang Kampung Pasir Hantu. Selain menjadi Imam dikampungnya Imam Khalid juga merupakan Ketua Kampung Pasir Hantu.

"Takpe la Imam, saya ingat nak beransur dulu. Jauh perjalanan ni, " jawab Pak Itam.

"Alah, sekejap je Pak Itam. Bukannya lama pun," balas Imam Khalid. Tangan kirinya menghalakan ke arah dapur surau yang berada dibelakang.
Pak Itam yang melihat kesungguhan Imam Khalid pun beralah. Dia mengikuti Imam Khalid ke dapur surau. Ketika sampai di dapur surau beberapa pemuda bingkas bangun apabila melihat Pak Itam disitu. Wajah mereka agak pucat dan perlahan-lahan meninggalkan dapur surau tersebut.

Pak Itam hanya mendiamkan dirinya. Kebanyakkan pemuda dikampungnya akan lari apabila bertemu dengan Pak Itam, malahan mereka juga tidak akan bersalam dengan Pak Itam selepas solat. Apabila melihat Pak Itam mereka lebih suka menjauhkan diri dari bertegur sapa dengan orang tua itu. Pak Itam arif dengan hal itu dan dia tahu akan cerita-cerita yang berlegar-legar dikampung tentang dirinya.

"Pak Itam sihat," sapa Pak Hamid terus bangun menyambut Pak Itam.
"Alhamdulillah, " jawab Pak Itam.

"Pak Itam, mari duduk sini," ajak Pak Mail pula sambil menepuk-nepuk lantai disebelahnya. Senyumannya manis menyambut kehadiran orang tua itu sambil menuangkan air kopi ke cawan yang kosong.

Pak Itam pun duduk di sebelah Pak Mail, disebelah kanannya Imam Khalid dan didepannya pula Pak Hamid. Air kopi O pekat di tuangkan ke dalam dua cawan lagi lalu dihulurkan oleh Pak Mail kepada Pak Hamid dan Imam Khalid.

"Jemput minum ya," ujar Pak Mail tersenyum. Itulah tugas Pak Mail. Selain meniaga gerai makan, dia merupakan Siak di surau kampungnya itu. Manakala Pak Hamid pula bilal tetap di surau berkenaan. Suaranya yang merdu tetapi tegas boleh mengegarkan hati orang kampung tatkala azan.

"Sihat ka Pak Itam? Lama sangat dah kita tak bersembang," tanya Pak Mail.

"Alhamdulillah, sihat Mail. Macam nilah.. sihat orang tua," jawab Pak Itam.

Pak Hamid menghirup air kopinya, "Hurm sedapnya kopi ni. Macam minum kat kedai Pak Mail ja rasanya," ulas Pak Hamid.

"Eh.. memang la rasa macam kat kedai aku, sebab aku sendiri yang membancuhnya," jawab Pak Mail. Pak Itam dengan Imam Khalid hanya tersenyum melihat akan ulah Siak dan Bilal kampung mereka itu.

Mereka berempat berbasa-basi dan sibuk bercerita berkenaan keadaan kampung mereka, terutama Pak Hamid dan Pak Mail. Mulut mereka becok sekali mengalahkan perempuan. Imam Khalid sesekali menambah. Pak Itam pula hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia jarang sekali membuka mulutnya. Dia berbicara bila perlu itupun apabila ditanya.

Tiba-tiba mata Pak Itam melihat seorang anak remaja dipenjuru dapur. Tangannya memegang biskut kering tapi tidak dicecah ke dalam cawan kopinya. Hanya dia seorang disitu. Matanya tidak berkelip melihat Pak Itam. Pak Itam tersenyum kepadanya.

"Assalamualaikum, maaf ya Imam, semua. Saya nak beransur dulu," Mak Munah menegur semua yang berada disitu.

"Dah habis dah ke ngajar tu Munah?" tanya Imam Khalid.

"Sudah Imam. Alah tak sampai sepuluh orang pun, kejap je Imam," Mak Munah menjawab. "Amir, jom balik jom," sambung Mak Munah memanggil remaja lelaki yang duduk dipenjuru dapur itu.

Amir pun menghabiskan minumannya dan terus membasuh cawannya disingki lalu diletakkan cawannya di rak berhampiran. Biskutnya tadi dimasukkan ke dalam poket baju melayunya.

Setelah itu dia berjalan menuju ke arah Imam dan bersalaman serta mencium tangan Imam Khalid. selepas itu dia turut melakukannya sama pada Pak Mail dengan Pak Hamid. Selepas itu dia menghulurkan tangannya ke arah Pak Itam, Pak Itam kaget. Hampir sepuluh tahun tidak pernah ada anak muda yang sanggup bersalaman dengannya, malahan jika ada yang terserempak dengannya sahaja mereka akan lari.

Tangan anak remaja itu disambutnya, lalu Amir mencium tangan Pak Itam seperti mana dia mencium tangan Imam Khalid, Pak Hamid dan Pak Mail. Sejuk hati Pak Itam melihat perilaku budak remaja itu. Tangan kirinya diletakkan dikepala Amir.

"Siapa nama?" tanya Pak Itam.

"Amir tok," jawab budak remaja itu.

"Umur berapa?" tanya Pak Itam lagi.

"Tahun ni masuk lima belas tok," jawab Amir.

"Alhamdulillah, "jawab Pak Itam tersenyum. Mak Munah turut tersenyum melihat terlatah cucunya itu.
Imam Khalid, Pak Mail dan Pak Hamid turut tersenyum senang hati melihat tingkah sopan remaja itu.

"Assalamualaikum!!! Imam!! Imam!!! Tolong saya Imam," tiba-tiba terdengar suara panggilan yang agak keras dari arah tepi surau.

"Wa'alaikumsalam. Hah kenapa kamu Padil?" tanya Imam Khalid.

"Anak saya Imam.. anak saya terjerit-jerit macam kena histeria," jawab Padil termengah-mengah.

"Apa???" "Histeria!!!"

perlahan2 sya akan update... maaf klu slow sikit sb sibuk dgn aktiviti keluarga, program dan kerja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience