Bab 1

Spiritual Series 3086

Bab 1

Kampung Pasir Hantu

Keriuhan di Kedai Kopi Pak Mail tiba-tiba menjadi sepi. Semua mata-mata pelanggan di kedai itu menumpukan perhatian mereka ke ujung kampung. Kelihatan seorang tua yang berambut putih mengayuh basikalnya dikejauhan.

krik.. kruk. krikk.. kruk..
Bunyi rantai karat basikal tua itu sememangnya menjadi rutin setiap pagi di Kampung Pasir Hantu. Orang tua berambut dan berjanggut putih itu mengayuh basikalnya melepasi Kedai Kopi Pak Mail tanpa menyingahnya.

Baju kemeja hitam yang membaluti t-shirt pagoda putih berkibar-kibar ditiup angin. Seluar hitam dipakainya dibaluti kain pelikat lusuh dan diikat kemas dengan tali pinggang aji. Songkot Hitam terletak kemas di kepalanya.

"Assalamualaikum Pak Itam. Tak singgah dulu ka? Sarapan.." Pak Mail melaung kepada orang tua itu tatkala orang tua itu melalui kedainya.

"Wa'alaikumsalam. Maaflah Mail, aku nak ke kubur kejap," balas Pak Itam sambil melambai-lambai tangannya.

Begitulah rutin harian orang tua itu, setiap pagi dia akan melalui Kedai Kopi Pak Mail. Pak Mail juga tak jemu-jemu menyapa Pak Itam setiap pagi.

"Pak Mail tak takut ke tegur orang tua tu hari-hari?" tanya Jenal setelah dia melihat Pak Itam telah menjauhi kedai kopi Pak Mail. Matanya merenung Pak Itam dari jauh dan mencemuh didalam hati.

"Eh... Nak takut apa Jenal?" tanya Pak Mail. Dia merenung tepat ke mata Jenal.

"Kan Pak Itam tu bela hantu. Pak Mail tak takut ke kalau hantu dia kekah Pak Mail?" Meon pula bersuara.

"Mana kamu tahu Pak Itam tu bela hantu? Kamu ada bukti?" Pak Mail memandang muka Meon pula, suaranya sedikit dikeraskan.

"Kami pernah terbau kemenyan masa lalu dirumahnya tempoh hari?" jawab Jenal.

"Betul Pak Mail. Saya boleh jadi saksi," Meon turut mencelah. Mereka berdua masih teringat bau kemenyan semasa melalui rumah Pak Itam dua tiga hari yang lepas. Ketika itu mereka berdua hendak pergi memikat burung dihutan berhampiran.

"Ye ye je kamu berdua ni. Kamu nampak ke hantunya tu?" tanya Pak Mail lagi sambil menatap muka kedua-dua pelanggannya.

"Err.. Tak nampak Pak Mail," jawab Meon dan Jenal serentak.

"Abis tu macam mana kamu tahu dia bela hantu?" Pak Mail bertanya lagi. Meon dan Jenal terdiam. Mereka berdua berfikir sejenak.

"Kalau dia tak bela hantu takkan dia berani duduk sorang-sorang kat tepi hutan hujung kampung tu Pak Mail?" Samad pula mencelah. Dia yang dari tadi duduk dimeja sebelah Meon dan Jenal hanya mendengar perbualan mereka, dia mencelah apabila merasa sangsi dengan kehidupan Pak Itam.

"Dah rumah dia dengan tanah dia kat hujung kampung tu nak buat macam mana? Ke kamu nak dia duduk dengan kamu Samad?" Pak Mail berkalih melihat Samad pula. Samad terdiam.

"Kamu bertiga ni minum je ke, makan-makan taknak?" Pak Mail menukar topik perbualan mereka. Dia malas hendak melayan gosip-gosip tentang Pak Itam pagi-pagi lagi. Walaupun cerita tentang Pak Itam itu kerap didengarnya tetapi itu hanyalah cerita dan tiada bukti yang menunjukkan Pak Itam melakukan perkara khurafat seperti digembar-gemburkan.

"Err.. Nasi lemak telur mata satu Pak Mail," Samad memesan makanan yang selalu dipesannya setiap pagi.

"Kamu Meon, Jenal nak makan apa-apa tak? Pak Mail merenung wajah Meon dan Jenal.

" Saya nak nasik lemak biasa je la Pak Mail," kata Jenal.

"Saya pula nak roti telur," jawab Meon.

"Baik.. Kejap aku siapkan," jawab Pak Mail.

Tangan Pak Mail ligat menyenduk nasik lemak dan meletakkan rencah-rencahnya. Nasi lemak telur mata diletakkan di meja Samad dan nasi lemak biasa diletakkan dihadapan Jenal. Kemudian dia kembali ke kuali leper yang sememangnya dipanaskan untuk menyediakan roti telur Meon pula.

Tak sampai lima minit roti telur disiapkan dan dihantar ke hadapan Meon. Selepas itu dia menuju ke meja-meja berhampiran untuk melayani para pelanggannya yang lain.

"Betul ke korang bau kemenyan masa lalu rumah Pak Itam?" tanya Samad kepada Meon dan Jenal.

"Betul la Samad, takkan aku nk tipu pula," kata Jenal.

"Takkan kami taktau beza antara kemenyan dengan ubat nyamuk. Kami biasa bakar benda tu masa ngangkung...." sebelum Meon menghabiskan ayatnya kakinya disepak oleh Jenal.

"Apa?? Ngangkung?" Pak Mail mencelah. Dia seolah-olah mendengar perkataan itu dari mulut Meon tadi.

"Takde apalah Pak Mail. Dua tiga hari lepas kami pergi kutip kangkung di tepi parit dekat batu belah," jawab Jenal. Dia sengaja menukar cerita. Dia takut tembelangnya dengan Meon menjadi buah mulut orang-orang kampung.

"Betul Pak Mail, lepas cari kangkung baru kami pergi menjerat burung. Masa tulah kami terbau kemenyan dekat rumah Pak Itam," balas Meon memusing cerita.

"Biasalah, Pak Itam tu kan bomoh. Bakar kemenyan tu kan kebiasaanya. Kaki aku yang terseliuh aritu pun diurutnya, tak sampai sejam terus boleh jalan," celah Pak Hamid sambil menarik kerusi. Dia baru sampai semasa Meon menjawab soalan Pak Mail.

"Bomoh???"

Salam... maaf Expert Online rehat sebentar idea nk elaborate mapping buntu.. jadi saya release cerita Pawang dulu. Agak2 sahabat cerita ini bergenre apa? mohon sokongan ya :)

Share this novel

Jannah Teja
2023-10-13 03:54:58 

genre paranormal.


NovelPlus Premium

The best ads free experience