Bab 5

Spiritual Series 3086

Bab 5

"WA'ALAIKUMUSSALAM..."
Jawab Amir dan Mak Munah. Amir membasuh kukur kelapa dan disimpannya. Besen yang berisi kelapa parut itu diletakkan diatas meja dihadapan Mak Munah.

"Takpa nek.. biar Amir pergi tengok," kata Amir sebelum berjalan ke pintu depan rumahnya.

"Eh.. Pakcik Padil. Ada apa datang pagi-pagi ni?" tanya Amir terkejut apabila dia membuka pintu depan rumah neneknya.

"Pakcik nak hadiahkan barang-barang dapur ni untuk kamu dan nenek kamu. Nenek kamu ada?" tanya Pakcik Padil sambil menepuk beras dan seplastik barang-barang keperluan dapur di atas motosikalnya. Dia tersenyum melihat Amir dimuka pintu.

"Masuklah dulu Pakcik Padil. Nanti, saya panggilkan nenek," jawab Amir sambil mempelawa Pakcik Padil masuk ke rumahnya.

Padil mengangkat beras lalu diserahkan kepada Amir dan dia pula menjinjing plastik keperluan dapur ditangan kanannya sambil mengikut Amir masuk ke ruang tamu rumah itu.
"Jemput duduk ya Pakcik Padil, saya panggilkan nenek dulu," kata Amir kepada Padil.

Tak sampai lima minit Mak Munah pun sampai ke ruang tamu dengan mengenakan tudung sarung hitamnya.
"Terima kasih la Padil. Buat susah-susah ja belikan kami beras dengan barang-barang dapur tu," kata Mak Munah kepada Padil. Dia menyimpulkan senyuman terima kasih kepada tetamunya.

"Mana ada susahnya Mak Munah. Kalau takde Mak Munah siapa la yang nak mengajar ngaji anak saya Solehah dan Sofia tu," balas Padil sambil tersenyum-senyum.

"Mak Munah sihat ke?" tanya Padil lagi berbasa basi.

"Alhamdulillah.. sihat. Kalau tak sihat macam mana nak ngajar ngaji dengan menoreh Padil oi. Nasib ada si Amir tolong, kalau tak rasanya takde orang yang nak kerjakan kebun getah tu," balas Mak Munah.

"Alhamdulillah, nasib ada Si Amir tu," kata Padil pula.

"Jemput minum Pakcik Padil. Air teh O dengan biskut kering ja," ucap Amir yang baru tiba ke ruang tamu berkenaan. Dia menghidangkan secawan teh O buat tetamunya dan neneknya.

"Jemput minum Padil. Maaflah biskut kering je. Nasi lemak baru ja letak. Awal sangat kamu sampai ni Padil, kalau tak sempat la merasa nasi lemak ikan masin," jemput Mak Munah ramah.

Padil merupakan jiran sebelah rumahnya, malahan sejak ibu bapa Padil masih hidup pun hubungan mereka sangat akrab. Lagipun usia Padil hanya tua sedikit dari arwah anaknya Amirah.

Rumah Mak Munah pula hanya bersebelahan dengan surau. Dulu arwah ayahnya merupakan Bilal dikampung itu. Apabila dia berkahwin dengan suaminya arwah Samad dari kampung seberang, ayahnya berkeras meminta Mak Munah dengan suaminya tinggal disitu.

Kata bapaknya arwah Bilal Mahmud, kalau anaknya jauh nanti tiada orang nak jaga dirinya. Sebenarnya nasib Mak Munah hampir sama dengan nasib Amir cucunya. Ibu mereka berdua masing-masing meninggal ketika melahirkan mereka. Walaupun setelah pemergian arwah isterinya, Bilal Mahmud tidak ingin berkahwin lagi dan nekad untuk membesarkan anaknya sendiri.

"Alah Mak Munah, buat susah-susah ja. Saya ni pun bukan orang lain dah dengan Mak Munah ni. Kita ni dah macam saudara dah," balas Padil.

Mak Munah dan Amir hanya tersenyum mendengar kata-kata Padil. Betul cakap Padil, dulu semasa Amir habis upsr dengan keputusan yang cemerlang sepatutnya dia melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh, tetapi Amir menolak. Padil marah sungguh waktu itu, dia cakap Amir kena fikirkan masa depannya dan jangan sia-siakan peluang itu. Tapi apabila mendengar kata-kata Amir bahawa dia tak sanggup meninggalkan neneknya, Padil menjadi buntu.

Selepas itu Padil menyuruh Amir menyambung di sekolah menengah dimana Sofia dan Solehah bersekolah. Tapi Amir tetap menolaknya. Sebenarnya Amir keberatan untuk bersekolah disitu kerana faktor jarak dan kewangan keluarganya. Dia tahu hidupnya yang serba daif tak mampu untuk menampung yuran, uniform dan tambang untuk ke sekolah.

Dia sedar diri, takkan dia nak suruh Pakcik Padil berulang alik menghantar Solehah, Sofia dan dirinya ke sekolah itu yang jaraknya agak jauh. Dia tak mahu menyusahkan orang lain disebabkan kedaifan dirinya. Fikirnya waktu itu, dia lebih rela membantu neneknya menoreh getah dari pergi bersekolah setiap hari.

"Padil, ni aku nak tanya sikit. Sebenarnya apa yang terjadi semalam tu? Macam mana boleh jadi macam tu?" tanya Mak Munah kepada Padil. Wajahnya bertukar serius. Sebenarnya dia agak hairan apabila Solehah dan Sofia tidak muncul di surau semalam. Dia ingatkan kedua-dua anak Padil tu tengah 'Bercuti', tapi mustahil kalau kedua-duanya 'Bercuti' pada masa yang sama.

"Sebenarnya saya pun tak tahu Mak Munah. Selepas balik dari surau ja tiba-tiba si Fia tu tiba-tiba mendengus dan meraung kata nak balik nak balik," kata Padil. Amir hanya memasang telinganya. Dia memang tidak akan menyampuk apabila orang tua-tua bercakap. Dia hanya duduk diruang tamu itu untuk mengelakkan fitnah kepada neneknya, lagipun neneknya dengan Pakcik Padil bukanlah mahram.

"Siang tu si Sofia tu pergi mana?" Mak Munah cuba menyelidiki punca masalah.

"Pagi tu Fia dengan Leha pergi mandi air terjun dekat batu belah dengan kawan-kawannya," jawab Padil.

"Ngikut kot," simpul Mak Munah.

"Entahlah Mak Munah. Saya pun tak tahu, tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Terima kasihlah Amir, nasib Amir ada semalam. Kalau tak pecah muka Fia semalam," kata Padil kepada Amir dan Mak Munah.

"Saya hanya tolong sambut ja Pakcik Padil. Dah Sofia pengsan depan saya takkan saya nak biarkan," jawab Amir. Dia ralat apabila Pakcik Padil seolah-olah terlalu berterima kasih padanya, padahal dia hanya melakukan apa yang sepatutnya. Kalau orang lain berada dalam situasinya pasti akan melakukan hal yang sama. Fikirnya.

"Tapi saya hairan, saya nampak Fia seolah-olah hendak melarikan diri. Habis semua orang dilambungnya. Termasuk saya sekali pun kena lambung. Macam mana dia boleh pengsan lepas tu," kata Padil. Tapi dia bersyukur kerana Sofia tidak melarikan diri, kalau tidak pasti fikirannya akan lagi kusut.

"Pak Itam yang menghembusnya didepan pintu," jawab Amir selamba.

"Apa?? Pak Itam??"

Apa tanggapan Padil dan Mak Munah selepas itu selepas mendengar cerita Amir?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience