Bab 4
Amir merenung jauh ke siling biliknya. Kejadian dirumah Sofia tadi masih berputar-putar dibenaknya. Dia melihat sendiri Sofia dengan mudah melambung beberapa orang hanya mengunakan tangannya yang kurus. Kuat sekali. Adakah itu histeria? Ataupun?
Dia juga menjadi saksi terdekat apabila Sofia ingin menerjah keluar dari rumah itu tiba-tiba pengsan apabila dihembus oleh Pak Itam yang berada disebelahnya. Nasib baiklah dia sempat menahan gadis itu, kalau tidak wajah Sofia pasti pecah atau cedera jikalau tersembam ke lantai batu rumah Pakcik Padil tadi.
Sebelum Sofia pengsan tadi, Amir seolah-olah dapat melihat wajah terkejut Sofia apabila dia melihat Pak Itam. Kata-kata Sofia dengan suara garau tadi masih tergiang-ngiang ditelinganya. Adakah Sofia mengenali Pak Itam. Tapi... sememang semua orang dikampungnya memang mengenali orang tua misteri itu. Cuma wajah terkejutnya apabila melihat Pak Itam tadi sepertinya.... Siapakah Pak Itam sebenarnya?
Matanya kian layu... semakin lama pandangannya semakin mengecil. Akhirnya dia terlelap...
.............................................
Hari ini Mak Munah akan memasak nasi lemak kegemaran cucunya. Selepas pulang dari surau subuh tadi dia sudah menyuruh Amir mengupas sebijik kelapa dan mengukurnya. Amir bersemangat sekali bila diberitahu neneknya akan memasak nasik lemak untuk sarapan pagi mereka. Dia dengan pantas mengerjakan apa yang disuruh. Mak Munah hanya tersenyum melihat telatah cucunya.
Sambil dia memotong bawang dan segala kelengkapan untuk memasak tiba-tiba dia terkenangkan arwah anaknya Amirah. Airmatanya mengalir. Wajah cucunya saling tak tumpah dengan wajah arwah anaknya.
Dia sedih apabila mengenangkan nasib cucunya itu. Dia hanya mampu membiayai persekolahan cucunya setakat darjah enam sahaja. Walaupun cucunya pintar tetapi dia tidak mampu untuk mengantarnya ke sekolah menengah yang hampir dua puluh kilometer dari rumahnya. Lagipun dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membiayai persekolahan cucunya itu. Kini sudah tiga tahun Amir tidak bersekolah. Rasa bersalah atas ketidak mampuannya itu sangat sangat merundung hatinya.
"Maafkan mak Amira... Maafkan nenek Amir.. " kata Mak Munah dalam hatinya.
"Nenek.. kenapa nenek menangis," Amir menegur neneknya dimuka pintu dapur. Dia terkejut melihat neneknya mengalirkan air mata.
"Eh.. taklah. Ni tengah potong bawang ni," kata Mak Munah beralasan. Dia terkejut dengan kehadiran Amir yang memegang sebiji kelapa dibelah dua.
Amir tersenyum apabila melihat ulah neneknya. Dengan tidak melengahkan masa lagi dia mengambil pemarut kelapa dan besen kecil lalu memarut kelapa yang dibelahnya tadi.
Sambil memarut kelapa dia bertanya kepada neneknya. "Nek... Kenapa orang kampung kita ni macam membenci Pak Itam nek?"
"Entah... Nenek pun tak tahu. Tapi biasalah orang kita ni suka membawa mulut, benda yang tak ada pun selalu diadakan," jawab Mak Munah.
"Takkanlah sebab tu je orang bencikan dia. Saya tak pernah tengok pun Pak Itam buat benda yang tak elok," kata Amir lagi.
"Amir... Kadang-kadang kelebihan yang Allah beri pada kita juga menjadi ujian buat diri kita dan orang lain," kata Mak Munah.
"Kelebihan??" tiba-tiba Amir teringat akan kejadian semalam. Sofia tiba-tiba pengsan apabila ditiup oleh Pak Itam didepan rumah pakcik Padil.
"Yela.. kamu tahu berapa umur Pak Itam sekarang?" tanya Mak Munah.
"Umur Pak Itam? Tujuh puluh?" teka Amir sambil membandingkan jarak usia Pak Itam dan neneknya yang berusia lima puluhan itu. Amir memandang neneknya.
Mak Munah tersenyum. Dia tahu Amir mengunakan dirinya sebagai kayu pengukur jarak umur antara dia dan Pak Itam.
"Kalau tak silap nenek.. Pak Itam tu sebenarnya dah berusia lebih seratus tahun," jawab Mak Munah sambil memandang cucunya. Amir terkejut dengan jawapan neneknya.
"Biar betul nenek? Masakan umur Pak Itam dah lebih seratus tahun? Saya tengok dia sihat je. Setiap waktu pergi ke surau," jawab Amir dengan nada terkejut.
"Ye.. Masa nenek kecil-kecil dulu pun Pak Itam sudah kelihatan tua dah seperti sekarang. Kalau kamu nak tahu Pak Itam tu dulu Imam dikampung kita tahu. Dengan dialah nenek belajar mengaji Al Quran," kata Mak Munah.
Mata Amir terbuntang luas. Dia terkejut dengan cerita neneknya itu. Kalau betul apa yang diceritakan oleh neneknya maka umur Pak Itam sebenarnya dua kali ganda umur neneknya.
"Jadi betullah orang kata Pak Itam bela hantu?" tanya Amir mengagak kenapa Pak Itam boleh berumur panjang.
"Ish.. Tak baik cakap macam tu. Kalau betul tu dah jadi ghibah, kalau salah tuduhan tu ia akan jadi fitnah. Amir nak makan daging sedara sendiri ke?" nasihat Mak Munah kepada cucunya.
"Err... Taknak," jawab Amir apabila mengingatkan akan dosa orang mengumpat dan memfitnah.
"Jadi.. " sebelum habis Amir menghabiskan soalannya Mak Munah mencelah.
"Bila Allah berkehendakkan akan sesuatu maka jadilah. Allah memberikan umur yang panjang dan tubuh yang sihat buat Pak Itam. Itu merupakan kelebihan buat Pak Itam dan ia juga menjadi ujian buat dia dan kita semua. Amir faham tak?" ujar Mak Munah. Amir hanya mengangguk angguk kepalanya.
"Hurm... Betul juga. Kalau Pak Itam bela hantu masakan tiap-tiap waktu Pak Itam bersolat disurau," kata Amir. Kelapa ditangannya sudah habis diparut.
"Tahu pun Amir," Mak Munah tersenyum dengan jawapan Amir.
"Nek.. tahu tak semalam sewaktu Sofia....
"ASSALAMUALAIKUM..."
Terdengar suara melaungkan salam dari luar rumah. Mak Munah dan Amir saling berpandangan.
100 tahun? Apa Rahsia Pak Itam? Siapa sebenarnya Pak Itam? Siapakah pula yang datang?
Share this novel