Chapter 5

Romance Completed 7325

"Okey apa aktiviti aku hari ini?"Tanya Raizil.
"Hari ini boss perlu melawat tapak pembinaan dan.."belum sempat Rania menghabiskan cakap dia terasa mual dan terus berlari ke bilik air.
"Dah kenapa dengan dia ni?"Raizil pelik.

Rania duduk kepenatan di atas kerusinya.Dia berasa sungguh letih setelah muntah tadi.Dia bangun lalu masuk ke bilik Raizil untuk menyambung kerjanya tadi.

"Dan itu sahaja untuk hari ini boss."Rania memberitahu tanpa memandang Raizil.
"Kau kenapa muka pucat je aku tengok."Tanya Raizil.
"Tak ada apa-apa.Saya keluar dulu."Jawab Rania lalu keluar dari bilik Raizil.

Raizil pelik dengan sikap Rania hari ini.Di juga lihat muka Rania yang pucat.Demamkah gadis itu?Dia berasa kasihan pula dengan Rania.Tapi cepat-cepat membuang rasa itu.

Rania pergi ke klinik setelah habis waktu kerjanya.Dia berdebar menunggu keputusan air kencing.
"Tahniah puan disahkan mengandung 4 minggu."Beritahu doktor oerempuan itu.
"Saaa..saayaa mengandung?"Rania gugup.
"Yee puan.Boleh saya tahu dimana suami puan?"Tanya doktor itu.
"Suami saya berada di overseas sekarang."Bohong Rania.
"Kalau begitu puan dinasihatkan tidak melakukan kerja yang berat ye."Pesan doktor itu.
"Baik."Jawab Rania.

Rania berkurung dalam biliknya.Dia mengenangkan nasib anaknya yang berada di dalam perut.Dia harus beritahu Raizil tentang ini.Dia mahu Raizil bertanggungjawab.

"Saya mengandung.Saya nak awak bertanggungjawab."Baritahu Rania.
"Heyy kau jangan nak menipu akulah.Takkan baru buat sekali terus mengandung.Tak logik langsung ke kau nak bolot harta aku?!"Tanya Raizil.
"Nah ni buktinya."Rania menunjukkan surat doktor.
"Entah anak siapa yang kau mengandung kau tuduh aku pulak."Dalih Raizil.
"Awak ingat saya jenis perempuan macam mana?!Awak dah rosakkan hidup saya sekarang awak tak mahu bertanggungjawab pula."Jerit Rania.
"Heyy kau keluar dari bilik aku sekarang!!Keluarrr!!!"Jerkah Raizil.

Rania terus keluar dari bilik Raizil.Rania mengemas barang-barangnya dan keluar dari pejabat itu dan terus pulang ke rumah.Rania menangis sepuas-puasnya.Dia tidak tahu bagaimana kehidupanmya selepas ini.

"Rania kenapa sayang?Bukan pintu ni.Mama ada berita gembira untuk Rania."Panggil mamanya.
"Sekejap ma."Ranka bingkas buka pintu.
"Kenapa menangis anak mama ni?"Tanya puan sri Khalida.
"Tak ade apalah mama.Berita gembira apa mama?"Tanya Rania.
"Ni ada surat sampai untuk Rania.Cubalah buka."Puan sri khalida terus keluar dari bilik anakya.

Rania membaca surat itu dengan senyuman.Akhirnya impiannya akan tercapai.Dia akan pergi ke london untuk menyambung pelajarannya sekaligus dapat jauhkan diri dari Raizil.Dia perlu berkemas dengan segera kerana esok petang dia perlu berangkat ke london.

"Papa esok papa tolong sediakan duit sepuluh ribu dan hantarkan sekali dengan surat berhenti kerja di pejabat Rania boleh?"Pinta Rania.
"Boleh sayang."Jawab papanya.
"Semua dah siap kemas ke Nia?"Tanya mamanya.
"Sudah mama.Nanti dekat sana mama dan papa jangan datang jenguk Rania tau."Beritahu Rania.
"Kenapa pula?"Tanya mamanya.
"Alaa biar la Nia berdikari.Lagipun nanti kalau mama dan pala pergi sana nanti Nia jadi rindu."Bohong Nia.

Mama dan papanya hanya tersenyum.Rania rasa dengan cara ini mama dan papanya tidak akan tahu bahawa dia mengandung.Nanti lepas dia bersalin pandailah dia beritahu mama dan papanya.Walaupun dia terpaksa berbohong dia tahu ini jalan yang terbaik.

Raizil duduk di balkoni biliknya.Dia berasa gundah apabila mengetahui Rania mengandung.Silap dia juga kerana tidak memakai alat perlindung dulu.Tapi dia berasa bersalah kerana anak yang Rania kandungkan itu adalah anaknya.Perlukan dia berkahwin dengan Rania?Ahhh tak perlu biarkan saja budak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience