Chapter 3

Romance Completed 7325

Setelah 3 bulan bekerja sebagai PA Raizil,Rania berasa selesa dengan lelaki itu kerana Raizil bukan seorang boss yang banyak kerenah.Selain itu hubungannya dengan Raizil makin rapat kerana mereka menyukai antara satu sama lain.Ketika Raizil memberitahunya bahawa Raizil menyukainya dia teragak-agak untuk terima tetapi apabila melihat kesungguhan Raizil,Rania terbuka hati untuk terima.Walaupun umurnya baru 19 tahun dan Raizil 24 tahun itu tidak menjadi penghalang.

"Hari ini boss tidak ada perjumpaan dengan sesiapa."Beritahu Rania.
"Okey."Raizil menjawab sambil memandang komputernya.
"Saya keluar dulu."Jawab Rania.
"Nia nanti lepas kerja kita pergi makan malam nak?"Tanya Raizil.
"Boleh.Nanti awak bagi saya alamatnya."Jawab Rania.
"Ehh saya ambil awak dekat rumah awak sajalah."Pelawa Raizil.
"Takpe saya naik teksi pergi sana."Jawab Rania.
"Jangan macam tu.Biarlah saya ambil awak."Raizil berdegil.
"Kalau macam tu kita batalkan sajalah makan malam ni."Rania bertegas.
"Okeylah nanti saya beri alamatnya.Jangan tak datang pulak saya ada kejutan untuk awak."Beritahu Raizil.
"Okey."Rania menjawab kegirangan.

Raizil berpakaian kemas dan menyembur minyak wangi pada bajunya.
Dia lega apabila Rania terima pelawaannya untuk makan malam.Kalau Rania tidak terima habis rosak kejutan yang dia akan lakukan.

Rania berpakaian cantik pada malam itu.Dia tidak sabar untuk bertemu Raizil.Hatinya berbunga-bunga apabila berjumpa Raizil.Siapa yang tidak akan jatuh cinta dengan lelaki sekacak Raizil yang mempunya lesung pipit pada kedua belah pipinya dan mempunyai hidung yang mancung kulit yang putih serta tinggi.Nasib baik malam ini mama dan papanya tiada kerana pergi menjenguk neneknya di kedah.

"Maaf saya lambat."Sapa Rania.
"Tak apelah.Awak nak order apa?Tanya Raizil smbil memanggil pelayan.
"Sekejap saya pilih menu."Jawab Rania.

Selepas mereka memesan makan dan minum Raizil bangun dari kerusinya.

"Awak nak pergi mana?"Tanya Rania.
"Saya nak pergi tandas sekejap."Jawab Raizil.

Rania termenung sementara menunggu Raizil sambil memikirkan kejutan yang akan diterimanya.

"Jauh termenung."Raizil senyum memandang Rania.
"Tak adalah.Kejutan apa yang awak nak buat dekat saya?"Tanya Rania.
"Sabarlah.Awak minum dulu air tu."Raizil tersenyum.
"Baiklah."Rania menyedut airnya.

Mereka berbual dengan gembira sambil menunggu makanan tiba.Air Rania hampir habis kerana menunggu makanan.
"Saya nak pergi tandas sekejap."Pinta Rania.
"Okey."Jawab Raizil.

Semasa Rania hendak bangun kepalanya terasa berpusing menyebabkan di terdududuk kembali.Raizil lantas mendapatkan Rania dan membawa Rania pulang.

Rania membuka matanya sambil memegang kepalanya.Dia pelik melihat ruangan bilik yang tidak dikenalinya.Dia hendak berdiri tetapi terasa ada tangan yang memeluk pinggangnya.

"Ya Allah apeni!!!"Rania menjerit lalu turun dari katil sambil membalut tubuhnya dengan selimut.
"Apa benda yang kau terjerit ni!??"Tanya Raizil.
"Awak buat apa dekat saya?"Rania menangis.
"Tak buat apapun.Aku buat kejutan dekat kau la ni."Jawab Raizil sambil bangun menggapai bajunya.
"Sampai hati awak buat saya macam ni Raizil."Rania menangis sambil memeluk kakinya.
"Kau malukan aku depan orang ramai dulu dan sekarang kau terima balasannya."Jawab Raizil lalu keluar dari apartmentnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience