Chapter 13

Romance Completed 7325

"Awak tak menyesal ke kahwin dengan saya?"Tanya Rania.
"Kenapa Nia tanya macam tu?"Raizil pelik.
"Boleh tak jawab bila saya tanya."Rania memandang Raizil.
"Kenapa abang nak menyesal?Abang cintakan Nia dari dulu lagi dan sekarang peluang abang untuk buktikan cinta abang pada Nia."Luah Raizil.
"Okey."Rania berdiri menghadap tingkap.
"Kenapa Nia tanya?"Soal Raizil.

Rania hanya diam.Dia pun tidak tahu kenapa dia bertanyakan soalan itu kepada Raizil.Raizil memeluk Rania dari belakang.Raizil terbau wangian dari leher Rania.Tiba-tiba Raizil tidak dapat menahan nafsunya.Nafasnya tidak terkawal.Rania perasan Nafas Raizil tidak teratur tetapi dia hanya diam.Jika Raizil inginkan dia menjalankan tugasnya sebagai isteri dia harus akur.Rania berpaling dan menghadap Raizil lalu tersenyum.Malam itu kebahagiaan antara mereka terlakar.

Rania terjaga dari tidurnya.Dia melihat wajah Raizil yang sedang tidur.Dia merasakan dia semakin sayang kepada suaminya.Dia teringat perbualannya dengan mamanya dua minggu lepas.

"Nia bahagia?"Tanya mamanya.
"Alhamdulillah bahagia ma."Rania tersenyum untuk menutup bohongnya.
"Nia tunaikan semua tanggungjawab Nia kan?"Soal mamanya lagi.
"Hmm..Nia buat ma."Rania melarikan matanya apabila bertembung dengan mata mamanya.
"Ingat Nia kalau suami minta apapun kita sebagai isteri perlu taat.Kalau tidak taat berdosa besar Nia."Kata mamanya.
"Ya ma Nia tahu."Jawab Nia.

"Niaa.."Panggil Raizil.
"Hmmm."Sahut Nia.
"Terima kasih."Raizil tersenyum.
"Maafkan Nia untuk semua kesalahan Nia."Rania memandang Raizil.
"Nia tak ada salah pun dengan abang.sudah pergi mandi lepas itu kita solat subuh ye."Raizil bingkas bangun dan mandi.

Widad berjalan dengan pantas kerana sudah lambat untuk berjumpa dengan doktor.Dalam kekalutan itu dia terlanggar dengan seseorang.

"Maafkan saya."Widad meminta maaf.
"Maafkan saya juga sebab jalan tak tengok depan."Kata lelaki itu.

Mereka memandang antara satu sama lain.Lelaki itu terpana melihat kecantikan Widad.Widad terus meminta diri kerana sudah lewat.

"Cik nama cik siapa?"jerit lelaki itu.
"Nur Raisya widad."Widad tersenyum.

Razin tersenyum keseorangan apabila sedang duduk dibiliknya.Pintu biliknya diketuk menandakan ada orang.

"Haii Zin senyum meleret je..Ada apa-apa ke?"Tanya Rania.
"Tak ada apelah Fiya..Zin teringatkan seseorang je."Beritahu Razin.
"Wahhh siapa orang yang bertuah tu?"Tanya Rania.
"Rahsia."Razin tersenyum.
"Rahsia pun rahsia la janji Zin bahagia."Jawab Rania.
"InsyaAllah Fiya.."Razin tersenyum lagi.
"Sudah la Zin..Asyik tersenyum je dari tadi..Fiya balik dulu okey."Rania berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience