Chapter 14

Romance Completed 7325

Rania tersenyum apabila dia disahkan mengandung 5 minggu.Dia sudah menjangkakan kerana dia lewat datang bulan dan selalu berasa penat.Tapi kali ini alahannya tidak teruk mungkin kerana masih awal.Dia perlu beritahu Raizil.Rania turun ke bawah dan melihat keluarganya dan keluarga Raizil sedang bersembang.

"Bersembang apa ni serius je Nia tengok?"Tanya Rania.
"Nia..Kami dah tahu semua cerita Nia."Baritahu mama Rania.
"Cerita apa ma?"Tanya Rania sambil memandang semua orang.
"Wahida tolong beritahu Nia."Pinta puan Sri Khalida.

Puan sri Wahida menceritakan apa yang Raizil ceritakan kepadanya 5 tahun lepas.Dia tidak sangka bahawa Rania Safiya yang Raizil ceritakan dahulu tetapi dia senang hati kerana Raizil dapat menebus kesalahannya.Widad pula menceritakan yang dia juga mengetahui tentang itu dan perkara itu menyebabkan dia kemalangan.Selepas Widad berjumpa dengan Tan sri Hakim dia terserempak dengan Zack rakan Raizil.Zack menceritakan segalanya dan Widad berasa bersalah kepada Nia hingga kemalangan.

"Mama dan papa tahu cerita ini 5 tahun lepas ketika Raizil berjumpa kami."Beritahu Puan sri Khalida.
"Apa?Mama dah tahu lama dah?"Rania terduduk.
"Raizil datang minta maaf kepada mama dan papa.Kami mula-mula ingin report polis tapi kami fikir itu akan mengganggu Nia.Jadi kami tunggu Nia bersalin dulu dan habiskan belajar baru kami nak tanya Nia."Kata puan sri Khalida.
"Jadi abang dah tahu la masa tu Nia dekat london ma?"Tanya Nia.
"Tak.Raizil merayu suruh mana beritahu Nia kat mana tapi kami tak beritahu."Jawab puan sri Khalida.
"Nia..mana anak Nia dan Raizil?"Tanya puan sri khalida lagi.

Tanpa menjawab Rania berlari naik ke biliknya.Dia menangis dibiliknya.Kenapa Raizil menceritakan kejadian itu kepada mereka.Dia cuba menutup kejadian itu daripada diketahui oleh mereka.Raizil masuk ke dalam bilik.

"Sayang..sayang okey ke?"Tanya Raizil.
"Awak ni memang tak guna!!!."Jerkah Rania.
"Sayang kenapa ni?Salah ke abang ceritakan kejadian tu?Sayang mereka berhak tahu."Beritahu Raizil.
"Bayangkan kalau kita tak kahwin awak rasa macam mana perasaan mereka?"Tanya Rania.
"Abang terfikir pun macam tu..Tapi masa tu abang fikir mana cari sayang je."Jawab Raizil.
"Awak memang tak pernah fikir sebab tu kejadian tu boleh berlaku."Jawab Rania sinis.

Rania terus mengemas pakaiannya ke dalam bagasi.Dia mengambil semua barang keperluannya.Dia tidak tahu mengapa dia terlalu emosi tetapi dia tidak boleh melihat muka Raizil.

"Sayang nak pergi mana ni?"Tanya Raizil.
"Saya tak boleh tengok muka awak."Jawab Rania.
"Sayang tolong jangan tinggalkan abang..Cukup 5 tahun sayang tinggalkan abang."Raizil menangis.
"Salah siapa?"Rania terus turun ke bawah bersama bagasi.
"Mama Nia nak duduk rumah mama."Beritahu Rania.
"Kenapa ni Nia?"puan sri khalida pelik melihat muka Rania yang kemerahan.

Rania terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta papanya.Raizil turun ke bawah dengan muka yang muram.

"Raizil kenapa ni?"Tanya Puan sri khalida.
"Ma jaga Nia elok-elok ye ma."Pinta Raizil.
"Abang kenapa ni?Abang okey?Ke sebab kami Nia jadi macam ni?"Tanya puan sri Wahida.
"Abang nanti adik pujuk Nia ye?"Tanya Widad.
"Bagilah Nia tenang dulu.Tolong jangan ganggu dia."Pinta Raizil.

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja Raizil pasti akan pergi ke rumah mertuanya bersama bunga ros tiga kuntum untuk memujuk Rania.Walaupun setiap kali dia datang Rania sentiasa berkurung di bilik Raizil tidak berputus asa.Rania mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan kerana emosinya tidak stabil dan alahannya yang baru datang.Tiada siapa yang tahu bahawa kandungannya mencecah usia 8 minggu.

"Niaa..Kenapa tak bukak pintu Raizil datang tadi?"Tanya puan sri khalida.
"Maa..Nia tolong maa Nia tak mahu bincang hal ni."Jawab Rania.
"Rania nak dengar cerita mama tak?"Tanya puan sri khalida.Rania hanya diam lalu puan sri khalida meneruskannya.
"Lepas Raizil cerita dekat mama dan papa apa yang telah dia buat dekat Nia mama dan papa benci sangat dekat dia.Tapi hari-hari Raizil datang minta maaf tanpa jemu walaupun mama dan papa tak bukak pintu.Dia pasti akan tunggu selama satu jam dan balik.Lama-lama mama dan papa kasihan melihat Raizil dan kami maafkan dia.Selepas itu Raizil akan datang kesini setiap hujung minggu melawat mama dan papa.Jadi terubat rindu kami dekat Nia sebab Nia kan tak kasi mama dan papa melawat Nia."Cerita puan sri Khalida.
"Jadi apa yang mama nak sampaikan dekat Nia?"Tanya Nia.
"Mama nak sampaikan yang Raizil ni seorang yang ikhlas,bertanggungjawab dan kita kena hargai dia."Tan sri Khalid menyampuk.
"Cuba papa dan mama berada di tempat Nia mesti mama dan papa tak boleh terima."Beritahu Rania.
"Niaa..pada mulanya kami rasa marah dekat Nia sebab tipu kami tapi Raizil pujuk papa dan mama untuk terima Nia dengan baik sebab Nia tak salah apa."Kata Tan sri Khalid.

Rania hanya diam dan terus ke biliknya.Petang itu Raizil singgah di rumah mertuanya untuk memujuk Rania.Dia mengetuk pintu bilik Rania kerana dia tahu Rania pasti mengunci biliknya.Tapi Raizil cuba memulas tombol pintu bilik dan pintu bilik terbuka.Raizil terus masuk ke dalam bilik.

"Assalamualaikum..Sayang.."Panggil Raizil.
"Waalaikumusalam..Abang.."Rania menangis lalu memeluk Raizil.
"Kenapa ni?"Tanya Raizil.
"Sayang minta maaf.Sayang tahu banyak dosa sayang dekat abang."Rania menangis.
"Sudah..Abang nak kita bahagia je sekarang."Jawab Raizil.
"Abang.."Panggil Rania manja.
"Ye sayang."Jawab Raizil.
"Nia nak makan pizza la."Beritahu Rania.
"Amboi ingatkan nak minta benda lain tapi minta pizza je?"Tanya Raizil.
"Apa benda lain tu?"Soal Rania.
"Yela kesian dekat abang tidur malam tak lena sekarang."Raizil buat muka sedih.
"Malam nanti la."Muka Rania merah.
"Malam lambat lagi la sekarang la."Raizil cuba mengusik.
"Sekarang anak abang ni lapar pizza."Rania memegang perutnya.
"Aaa..apa?Anak abang?Sayang mengandung ke?!"Raizil terkejut.
"8 minggu dah."Rania tersenyum.
"Alhamdulillah.Dah jom kita pergi makan pizza."Ajak Raizil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience