Chapter 9

Romance Completed 7325

Raizil duduk di bangku tepi hospital.Dia yakin perempuan tadi Nia.Tak mungkin dia boleh lupa wajah Nia.Tapi kenapa lelaki tadi panggil Fiya.Raizil mengeluh kerana penat memikirkan hal itu.

"Adik hari ni adik dah boleh balik rumah."Beritahu Raizil.
"Yeke abang?Wah tak sabarnya adik nak balik."Widad tersenyum.
"Haa tapi dekat rumah adik kena jaga makan tau."Raizil mencuit hidung adiknya.

Raizil menolak kerusi roda Widad.Tapi Widad meminta abangnya menyinggah di bilik doktor untuk bertemu rakannya.Ketika menunggu Raizil pergi ke tandas.

"Ehh Widad..Kenapa tak duduk kat atas katil?"Tanya Rania.
"Aku dah boleh balik la Nia.Tak larat la aku asyik baring je."Jawab Widad.
"Laa yeke.hahaha alhamdulillah boleh balik dah.Nanti aku pergi melawat kau dekat rumah pulak ye."Nia memeluk Wdad.
"Adik..Dah ke?"Sampuk Raizil.
"Hah Nia..Nilah abang aku..Kau ingat tak kejadian dekat Cafe tu?."Widad tersenyum.
"Ouh yeke..Okeylah Widad aku kena pergi ni nanti kita jumpa lagi."Rania terus berlalu.

Raizil melihat Rania pergi dengan tergopoh gapah.Dia tidak sangka Rania sekarang bergelar doktor.Hatinya sedikit tenang apabila mengetahui wanita itu Rania.Selepas ini dia pasti akan menawan hati Rania kembali.

Rania berjalan dengan laju menuju ke tandas.Dia tidak boleh berhadapan dengan Raizil.Jadi Raizil bukan suami Widad entah mengapa hatinya sedikit tenang.Mungkin dia risaukan Widad saja bukan tentang Raizil.

"Adik..Nia tu makin cantik kan?"Raizil bertanya sambil memandu.
"Haah la abang.Dia nampak lagi cantik dari dulu dan adik gembira dia berjaya menjadi doktor."Widad tersenyum.
"Bodohnya aku lepaskan dia dulu."Raizil berbisik kecil.
"Abang kata apa?"Tanya Widad.
"Mana ada apa-apa."Raizil memandang ke arah jalan.
"Abang suka dekat Nia ke?Kalau suka adik boleh tolong."Widad mengenyit mata.
"Tak adalah.."Raizil cuba menutup rasa hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience