Chapter 8

Romance Completed 7325

Rania bergegas ke dewan bedah untuk melakukan pembedahan.Kali ini dia perlu fokus kerana ada nyawa yang perlu dia selamatkan.Setelah 4 jam pembedahan dilakukan akhirnya pesakit berjaya diselamatkan.Rania berjalan keluar dari dewan bedah dan kedua ibu bapa pesakit meluru kepadanya.
"Doktor bagaimana anak saya?"Tanya wanita itu.
"Alhamdulillah keadaan pesakit normal dan dia akan sedar dalam beberapa jam sahaja."Jawab Rania.

Ketika baru ingin berjalan dia berpatah kembali.

"Aunty wahida?"Tanya Rania
"Ye saya.Kenapa doktor?"Tanya puan sri Wahida.
"Ingat Saya tak?Rania."Jelas Rania.
"Ya Allah Nia..Nia dah jadi doktor sekarang.Patutlah lama tak datang rumah aunty."Jawab puan sri wahida.
"Alhamdulillah cita-cita Nia tercapai aunty."Beritahu Rania.
"Terima kasih Nia sebab selamatkan Widad."Puan sri Wahida memeluk Nia.
"Sama-sama aunty.Macam mana Widad boleh kemalangan aunty?"Tanya Rania.
"Aunty pun tak tahu Nia."Jawab puan sri Wahida.
"Okeylah aunty.esok kita jumpa lagi ye."Nia terus berlalu.

Raizil bergegas ke hospital apabila mengetahui adiknya terlibat dalam kemalangan.Kalau dia tahu begini jadinya pasti dia bawak adik dia tadi berjumpa dengan Tan sri Hakim.Raizil meluru ke arah mama dan papanya yang sedang menunggu di luar dewan bedah.

"Maa..paa macam mana keadaan adik?"Tanya Raizil cemas.
"Alhamdulillah semua dah selesai sekarang tunggu adik dimasukkan ke dalam wad."Jawab mamanya.
"Alhamdulillah.Raizil nak ke surau dulu ni nak solat isyak."Beritahu Raizil.

Setelah Nia selesai berdoa dia bertelengku di atas sejadah.Dia terasa rindu kepada mama dan papanya tapi dia terlalu sibuk dengan kerja.Nia mencabut telekung dan tidur kerana esok dia perlu bekerja.

Raizil baring di atas katil.Dia rasa bersalah kerana adiknya kemalangan.Pada masa yang sama dia teringatkan Nia.Raizil tertidur setelah kepenatan.

"Abang bangun abang..Subuh dah ni."Panggil puan sri Wahida.
"Hmmm..sekejap la maa."Sahut Raizil.
"Tengok tu kenapa hari ni liat sangat nak bangun?Cepat la nanti nak pergi tengok adik."Arah mamanya.
"Yelahh."Raizil bangun mengambil wudhuk.

Raizil tersenyum ke arah adiknya yang baru sedar.Mama dan papanya tidak datang lagi kerana ada hal yang perlu diselesaikan.

"Maafkan abang..Kalau abang bawak princess abang ni mungkin princess tak kemalangan."Raizil memegang tangan adiknya.
"Tak apelah abang..Nak buat macam mana...Yang penting princess abang ni selamat dan abang boleh tengok muka ni setiap hari lagi."Jawab Widad.
"Yela..Tapi abang takut sangat kehilangan satu-satunya adik abang ni."Air mata Raizil mengalir.
"Alololo abang ni cengeng la."Widad menyapu air mata abangnya.

Setelah Rania siap memeriksa setiap pesakitnya dia berjalan ke arah bilik Widad untuk melawat kawan baiknya itu.Ketika dia ingin membuka pintu dia terdengar suara lelaki sedang bersembang dengan Widad.

"Maafkan abang..Kalau abang bawak princess abang ni mungkin princess tak kemalangan."Raizil memegang tangan adiknya.
"Tak apelah abang..Nak buat macam mana...Yang penting princess abang ni selamat dan abang boleh tengok muka ni setiap hari lagi."Jawab Widad.

Rania terus menutup kembali pintu dan masuk ke dalam biliknya.
Dia duduk atas kerusi dengan air mata yang mengalir di pipinya.Walaupun dia hanya melihat belakang badan lelaki itu tapi dia siapa lelaki itu.

"Raizil.."Rania menyebut nama yang lama dibuangnya.

Rupanya lima tahun dia pergi ke london banyak yang dia tidak tahu mengenai kawan baiknya.Tidak sangka Widad sudah berkahwin dengan Raizil.Perasaan Nia bercampur baur.Dia pasti hatinya hanya untuk Razin tapi kenapa dia sedih apabila mengetahui Raizil berkahwin dengan kawan baiknya.

"Fiyaa."Razin memanggil Rania.
"Ehh Zin.."Rania mengelap air matanya.
"Kenapa termenung je dari tadi?"Tanya Razin.
"Saja."Rania hanya tersenyum.
"Hari ni tak ada pembedahan ke?"Tanya Razin.
"Tak tahu lagi la Zin."Jawab Rania.
"Okeylah kalau macam tu.Zin nak kena check pesakit Zin ni.Zin pergi dulu sweetheart."Razin melambai tangan.
"Baikk."Rania hanya mengangguk.

Rania melihat buku pesakitnya dan bangun untuk pergi melawat Widad.

"Widad!!!."Rania menjerit kecil.
"Niaaa!!"Widad tersenyum.
"Macam mana okey tak?"Tanya Rania.
"Alhamdulillah..okey dah."Jawab Widad.
"Kau sekarang kerja apa Widad?"Tanya Rania.
"Aku kerja dengan abang aku la sekarang."Jawab Widad.
"Abang?Kau ada abang ke?Kenapa aku tak pernah tahu ni."Rania pelik.
"Haaa ni yang aku nak cerita dekat kau..Kau ingat tak

Belum sempat Widad bercerita seorang nurse datang ke arah mereka dengan kelam kabut.

"Doc Kita ada kecemasan!!"Kata nurse itu.

Rania tanpa menunggu terus berlari ke dewan bedah untuk menjalankan pembedahan.Widad terkejut apabila mengetahui kawan baiknya itu telah menjadi seorang doktor dan berjaya mencapai cita-citanya.

Setelah selesai pembedahan Rania terus ke surau untuk solat maghrib.Walaupun dia keletihan kewajipan pada yang esa harus ditunaikan.Setelah siap solat Rania keluar dari surau dan berjalan tanpa memandang hadapan.Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.

"Auchhh.."Jerit Rania.
"Maaf...sakit tak kepala awak?"Tanya lelaki itu.
"Tak ape..saya yang patut minta maaf."Jawab Rania lalu mendongak ke arah lelaki itu.
"Niaa.."Raizil menyebut namanya.

Mulut Rania bagai terkunci apabila Raizil mengecam wajahnya tapi Rania perlu mencari alasan untuk mengelakkan diri.Nasib Rania sangat baik apabila Razin memanggilnya.

"Fiyaa!!."Panggil Razin.
"Zin.."Rania melambai tangan ke arah Razin.
"Maaf encik saya pergi dulu."Nia terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience