Chapter 11

Romance Completed 7325

"Aku terima nikahnya Nur Rania Safiya binti Khalid dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz Rania sah bergelar isteri kepada Raizil.Air mata Raizil mengalir ketika mengungkapkan ijab dan qabul.Raizil sedar sekarang tanggungjawabnya semakin berat tetapi dia perlu berani.

"Cium tangan suami sayang."Tegur mama Rania.
"Lama sikit nak ambil gambar ni."Kata photographer itu.

Setelah siap majlis akad nikah mereka menukar pakaian untuk majlis resepsi di dewan.Rania rimas apabila perlu bergambar dan perlu menyentuh badan Raizil.Tetapi jauh di sudut hati Rania dia berasa sedih kerana terpaksa menyakitkan hati Razin.

"Zin..Fiya nak nikah.."Rania menunduk.
"Boleh je nanti Zin jumpa mama dan papa Fiya."Jawab Razin sambil tersenyum.
"Zin..bukan Fiya ajak nikah tapi Fiya nak kasi tahu yang Fiya akan menikah minggu depan."Rania memandang Razin.
"Dengan siapa Fiya?"Tanya Razin.
"Ayah kepada arwah anak Fiya."Jawab Rania.
"Kenapa Fiya terima dia lagi Fiya?"Tanya Razin.
"Fiya rasa ini yang terbaik dan Fiya rasa akan ada orang lain dapat bahagiakan Zin."Jelas Rania.
"Tiada siapa selain Fiya yang boleh bahagiakan Zin."Jawab Razin.
"Zin..Fiya tak sempurna Zin."Rania menangis.
"Fiya kenapa perlu ungkit perkara tu?Zin terima Fiya seadanya."Beritahu Razin.
"Zin..Carilah orang lain.Maafkan Fiya sebab buat Zin tertunggu-tunggu selama ini."Rania berjalan meninggalkan Razin.

"Nia.."
Nia menoleh ke arah Raizil dan melihat Raizil tersenyum manis ke arahnya.Rania tidak membalas senyuman itu.Rania menyikat rambutnya di hadapan cermin.Tiba-tiba Raizil memeluk tubuhnya dari belakang.

"Apani??!"Rania menolak tangan Raizil.
"Abang rindu dekat Nia sangat-sangat."Raizil berbisik di telinga Rania.
"Lepaskan saya boleh tak?Jangan buat saya bertambah benci dekat awak."Rania berang.
"Nia sampai bila Nia nak marah abang?Tolong lupakan kisah silam kita..Abang nak kita bina kehidupan yang baru."Raizil melepaskan pelukan.
"Dah la saya nak tidur penat."Rania terus baring di atas katl.

Raizil menutup suis lampu dan bering disebelah Rania.Dia memeluk pinggang Rania.

"Awak ni kenapa?"Tanya Rania.
"Abang janji abang takkan buat apa-apa selagi Nia tak maafkan abang tapi setiap malam kalau tidur abang mesti peluk Nia tau."Jelas Raizil.

Rania hanya diam dan terus tidur.Raizil lega kerana Nia tidak menolak kerana dengan cara ini dia dapat menghilangkan rasa rindunya pada Nia.

"Selamat pagi pengantin baru."Widad tersengih.
"Ahh kau Widad..Banyak la pengantin baru.."Jawab Nia.
"Mata sembab je aku tengok.Haaa kau buat apa malam tadi?"Widad cuba mengusik.
"Apa kau mengarut ni Widad.Nak kena kau ni."Rania terus menggeletek Widad kerana dia tahu Widas tak tahan geli.
"Amboiii seronok nampak dua orang kawan baik ni."Sampuk Raizil.
"Seronok laa sebab kawan baik jadi kakak ipar.Haa abang Widad nak tanya ni."Widad memandang Raizil.
"Nak tanya apa adik?"Raizil pelik.
"Abang buat apa kat dengan Nia semalam sampai mata Nia sembab?"Widad mengusik abangnya.

Raizil memandang Rania dan melihat pipi Rania kemerahan.Raizil hanya tersenyum dan menggeleng kepalanya lalu pergi ke meja makan.Dia menunjukkan muka geram kerana Raizil tidak berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience