Chapter 2

Romance Completed 7325

Setelah siap solat subuh Rania terus bersiap kerana hari ini merupakan hari pertamanya bekerja.Dia mengenakan baju kurung ungu dengan tudung yang sesuai.Jelas terpancar kecantikkan Rania dengan kulitnya yang putih gebu dan mempunyai hidung yang mancung serta bibir yang munggil.

"Assalamualaikum encik Raizil."Rania bangun seraya memberi salam kepada bossnya.
"Waalaikumusalam."Raizil menjawab sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Rania terus masuk kedalam bilik bossnya untuk memberitahu jadual bossnya hari ini.

"Itu sahaja untuk hari ini encik."Rania memberitahu Raizil.
"Okey terima kasih Rania."Jawab Raizil.

Rania keluar untuk menyambung kerjanya.Dia tersenyum kerana bossnya tidak melayannya dengan teruk akibat kejadian dulu.Mukanya kemerahan kerana malu dengan sikapnya terhadap bossnya ketika itu.

Rania sekejap lagi awak ikut saya pergi berjumpa Tan sri khalid."Baritahu Raizil lalu masuk kebiliknya.
"Alamak papa aku ke tu?Ahh mungkin orang lain kot."Rania bercakap dalam hati.

Rania dan Raizil menunggu Tan sri khalid tiba.Rania sebenarnya tidak selesa berduaan dengan Raizil kerana Raizil sering merenungnya.
"Assalamualaikum..Maafkan uncle lambat."Sapa Tan sri khalid.
"Waalaikumusalam..Tak apalah Tan sri saya faham.Jawab Raizil.
"Janganlah panggil Tan sri..Panggil saja uncle."Tegur Tan sri khalid.

Tan sri khalid terpandang Rania dan ingin mengatakan sesuatu tetapi Rania memberi isyarat kepada Tan sri khalid supaya diam.

"Papa kamu sekarang buat apa?"Tanya Tan sri khalid.
"Lepas saya mengambil alih syarikat ni papa sibuk dengan team golfnya saja."Jawab Raizil.
"Biasalah tu.Baguslah kamu ambil alih tempat papa kamu.Diapun bukannya muda lagi.Uncle ni pun tak tahu bila anak uncle nak ambil alih tempat uncle."Tan sri khalid memandang Rania.

Setelah selesai bertemu dengan Tan sri khalid,Raizil membawa Rania makan tengah hari di cafe yang berdekatan dengan pejabatnya.

"Orderlah apa yang awak mahu."Raizil memberitahu.
"Tak apelah.Saya tak lapar lagi."Jawab Rania.
"Makanlah nanti awak tak boleh buat kerja sebab lapar."Raizil menunjukkan sikap prihatinnya.
"Baiklah."Jawab Rania.
"Awak tinggal dimana Rania?"Tanya Raizil.
"Saya tinggal di rumah sewa berdekatan dengan office je."Rania cuba menipu.
"Awak berasal dari mana?"Tanya Raizil lagi.
"Saya berasal dari kedah."Rania menjawab.

Raizil hanya diam setelah berpuas hati dengan jawapan Rania.Rupanya adiknya berkawan dengan budak kampung.Rania terpaksa berbohong kerana tidak mahu Raizil tahu dia anak Tan sri Khalid.

Raizil menukar baju lalu mandi dan menukar bajunya apabila sampai di rumah.Dia terus mencari adiknya yang berada di tepi kolam.

"Adik macam mana kau boleh kawan dengan budak kampung ni?"Tanya Raizil.
"Budak kampung mana pulak?"Widad pelik.
"Rania.Dia budak kampung kan?"Raizil inginkan kepastian.
"Ouhhhh.Betul la tu."Widad menjawab sambil membaca novel.
"Adik ni abang tanya tapi jawab main-main."Raizil mengambil novel ditangan Widad.
"Alaa abang ni..Adik dah jawab kan.Tapi kenapa tiba-tiba abang tanya pasal Nia dan macam mana abang tahu nama dia?"soalan yang bertalu-talu keluar dari mulut Widad.
"Saja abang nak tanya.Dia pekerja abang."Jawab Raizil.
"What!??"Widad terjerit.
"Jangan buat terkejut sangatlah.Takkan dia tak bagi tahu adik?"Tanya Raizil.

Widad hanya diam dan dia pelik bagaimana Nia boleh kerja dengan abangnya.Dia tahu Nia seorang yang merendah diri dan tidak mahu orang lain tahu bahawa dia anak Tan sri.Itulah sikap Nia yang Widad suka.

Rania pulang ke rumah dengan rasa penat kerana banyak kerja yang dia lakukan ketika hari pertama dia bekerja.
Papa dan mamanya tiada di rumah kerana menghadiri majlis kahwin rakan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience