Chapter 10

Romance Completed 7325

Rania baring di atas katil sambil mengimbau kejadian bulan lepas.Malam itu dia sedang berjalan menuju ke keretanya untuk pulang tiba-tiba lengannya direntap.

"Auchh...Apa ni!!!!?"Nia memandang ke arah lelaki itu.
"Niaa..Ni awak kan?"Raizil bertanya.
"Yee saya Nia..kenapa!??"Rania menjawab dengan nada yang tinggi.
"Nia..Saya rindukan awak sangat Nia..Tolong maafkan saya Niaa..Saya tak sanggup nak tahan rasa bersalah saya pada awak."Raizil melutu di hadapan Nia.
"Dahh cukup Raizil!!Saya dah tak boleh nak lihat muka awak apalagi nak maafkan awak..Apa yang awak lakukan pada saya cukup sakit Raizil."Air mata Rania mengalir.
"Saya tahu Nia..Tapi awak pergi ke mana selama 5 tahun ni?Puas saya cari tapi tak jumpa-jumpa."Tanya Raizil.
"Buat apa awak cari saya?Tiada guna la Raizil."Rania tidak memandang Raizil.
"Niaa..Saya cari awak sebab saya nak tebus kesalahan saya..Saya nak menjadikan awak isteri saya..Saya nak kita besarkan anak kita bersama-sama."Jelas Raizil.
"Anak kita?Awak yakin itu anak awak?Mungkin itu anak saya dengan lelaki lain la Raizil."Nia menyindir Raizil.
"Niaa.."Raizil memanggil lembut.
"Sudahlah Raizil awak binalah kehidupan awak sendiri."Pinta Rania.
"Niaa awak kena nikah dengan saya!"tegas Raizil.
"Apa hak awak nak paksa saya!??"Rania menengkingnya.
"Gambar awak tidur dengan saya ada pada saya..Kalau awak tak mahu keluarga dan rakan-rakan awak tengok gambar tu awak kena nikah dengan saya."Raizil mengugut Rania.
"Sampai hati awak kan?Tak puas lagi ke awak rosakkan hidup saya?"lRania menangis.
"Saya bagi tempoh 2 bulan sahaja untuk awak berfikir dan kalau awak tak mahu gambar-gambar tu akan tersebar."Raizil terus berlalu pergi.

Rania buntu memikirkan jalan penyelesaiannya.Dia ingin memberitahu mama dan papanya tapi walaupun mama dan papanya dapat terima bagaimana anggapan orang lain.Jika dia berkahwin dengan Raizil bagaimana dengan Razin.Rania memejamkan matanya untuk tidur dan berehat.

Raizil gelisah menunggu keputusan Rania.Dia berharap Rania bersetuju untuk menikah dengannya.Dia sengaja menipu Rania tentang gambar mereka tapi itu saja cara untuk dia dapatkan Rania.Memang cara ini menanpakkan dia pentingkan diri sendiri tapi dia memang mahu menebus kesalahannya.

"Saya dah buat keputusan untuk menikah dengan awak."Rania memberitahu Raizil.
"Alhamdulillah..Betul ke Nia?"Raizil meminta kepastian.
"Saya cakap saya dah buat keputusan kan..Tak perlu la nak kena ulang banyak kali."Rania mendengus.
"Okey..Kita langsungkan majlis perkahwinan kita dua minggu lagi boleh?"Tanya Raizil.
"Suka hati awaklah..Yang penting saya tak mahu majlis yang besar-besar dan saya nak ada sekali sahaja majlis ni."Jelas Rania.
"Kalau macam tu kita buat dekat dewan nanti kita jemput saja saudara mara kita.Awak jangan risau saya akan selesaikan segala dokumen dan persiapan kahwin kita."Raizil tersenyum.
"Ikut suka awaklah.."Rania terus pergi dari taman itu.

Raizil berasa gembira kerana Rania bersetuju untuk berkahwin dengannya tetapi dia kecewa kerana Rania seperti tidak ambil peduli tentang majlis mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience