Chapter 7

Romance Completed 7325

Lima tahun kemudian..

Seorang doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa seorang gadis bersama anaknya yang terlibat dalam kemalangan.Setelah siap segalanya doktor tersebut keluar dari dewan bedah.

"Maafkan kami.Kami telah berusaha dan tidak dapat menyelamatkan anak dan cucu puan."Beritahu doktor itu.
"Ya Allah abang..Anak kita bang.."Wanita separuh usia itu menangis.
"Sabarlah sayang.Allah lebih menyayangi anak dan cucu kita."Jawab suaminya.
"Tapi kenapa mereka abang?"Tanya wanita itu.
"Encik dan puan boleh tuntut jenazah di bilik mayat ye.Saya pergi dulu."Doktor itu berlalu pergi.

Raizil melihat berita tentang kemalangan yang berlaku mengakibatkan seorang wanita yang berusia 24 tahun dan bayi yang berusia 5 tahun terkorban.Dia berasa kasihan kepada mereka.Kini genap lima tahun Nia meninggalkan dia.Lima itu Raizil mencari Nia tetapi tidak jumpa dan dia tetap akan menunggu Nia.

Rania berehat seketika setelah penat mengendalikan pembedahan tadi.Ini kali pertama dia tidak dapat menyelamatkan pesakitnya setelah 5 bulan bekerja sebagai doktor.

"Fiya macam mana pembedahan tadi?"Tanya Razin.
"Fiya tak berjaya selamatkan pesakit tadi la zin."Jawab Rania.
"Nak buat macam mana itukan kuasa Allah yang penting kita dah berusaha."Razin cuba memujuk.
"Jom kita pergi makan nak?Fiya lapar la."Ajak Rania.

Razin Naqib seorang lelaki yang berjaya memujuk hati Rania untuk berkawan dengan lelaki.Ketika Rania di london Razin sentiasa ada bersamanya.Razin juga tahu tentang kisah silamnya dan Razin sanggup menerima Rania.Pada mulanya Rania enggan menerima Razin tetapi Razin begitu ikhlas ingin berkawan dengannya.

"Lepas habis kerja Fiya nak pergi mana-mana ke?"Tanya Razin.
"Tak.Fiya nak terus balik penat la harini."Jawab Rania.
"Okeylah kalau macam tu."Balas Razin.

Raizil masuk ke pejabat dengan hati yang geram.Dia geram dengan sikap pekerjanya yang sambil lewa kerana tidak menyiapkan dokumen yang diminta.Kalau Nia ada mesti dah siap dokumen tu.Raizil mengeluh kerana dia selalu teringatkan Nia.Dia selalu mendengar cerita tentang Nia daripada adiknya.Kini Widad bekerja dengannya walaupun itu bukan cita-cita adiknya.

"Assalamualaikum.abanggg.."Sapa Widad.
"Waalaikumusalam..kenapa adik cari abang ni?"Tanya Raizil.
"Adik nak minta abang jadi driver adik harini."Widad tersengih.
"Adik nak pergi mana pula?"Tanya Raizil.
"Jumpa dengan Tan sri Hakim untuk bincang tentang projek kita."Jawab widad.
"Adik drive la sendiri.Abang malas la."Jawab Raizil.
"Alaa tolong la abangg..Adik pening kepala la..pleasee."Widad membuat muka kasihan.
"Sudah tak payah nak buat kasihan.Dah pergi sendiri.Cuba berdikari sikit."Raizil melihat komputernya.
"Tak sayang adik la abang ni."Widad terus keluar.

Rania baring di atas katil di biliknya.Dia tidak tinggal dengan mama dan papanya.Dia tinggal berdekatan dengan hospital supaya senang jika ada emergency.Nia teringat kejadian ketika dia berada di london.Ketika itu kandungannya baru mencecah 4 bulan.Dia dan Razin berjalan-jalan melihat salji yang turun.Dalam keseronokan Nia melihat salji dia tergelincir dan jatuh.Disebabkan tiada orang disitu Razin terpaksa mengangkat Rania dan bawa ke hospital.

"Doctor how her condition?"Tanya Razin.
"I'm sorry.We can't save her baby but she is fine."Jawab doktor itu.

Razin masuk ke dalam bilik Rania.Dia melihat muka Rania yang pucat.

"Zinn..macam mana baby Fiya?"Tanya Rania.
"Fiya..Allah sayangkan baby Fiya."Jawab Razin.
"Zin tak tipu kan?"Rania menangis.
"Maafkan Zin Nia.Kalau Zin tak ajak Nia pergi jalan-jalan tentu baby Nia ada lagi."Beritahu Razin.
"Sudahlah Zin.Dah tertulis begini hidup Nia.Nia redha Zin."Jawab Rania.

Anak yang dikandungnya meninggal diusia empat bulan.Walaupun anak itu hadir tanpa kerelaannya tetapi dia menyayangi anak itu.Nia sedar dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berbunyi.

"Assalamualaikum..kenapa call saya?"Tanya Nia.
"Waalaikumusalam.Doc Fiya sekarang ada kecemasan di hospital dan kami minta doc datang secepat mungkin boleh?"Beritahu jururawat itu.
"Baiklah 15 minit lagi saya sampai."Jawab Nia.

Rania memakai tudung dan mengambil kot doktornya.Setelah siap di terus menaiki kereta dan menuju ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience