Chapter 6

Romance Completed 7325

Raizil pelik apabila melihat tempat Rania kosong.Sakitkah gadis itu?.Di terus masuk ke dalam biliknya.Dia melihat ada sampul surat berwarna putih dan coklat di atas mejanya.Dia membuka sampul surat tersebut dan terkejut membaca surat perletakkan jawatan Rania.Sampul surat coklat tersebut terisi dengan wang berjumlah sepuluh ribu.

"Mana dia dapat duit sebanyak ini?"Raizil pelik.
"Ahhh lantak dialah.Yang penting dia dah pergi dari hidup aku."Raizil berasa lega.

Rania dan mama papanya menunggu flight mereka untuk berangkat ke london.Hatinya sedih apabila teringatkan nasibnya.Mesti mama dan papanya kecewa dengannya apabila mengetahui perkara sebenar.Tapi dia nekad untuk membawa diri pergi jauh dari kisah silamnya ini.

Seminggu telah berlalu hati Raizil berasa kosong apabila Rania tiada dekat dengannya.Dia rindukan gadis itu entah kenapa perasaannya tidak tentu arah apabila Rania tiada di depan matanya.Adakah dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu.Dia cepat-cepat buang perasaan itu.Raizil terus pulang ke rumahnya untuk menenangkan fikiran.Raizil tertidur di atas katil ketika teringat tentang Nia.

"Sampai hati awak buat saya macam ni Raizil."Rania menangis.
"Maafkan saya Nia.Maafkan saya Nia."Raizil melutut sambil menangis.
"Awak akan terima balasannya Raizil sebab buang saya dan anak ini."Jawab Rania dan bayangan Rania makin hilang.
"Niaaa..Niaa..Niaaa"Raizil menjerit dan terjaga dari mimpinya.
"Kanapa ni abang?"Tanya mamanya.
"Maa..Abang dah buat dosa maa..Macam mana abang nak mintak maaf dekat dia maa..?"Raizil menangis dan memeluk mamanya.
"Abang buat apa?Dekat siapa?"Mamanya pelik.
"Maaaa boleh ke dia maafkan abang ma?"Raizil menangis.
"Abang buat apaa?Cuba bagi tahu mama."Jawab mamanya.

Raizil menceritakan segalanya kepada mamanya.Mamanya menangis dan terduduk mendengar ceritanya.

"Kenapa abang buat macam tu?Abang dah lupa ke didikan agama yang mama dan papa dah ajar?"Tanya mamanya.
"Maaa maafkan abang maa.Abang dah sedar maa..Abang terlampau ikutkan hati ni maa.."Raizil menangis.
"Bertaubatlah abang..Mama tengok abang dah lama tak solat..Mama nak abang cari Rania dan bertanggungjawab."Jawab mamanya.
"Baik mama."Balas Raizil.

Raizil turun ke bawah untuk mencari adiknya.Dia melihat adiknya sedang menonton televisyen.

"Adik..boleh abang tanya?"Raizil bertanya.
"Ehh luar biasa perangai abang hari ini."sindir Widad.
"Alaa adik boleh tak?"Tanya Raizil.
"Yelaa tanya laa abang oi."Jawab Widad.
"Rumah Nia dekat mana?Widad boleh bagi alamat rumah Nia dekat abang tak?"Tanya Raizil.
"Buat apa abang?"Widad pelik.
"Tolong abang Widad.Abang nak alamat rumah Nia."Pinta Raizil.
"Yelaa nanti adik hantar alamat Nia dekat whatsapp abang."Widad menyambung menonton.
"Terima kasih adik."Raizil mencium pipi adiknya dan naik ke bilik.

Nia awak tunggu saya tau.Saya akan jadikan awak yang halal untuk saya dan saya akan menebus semua kesalahan saya pada awak.Raizil tertidur kerana keletihan.

Raizil memandu keretanya ke alamat yang diberi oleh adiknya.Dia pelik apabila sampai di alamat yang diberi.Rumah agam dua tingkat dihadapannya milik Nia ke?.Ke Nia kerja dekat sini pulak.

"Assalamualaikum.."Raizil memberi salam seraya menekan loceng.
"Waalaikumusalam.Encik cari siapa ye?"Tanya perempuan itu.
"Ini rumah Rania ke?"Tanya Raizil.
"Ouhh cari cik Nia ke?Cik Nia tiada disini."Jawab perempuan itu.
"Cik Nia pergi mana?Boleh saya tahu?"Tanya Raizil.
"Saya pun tidak tahu.Cik Nia dan tan sri dan puan sri bawak beg besar semalam ketika keluar dari rumah."Beritahu perempuan itu.
"Tak apelah kalau macam tu.Saya minta diri dulu.Terima kasih."Jawab Raizil.

Raizil terus masuk ke dalam kereta.Dia berasa tidak tenang kerana memikirkan kemana Rania pergi.Dia pelik kenapa Rania boleh ada di rumah agam ini.Raizil terus pulang ke rumah untuk bertanya kepada adiknya.

"Adik betul ke Nia orang kampung?"Tanya Raizil.
"Tak adalah.Dia anak tan sri Khalid la.Abang kenalkan ayah Nia?"Jawab Widad.
"Apaa?Tan sri khalid ayah Nia?Kenapa Nia kata dia orang kampung?"Tanya Raizil.
"Nia memang begitu.Dia tidak suka orang tahu tentang dirinya."Jawab Widad.
"Adik tahu tak Nia dekat mana sekarang?"Tanya Raizil.
"Adik dah lama tak contact Nia la abang.Last jumla Nia pun masa di cafe dulu.

Raizil hanya diam.Dia bingung hendak cari Nia dimana.Dia harus berusaha mencari Nia untuk menebus kesalahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience