Chapter 15

Romance Completed 7325

"Maaf encik Raizil kami tidak dapat selamatkan isteri encik.Tahniah encik dapat anak perempuan."Beritahu jururawat itu.
"Ya Allah..Niaa kenapa Nia pergi tinggalkan abang Nia..Niaaaa!!!!"Raizil menjerit.

Raizil terjaga dari tidurnya apabila papanya kejutkannya.
"Papa Nia macam mana?Dah selesai ke?"Tanya Raizil.
"Haa tu doktor dah keluar."Jawab papanya.
"Tahniah encik Raizil..Encik mendapat anak lelaki dan perempuan."Beritahu doktor itu.
"Anak saya kembar?Alhamdulillah.Isteri saya macam mana doktor?"Tanya Raizil dengan berdebar.
"Isteri encik dalam keadaan selamat."Doktor itu berlalu pergi.

Genap seminggu Rania melahirkan anak kembarnya.Anak kembarnya diberi nama mohammad Raiz Saffiyan dan Nur Rais Wilya.Rania bahagia kerana keluarganya kini sudah lengkap dan dia bahagia mempunyai suami yang penyayang seperti Raizil.Widad pula akan melangsungkan perkahwinannya dengan Razin 4 bulan lagi.Pada mulanya Rania terkejut apabila mengetahui Razin ingin berkahwin dengan Widad tapi siapa sangka pertemuan mereka apabila mereka terlanggar antara satu sama lain dapat membuahkan bibit cinta.

"Sayang termenung apa tu?"Tanya Raizil.
"Tak ada apa.Teringatkan abang je."Seloroh Rania.
"Sayangg..Abang nak tanya boleh?"Tanya Raizil.
"Apa?"Jawab Rania.
"Mana anak kita?"Tanya Raizil.
"Tengah tidur la abang."Jawab Rania.
"Anak kita yang abang buang dulu."Mata Raizil berair.

Rania menceritakan segala kejadian yang berlaku di London.

"Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dekat sayang.Tapi Allah lebih sayangkan anak kita kan."Beritahu Raizil.
"Sekarang Allah dan ganti balik bukan satu tapi dua Allah amanahkan dekat kita abang."Beritahu Rania.
"Betul tu.."Jawab Raizil.
"Abang kenapa abang cari Nia dulu?"Tanya Rania.
"Sebab abang rasa sunyi bila tak dapat tengok muka Nia dekat office."Beritahu Raizil.
"Kenapa abang tak kahwin dengan orang lain dulu?"Tanya Rania lagi.
"Sebab sayang seorang je dekat hati abang."Beritahu Raizil.

Belum sempat Rania menjawab anaknya menangis.Rania berjalan menuju ke katil untuk melihat anaknya.

"Sayang.."Jerit Raizil dari luar.
"Apa abangg."Jawab Rania.
"Kau yang satu tiada yang lain."Raizil membuat bentuk hati menggunakan tangannya.

Rania tersenyum bahagia.Dia bahagia dengan hidupnya.Lelaki itu berjaya menawan hatinya berkali-kali walaupun hatinya sudah dilindung dengan perisai paling kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience