Chapter 4

Romance Completed 7325

Raizil keluar dari apartmentnya dengan hati yang puas.Tapi dia berasa takut juga kalau Rania buat laporan polis tapi Rania tiada bukti yang dia rogol gadis itu.Dia teringat perbualannya dengan rakannya dulu.

"Hah Zack ape caranya?"Tanya Raizil.
"Kau cari la budak tu balik"Suruh Zack.
"Buat apa?"Tanya Raizil.
"Kau rogol dia supaya dia sedar diri sikit."Kata Zaid.
"Hish kau ni..Dia cuma kurang ajar saja dengan aku takkan sampai macam tu aku nak balas."Jawab Raizil.
"Heyy Idan kita ni lelaki tau tak hebat la kalau dimalukan oleh perempuan."Zack cuba mengapikan.

Raizil hanya diam dan berfikir dimana dia mahu cari gadis itu.Baru dia teringat yang gadus itu rakan adiknya.Mungkin adiknya boleh tolong.Raizil tersenyum sendiri.

Memang rezeki Raizil apabila Rania datang ke pejabatnya untuk diinterview.Tak perlu susah-susah dia bertanya kepada adiknya.Selama Rania bekerja dengannya Raizil melayan Rania dengan baik.Raizil juga memberitahu yang dia suka kepada Rania supaya rancangannya terus berjaya.pada malam itu Raizil bukan pergi ke tandas tetapi dia pergi ke dapur untuk meletakkan ubat tidur dalam minuman Rania.

"Tolong letak ubat ni dalam minuman gadis ni."Arah Raizil.
"Maaf encik saya takboleh buat macam tu."Jawab pelayan tersebut.
"Nah 500 ni.Kau ikut je ape yang aku suruh."Raizil mencuba lagi.
"Baik encik."pelayan tersebut menurut.

Rania masuk ke dalam rumah dan terus meluru ke dalam biliknya.Dia mengurung diri dalam bilik air.Dia menangis sepuas-puasnya.Dia tidak sangka lelaki yang cinta dan percaya sanggup buat dia begini.Dalam satu malam dia hilang mahkota yang dijaga selama ini.Tiada lelaki yang mahukan dia lagi selepas ini.

"Ahhhhhhh!!!!!!Aku benci kau!!!"Jerit Rania.

Rania keluar dari bilik air dan berbaring di atas katil.Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu kedua ibu bapanya.Dia ingin membuat laporan polis tetapi dia tiada bukti.Rania tertidur setelah kepenatan berfikir.

"Tuk..tuk..tukk"
"Rania sayang buka pintu nak."panggil mamanya.
"Rania buka pintu ni turun makan sayang."Panggil mamanya lagi.
"Sekejap lagi Rania turun mama."Rania menyahut.

Rania turun ke bawah dengan mata yang sembab.Dia tidak akan menceritakan kejadian semalam kepada mama dan papanya.

"Kenapa mata tu sembab Rania?Tanya papanya.
"Semalam Rania tengok cerita sedih tu yang menangis sampai sembab mata."Jawab Rania sambil tersenyum .
"Haa tadi bibik kata Rania tak balik rumah.Rania tidur mana sayang?"Tanya mamanya.
"Ermm.Rania tidur rumah Widad mama."Bohong Rania.
"Okeylah mama Rania dah kenyang Rania naik atas dulu."Rania terus naik ke bilik.

Rania sebersalah kerana ini kali pertama dia menipu mama dan papanya.Ini semua angkara Raizil.Dia nekad untuk meletak jawatan pada hari isnin ini.

"Surat apa yang bagi dekat aku ni?"Tanya Raizil.
"Surat berhenti kerja."Jawab Rania tanpa memandang Raizil.
"Kau tak baca ke polisi syarikat ni.Kalau tak cukup setahun kau kerja tapi kau nak berhenti kau kena bayar sepuluh ribu.Kau mampu ke?"Tanya Raizil.
"Saya tak kira,saya nak berhenti juga."Bentan Rania.
"Kau ni tak faham ke ape?!!"Raizil menjerkah.
"Tak apelah saya keluar dulu."Rania terus berpaling dan berjalan keluar.
"Sekejap.aku lupa nak ucap terima kasih."Raizil memandang belakang badan Rania.
"Terima kasih untuk apa?"Rania bertanya tanpa berpaling.
"Terima kasih atas layanan kau pada malam haritu."Raizil tersenyum jahat

Rania menangis sepuas-puasnya dalam tandas.Dia benci dengan Raizil dan tak boleh nak lihat wajah lelaki itu lagi.Tapi macam mana dia mahu mintak sepuluh ribu kepada papanya.Mesti papa dan mamanya pelik mengapa dia ingin berhenti kerja.

Dua bulan telah berlalu setelah kejadian itu.Rania terpaksa menghadap Raizil dengan hati yang sebal.Dia melihat kalendar di telefon bimbitnya.

"Kenapa aku tak period lagi ni?"Rania bertanya dirinya.
"Ahh mungkin hormon aku tak stabil kot."Dia cuba menyedapkan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience