Chapter 1

Romance Completed 7325

"NUR RANIA SAFIYA!!!"Jerit puan sri Khalida
"Apa yang terjerit pagi-pagi ni ida?"Tanya Tan sri Khalid
"Anak kesayangan abang ni lah tak turun-turun lagi ni ni..katanya ada interview."Balas puan sri khalida.
"Haii mama..haii papa"Sapa Rania dengan serngihannya.
"Haa mama tengok takde la cantik mana tapi bersiap dia bukan main lama."Puan sri khalida menyindir.
"Alah ma ni..tudung ni payah sikit nak bentuk tu yang lama.."Jawab Rania.
"Nia ada interview apa sayang?"Tanya tan sri khalid.
"Adalahh rahsia"Rania menjawab sambil makan.
"Kerja dengan papa sajalah.Buat apa susah-susah cari kerja."Tan sri khalid cuba memujuk.
"Alaa pa.Ni kerja suka-suka je sementara nak tunggu panggilan belajar.Lagipun Nia nak kejar cita-cita Nia."Jawab Rania.
"Suka hati kamulah."Jawab tan sri khalid

Rania berdebar menunggu namanya dipanggil.Dia teringat pesanan mamanya yang menyuruh dia membaca Rabbi yassir walatu assir untuk mempermudahkan segala urusan.
"Nur Rania Safiya Binti Khalid"Namanya dipanggil.
Rania bangun dan masuk ke dalam sebuah bilik untuk diinterview.Dia melihat seseorang lelaki sedang mencatat sesuatu di atas mejanya.
"Awak ada pengalaman bekerja sebelum ini?"Tanya lelaki itu tanpa memandang Rania.
"Belum.Saya baru ingin memohon kerja selepas mendapat keputusan SPM."Jawab Rania.

Lelaki itu memandang Rania apabila mendengar suara Rania.Rania terkejut melihat lelaki tersebut.Tiba-tiba kejadian minggu lepas diimbas kembali.

"Alhamdulillah..Tak sangka kita berjaya dapat 10A kan widad."Rania senyum lalu menghirup minumannya.
"Kan..Aku pun tak sangka.Lepas ni lita boleh la kejar cita-cita kita."Jawab Widad.
"Aku nak sambung belajar dekat london la Widad."Beritahu Rania.
"InsyaAllah boleh Nia."Widad memberi dorongan.
"Eh dah pukul 6 ni aku dah kena balik la widad."Rania cemas.
"Haa kalau macam tu aku pergi bayar minuman kita dulu.Harini aku pulak belanja tau."Widad tersengih.
"Okey aku tunggu dekat luar."Jawab Rania.

Rania berjalan dengan laju menuju pintu keluar dan tanpa sengaja dia terlanggar seorang lelaki yang hendak masuk ke dalam cafe.

"Auww"Rania terjerit apabila kepalanya terlanggar dagu lelaki itu.
"Woii"Jerkah lelaki itu.
"Woi..woii tiada bahasa yang elok ke nak guna bila panggil orang?"Tanya Rania sambil membetulkan tudungnya.
"Kau ada mata ke tidak?Jalan tak tengok orang."Lelaki itu menjawab dengan sinis.
"Yang awak ni tak ada adab ke bila bercakap dengan orang?Mak Ayah tak ajar ke?"Rania tanya dengan marah.
"Mulut kau jaga sikit.Jangan kaitkan mak ayah aku."Jawab lelaki itu sambil menunding jari kepada Rania.
"Mulut aku suka hati akulah."Rania menjerit kerana geram.
"Apa bising-bising ni?"Tanya Widad.
"Ni mamat gila ni menyampah aku.Dan saya mintak maaf."Rania terus keluar kedai.
"Abang buat apa kat sini?"Tanya Widad.
"Abang nak jumpa kawan abanglah.Nanti pesan dekat kawan adik tu jaga mulut sikit ye."Pesan lelaki itu.

Widad keluar dari cafe dan mendapatkan Rania.Dia tahu Rania sedang marah.
"Kau okey tak Nia?"Tanya Widad.
"Aku okey je tapi geram la dengan mamat tu."Nia menghentak kakinya.

Widad tersenyum melihat gelagat rakannya.Dia terlupa nak beritahu Nia yang lelaki tadi itu abangnya.

Raizil widan duduk di atas kerusi dengan hati yang membara.Dia malu apabila orang di sekelilingnya berbisik-bisik sesama sendiri.
"Relax la idan.Budak-budak je tadi tu"Baritahu salah seorang rakannya.
"Aku boleh relax tapi mulut budak tu kurang ajar sangat malu aku orang lain dengar."Jawab Raizil.
"Kau kan dah 24 tahun cuba la bersabar sikit."Kawannya yang lain lain cuba menenangkannya.
"Ahh sabar aku ada hadnya."Jawab Raizil.
"Kalau kau tak puas hati dengan budak tu,aku ada caranya."salah seorang rakannya berbisik kepadanya.
"Apa caranya?"Tanya Raizil.
"Nanti aku bagitahu."Jawab rakannya sambil tersenyum jahat.

"Cik Rania!!"
Rania kembali pada dunia nyata.Dia berfikir untuk keluar dari bilik tersebut untuk mengelakkan lelaki itu.Tapi dia tahu cara itu menunjukkan dia tidak professional.
"Ye saya."Rania menyahut.
"Kenapa awak mintak kerja sebagai PA sahaja?"Tanya Raizil.
"Saya minat dengan kerja ni"Jawab Rania.
"10A ni awak boleh mintak jawatan yang lebih baik."Raizil sengaja menduga Rania.
"Kalau encik tak mahu beri saya kerja ini saya boleh keluar sekarang."Rania bangun dari kerusi.
"Saya tak kata yang saya tak mahu ambil awak bekerja.Tolong duduk."Raizil mengarah.

Rania terus duduk dan memandang ke tempat lain.Dia pelik kerana lelaki itu tidak memarahinya dan panggilannya bertukar kepada awak saya.Tapi dia bersyukur kerana dia dapat kerja ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience