Chapter 12

Romance Completed 7325

Kini genap 4 bulan mereka menjadi suami isteri tetapi hubungan mereka tetap dingin kerana Rania tidak mahu memaafkan Raizil.Pelbagai cara Raizil lakukan tetapi Rania tetap berkeras.Lagipula mereka jarang berbual kerana kesempitan masa apabila Rania selalu oncall di hospital.Rania berehat di atas katil setelah selesai solat isyak.Dia pelik kenapa Raizil belum pulang kerana selalunya Raizil akan pulang sebelum maghrib.Baru sahaja Rania hendak melelapkan mata Raizil masuk ke dalam bilik.

"Lambat balik."Tegur Rania.
"Kalau balik awal pun bukan ada siapa dekat rumah."Raizil membuka bajunya.
"Sebab tu saya tak nak kahwin dengan awak."Rania menjawab.
"Apa kena mengena pulak?"Tanya Raizil.
"Sebab saya tahu kita tak akan bahagia Raizil."Jelas Rania.
"Come on Nia kalau Nia lupakan kisah silam tu dan bagi peluang dekat abang kita akan bahagia Nia."Suara Raizil sedikit tinggi.
"Awak tak boleh nak salahkan saya.Semua ni berpunca dari awak!!Awak Raizil!!"Rania menjerit.
"Nia jangan cabar kesabaran abang Nia!!"Suara Raizil meninggi.
"Kalau saya cabar apa yang awak nak buat Raizil?"Nia senyum sinis.

Raizil hilang pertimbangan dan meluru ke arah Rania.Dia memeluk Rania dan mencium leher Rania.Rania cuba menolak tetapi tidak berdaya.Raizil menolak Nia ke atas katil.

"Apa awak buat ni?!!"Nia menolak badan Raizil.
"Abang nak hak abang Nia."Raizil mencabut baju Rania.
"Heyy!!!Awak dah lupa ke janji awak?!!"Nia berusaha menutup badanya dari terdedah.
"Maafkan abang Nia."

Rania tidak terdaya untuk menghalang Raizil kudratnya sebagai wanita tidak dapat menghalang kekuatan Raizil.Air mata Rania mengalir di pipi.

"Maafkan abang Nia."Raizil memegang tangan Rania.
"Awak selalu minta maaf tetapi awak buat perkara yang sakitkan saya dan mengingatkan saya tentang kejadian dulu."Rania menangis dan menarik tangannya.
"Niaa..Abang tak tahu cara apa lagi yang boleh abang buat untuk Nia maafkan Abang."Raizil menangis.
"Awak ingat dengan cara ni saya boleh maafkan awak?"Rania bertanya sinis.
"Niaa..Abang pun lelaki biasa yang inginkan belaian seorang isteri.Salah ke abang nak Nia layan abang dengan baik?"Tanya Raizil.

Rania hanya diam.Dia tahu dia juga bersalah dalam hal ini tapi bukan dengan paksaan.

"Fiya."panggil Razin.
"Ehh zin..Ada apa?"Tanya Rania.
"Zin nak ucapkan selamat pengantin baru."Razin tersenyum.
"Ehh Zin pengantin baru apanya?"Rania tergelak.
"Yelah..Haritu Zin tak datang majlis Fiya."Razin tersenyum.
"Fiya tahu Zin marahkan Fiya kan?"Tanya Rania.
"Nak marah pun tak ada guna la Fiya..Ehh kenapa muka Fiya pucat ni?"Jelas kerisauan di wajah Razin.
"Pucat ke?"Tanya Rania.
"Yee..Ni Fiya nak balik macam mana?Boleh ke drive?"Tanya Razin.
"Sekarang pergi dan balik kerja suami Fiya yang hantar dan ambil..Haa tu suami Fiya dah sampai..Fiya balik dulu Zin."Rania melambai ke arah Razin.

Rania masuk kedalam kereta dan tiba-tiba badannya terasa panas.

"Siapa lelaki tu?"Tanya Raizil.
"Kawan kerja saya."Rania menjawab acuh tak acuh.

Raizil hanya diam dan terus memandu pulang ke rumah.Sejak kejadian dia bergaduh dengan Nia,dia cuba memujuk Nia dengan menghantar dan mengambil Nia dari tempat kerja.Setakat ini hubungan dia dan Nia makin rapat walaupun kadang-kadang Nia bersikap dingin.

"Panas badan Nia ni."Raizil memegang dahi Rania.
"Saya rasa saya demam la."Rania menjawab sambil berselubung dalam selimut.
"Sekejap abang ambilkan ubat untuk Nia."Raizil bangun dari katil.
"Saya tak mahu makan ubat..Awak jangan pergi mana-mana teman saya dekat sini."Rania tarik tangan Raizil untuk duduk disebelahnya.
"Kalau tak makan ubat macam mana nak sembuh?Nia ni doktor tapi tak mahu makan ubat.Nia nak makan apa-apa tak?"Raizil bertanya dan Nia tidak menyahut.Dia melihat Rania sudah tidur.

Rania terjaga apabila merasakan ada tangan yang memicit kepalanya.Dia sangkakan Raizil tetapi mamanya.

"Maa..Bila mama sampai?"Tanya Rania.
"Tadi lepas asar..Nia bangun dulu solat asar ye.."Kata Puan Sri Khalida.
"Baik maa..ma Nia nak makan bubur mama boleh?"pinta Rania.
"Untuk anak mana ni semua boleh..Lepas solat turun makan tau."Puan Sri Khalida terus keluar.

Rania mencapai tuala untuk mandi dan terus solat.Selesai solat Rania menyikat rambutnya.Pada masa yang sama Raizil masuk ke dalam bilik.

"Nia dah okey?"Tanya Raizil.
"Dah..Kenapa tak gerak Nia masa mama sampai?"Tanya Rania.
"Abang tengok Nia penat sangat tu abang tak sampai hati nak kejut Nia."Jawab Raizil.
"Yelahh..Ni awak masuk bilik buat apa?Kenapa tak sembang dengan papa?."Tanya Nia.
"Ni abang nak charge telefon abang.Jom kita turun mama ajak makan tu."Ajak Raizil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience